BAB 32 🦋

48 5 0
                                    

            ALDRIC mula berasa risau akan keadaan isterinya . Sejak dari dalam pesawat isterinya diam dan hanya memaparkan wajah tegang . Bila ditanya okey atau tidak , Ariana hanya mendiamkan dirinya . Bukan sahaja Ariana seorang malah Bella dan Airis juga turut begitu .

Sampai sahaja di hospital yang menempatkan Datin'Sri Elith , tiga gadis itu terus meluru masuk ke dalam wad ICU . Manakala Ryan , Aldric dan Afaz pula terpaksa menunggu di luar kerana wad ICU hanya dibenarkan tiga orang untuk masuk .

Ariana menyentuh tangan Datin'Sri Elith yang dicucuk . Kesan lebam di wajah Datin'Sri Elith juga dielus lembut oleh Airis .

Ketiga-tiga gadis itu mengalirkan air matanya melihat keadaan nenda mereka yang sangat teruk . Habis luka dia semua bahagian tubuh dan wajahnya . Sanggupnya mereka memukul orang tua seperti Datin'Sri Elith kerana dendam yang bertakhta di hati .

Ariana mula menanam nekad di dalam hati untuk membunuh orang yang telah menyakiti Datin'Sri Elith. 

Bella mengempal tangannya bagi menahan amarah yang semakin membara di dalam hati .

Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain lalu mengangguk . Tahu sudah mereka unruk melakukan apa .

🦋🦋🦋

         ARIANA melangkah masuk ke dalam gudang yang terletak jauh dari kawasan perumahan manusia . Gudang ini hanya dikeliling oleh hutan lebat . Semua budak suruhan yang memandang ke arahnya diabaikan .

Seorang lelaki yang berbadan besar berdiri di hadapannya menghalang langkah Ariana dengan senjata .

"Kau nak apa datang sini ?" tegas lelaki sado itu bertanya . Wajahnya juga tidak ada langsung secalit senyuman .

"Boss kau" tajam mata Ariana memanah .

Lelaki itu hanya senyum sinis .

"Siapa kau nak jumpa dengan boss aku ?" lagak sekali lelaki itu menyoal . Tangannya disilangkan pada tubuh .

"Budak baru ?" soal Ariana sambil mengangkat keningnya . Dia tidak pula pernah tengok lelaki ini sebelum ni . Nampaknya Tom benar-benar meningkatkan tahap keselamatan.  Terasa kelakar pula .

"Kau sibuk pahal ?" kasar lelaki itu berkata .

Ariana merenung tajam wajah lelaki itu sebelum dia bertindak pantas merampas senjata di tangan lelaki itu . Dia menghalakan muncung senjata itu tepat pada dada lelaki itu .

"To slow" ejek Ariana . Dia mencampakkan senjata itu ketepi .

"Buang masa sahaja layan kau dekat sini" Ariana ingin berlalu tetapi tidak jadi apabila lelaki itu bertindak untuk menarik bahunya dan memberikan pelempang di wajahnya .

"You in trouble right now , dude" Ariana menyepak alat sulit lelaki itu . Lelaki itu tertunduk . Ariana pantas memberikan hentakkan kuat kepala lututnya pada kepala lelaki itu . Tidak cukup dengan itu , Ariana menyepak kuat tubuh belakang lelaki itu sehingga dia tersembam di lantai .

"Lain kali kalau nak bercakap dengan orang biarlah ada adabnya . Jangan berlagak sangat padahal diri tu lemah" Ariana memijak belakang badan lelaki dengan kuat sehingga lelaki itu mengerang kesakitan .

Ariana tidak mahu membuang masa di sini terus berjalan ke dalam gudang mencari keberadaan Tom .

"KELUAR KAU TOM ! JANGAN JADI PENGECUTLAH !" jerit Ariana sekuat hati sehingga keluar urat di lehernya.

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now