𝐁𝐀𝐁 9 🦋

138 14 0
                                    

    SEAWAL pagi hari , Ariana sudah terpacak di dapur untuk membuat sarapan untuk semua . Dia memeriksa peti ais untuk mencari bahan .

"Morning sweetheart" Ariana tersentak apabila mendengar suara itu . Dia menoleh dan menyambung kembali tugas potong-memotongnya .

"Morning" jawab Ariana sepatah .

"Awak nak masak apa ni ?" Aldric sudah berada di sebelah Ariana .

"Nasi goreng kampung dengan ayam celup tepung" Ariana menyatakan menu sarapan mereka .

"I nak tolong boleh ?" Aldric mengikuti langkah Ariana yang beralih ke singki .

"Hmm you goreng ayam ni boleh ?" Ariana menunjuk ayam yang masih mentah .

"Sure" Aldric terus membasuh ayam dan melumurnya dengan tepung .

"Amboii rajinnya cucu-cucu nenda ni" tegur Nenda Mawar .

"Selamat pagi nenda" kata Ariana dan Aldric serentak .

"Nak nenda tolong apa-apa tak ?" Nenda Mawar jalan mendekati Ariana yang sedang menumis bawang .

"Eh tak apa . Nenda pergilah duduk di depan nanti dah siap Aldric panggil okey ?" halang Aldric .

"Betul ni tak nak nenda tolong ?" Nenda Mawar menawar sekali lagi .

"Tak apa nenda . Aldric ada kat sini boleh tolong Ari" Ariana senyum kepada Nenda Mawar .

"Yelahh cucu . Tata" Nenda Mawar naik ke tingkat atas .

Ariana dan Aldric hanya berborak kosong sambil memasak .

♡♡♡

    "OUR BREAKFAST IS DONE" kata Aldric tersenyum puas setelah dia meletakkan hidangan di atas meja .

"Eh abang Aldric ? bila abang balik ni ?" soal Jannah dengan ramah yang muncul di pintu dapur . Penampilan cukup muslimah sekali tengok boleh mencairkan hati .

Jannah merupakan anak kepada pembantu iaitu anak Mak Bedah .

"Tiga hari lepas" kata Aldric tanpa memandang Jannah .

"Laaaa kenapa tak beritahu Jannah ?" Jannah berjalan mendekati Aldric yang berada di meja makan .

"Penting ke ?" Jannah berdehem apabila Aldric berkata begitu .

Aldric terus berlalu ke tingkat atas untuk memanggil saudaranya yang lain untuk menyatap sarapan .

Ariana pula meletakkan nasi goreng kampung di atas meja makan .

Jannah hanya menjeling tingkah Ariana .

"Hidup lagi kau rupanya ya . Ingatkan dah mampus" perangai Jannah akan serta merta akan berubah apabila dengsn Ariana ataupun pada saudara perempuan yang lain . Anti sangst lagaknya .

"Patutnya aku yang kena cakap macam tu dekat kau . Hidup menyusahkan mak bapak . Dah besar tapi still tak bekerja" Airis mengeluarkan kata-kata pedas kepada Jannah .

Jannah hanya menayang muka yang tidak puas hati . Tidak berani dia membalas kata-kata Airis kerana dia tahu Airis baran . Silap-silap dia boleh diganyang .

Ariana hanya menayang riak wajah kosong . Kata-kata Jannah tidak memberi kesan kepadanya .

"Cakap elok sikit . Jangan sampai mulut kau tu aku koyakkan" celah Bella pula sambil menuruni tangga . Sudah lama dia mengetahui perangai Jannah yang sebenarnya .

"Morning cucu nenda" ucap Datin'Sri Elith . Pagi tadi , dia dan adik-adiknya pergi menikmati angin pagi di kampung ini . Sudah tua perlu kekal aktif .

"Morning nenda" ucap mereka bertiga serentak .

"Eh Jannah buat apa dekat sini ?" tegur Datin'Sri Elith.

Jannah pergi ke arah Datin'Sri Elith untuk bersalam dengan wanita tua itu .

"Tadi mak suruh Jannah hantar makanan dekat keluarga ni . Takut tak ada sarapan pagi ni" Jannah menunjukkan mangkuk tingkat yang dibawanya tadi .

"Ohhh susah-susah je Jannah hantarkan makanan . Mari kita makan sekali" pelawa Datin'Sri Elith dengan ramah . 

Sepanjang masa makan , Jannah tidak berhenti melihat Aldric dan Ariana duduk bersebelahan . Cemburu . Bella dan Airis hanya memandang tingkah laku Aldric yang sangat 'sweet' . Ayzen pula hanya menahan rasa di dalam hati .




vote yuk and comment tauu hehe maseh cutiee ❤

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now