𝐁𝐀𝐁 7 🦋

171 12 8
                                    

       "SEJUKNYAAAA !!!" kata Bella kuat apabila kakinya direndam di dalam air .

"Ari ! Aris ! Jom lahh mandi . Sejuk ni best tau" ajak Bella . Ariana dan Airis hanya duduk di atas tikar sambil melihat gelagat Bella yang seronok bermain air . Tempat ini tidaklah terlalu ramai , kebanyakannya mereka datang nak berkelah .

"Woii" panggil Bella sekali lagi .

"Ye laa . Jom Aris" Ariana mengambil tangan Airis lalu menariknya untuk mengikuti langkahnya .

Ariana dan Airis turun berhati - hati dari batu yang besar .

"Carefull licin batu ni" ujar Airis pada Ariana .

"Perhhh beku siak" komen Airis apabila tubuhnya tenggelam dalam air .

"Kita main dekat sini je lah . Aku tengok air dekat sana boleh tahan deras . Nanti jadi apa - apa kang susah" cadang Ariana .

"Dalam juga eh tempat ni" kata Airis .

Bella memercikkan air pada Airis . Airis mengangkat keningnya sebelah sebelum dia membalas balik percikan air pada Bella . Ariana pun tumpang sekaki . Mereka bertiga gembira bermain seketika .

"Bahhhh" sergah Afaz dari belakang Bella .

Ariana , Bella dan Airis membuat muka selamba tanpa reaksi .

"Alah korang ni cuba terkejut sikit . Macam tak ada perasaan je" Afaz mencebik bibir .

"Whatever . Kau buat apa dekat sini ? Tempat lelaki dekat bawah sana okey" ujar Airis sambil menunjuk ke arah bawah . Tempat mandi Ariana , Bella dan Airis sedikit terlindung kerana batu - batu besar melindung tempat mereka .

"Ouhhh Aldric suruh panggil korang naik . Dia kata nak pergi lepas tu kita pergi jalan - jalan ." kata Afaz sambil duduk di atas batu besar .

"Okey" jawab Airis dan Bella serentak tanpa banyak songeh .

Mereka bertiga terus menaiki tangga batu dengan berhati - hati . Sampai sahaja ke atas , mereka terus pergi ke kereta untuk mengambil baju ganti .

"Girls !!!" panggil Afaz tatkala ternampak mereka bertiga keluar dari tempat persalinan .

"Kita nak pergi mana ni ?" tanya Airis . Mereka hanya memakai pakaian ringkas sahaja . Ariana hanya memakai baju t-shirt berwarna hitam dipadankan dengan cardigan berwarna hitam dan rambutnya ikal mayangnya dilepaskan sehingga ke pinggang . Bella pula memakai sweatshirt oversize dan rambutnya diikat toncang . Manakala Airis memakai t-shirt berwarna putih yang bercorak bunga dan rambutnya disanggul gaya messy . Simple but nice .

"Hello ! Korang dengar tak apa yang aku cakap tadi ?" tanya Airis sedikit kuat apabila ketiga - tiga diam memerhati seperti tidak puas melihat dia , Ariana dan juga Bella .

"Ha ha apa ?" tanya Ryan selepas sedar . Dia meraup mukanya beberapa kali .

"Aku tahu kitaorang cantik tapi cover sikit . Tak payah nak tenung sangat nanti tak lena korang tidur malam karang" tegur Bella dengan selamba .

"Eh dah lah jom pergi . Korang follow kitaorang dari belakang ehh" dalih Ryan . Ryan menepuk bahu Aldric apabila dia masih lagi merenung ke arah gadis pujaannya . Bukan Ryan tidak tahu yang Aldric renung siapa .

"Siapa nak drive ?" tanya Bella sambil melambung kunci kereta .

"Biar aku je lahh" Ariana mengambil kunci yang dilambung oleh Bella . Dia masuk ke tempat pemandu . Ketiga - tiga jejaka itu sudah hidupkan moto berkuasa tingginya dan terus berlalu .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now