𝐁𝐀𝐁 1 🦋

367 35 7
                                    

      KETUKAN di pintu mematikan khayalannya . Segera dia menghapuskan air matanya .

  "Masuk" arah Ariana apabila selesai menghapus air mata .

  "Assalamualaikum wahai sahabat ku " sapa Bella .

  "Waalaikumsalam" jawab Ariana .

  "Awalnya kau balik bukan kau kata pergi sana 2 weeks ?" soal Ariana . Dia berpura - pura mengemas meja agar tidak bertentang mata dengan Bella .

  "Kerja aku habis awal sebab tu aku balik" balas Bella . Dia menarik kerusi di hadapan Ariana . Seketika dia diam , memerhati tindak-tanduk Ariana yang asyik menundukkan wajahnya .

  "Kau nak minum air apa ?" tanya Ariana yang masih menundukkan wajahnya .

"Apa - apa je " balas Bella .

Ariana terus menekan interkom untul memberitahu PA-nya .

"Tak payah nak sorok sangatlah mata bengkak kau" ujar Bella .

"Mana ada aku nangis" nafi Ariana .

"Tak payah nak tipulah , kita dah kenal lama Ari lagipun kita duduk serumah so segala perangai kau ada dalam poket aku okey ," ucap Bella .

"Now tell me , why you crying ?" tanya Bella .

"Kau teringat dekat syaitan hauk tu ke ?" teka Bella .

"Hati aku dah mati untuk dia jadi aku takkan ingat dia lagi" jawab Ariana tanpa nada .

"Ohh okeyy , so kau teringatkan benda itu ?" tembak Bella .

"Benda tu mana boleh lupa dari ingatan aku El" kata Ariana sebak . Matanya yang sudah kering kembali berair .

Bella tersenyum nipis apabila sangkaannya tepat .

"Ari" panggil Bella . Dia bangkit dan terus berdiri di sebelah Ariana .

"Semua tu takdir untuk kau tau ? Kalau semua benda tu tak terjadi , kau takkan jumpa nenek , Abang Ayzen dan dua orang BFF kau yang comel ni" kata Bella sambil mengusap perlahan belakang Ariana .

"Tapi sampai sekarang aku terfikir . Besar sangatkah dosa aku ?" soal Ariana .

"Tak payah fikir sangatlah pasal tu . Sekarang , focus sahaja dekat kehidupan kau yang sekarang ini" Bella turut berasa simpati melihat Ariana kerana dia mangsa keadaan .

"Kalau ayah aku hidup lagi mesti aku tak jadi macam itu" kata Ariana lirih .

"Stop it Ariana . Jangan nak merepek . Aku tak suka .  Aku taknak kau cakap pasal benda ini lagi . Kalau nenek atau Abang Ayzen dengar mesti diaorang sedih . Kau kena kuat . Remember I never have parents" kata Bella tersenyum nipis . 

"Okey" jawab Ariana sepatah .

"Are you okey ?" soal Bella risau .

"I'm fine but i need a hug" pinta Ariana .

"Such as cute girl but devil" kata Bella . Dia gelak perlahan .

Terus Bella memeluk Ariana erat . Bagi menyalurkan semangat untuknya .

"Astaghfirullahalazim ustaz ! ustaz ! Tengok ni Bella kantoi berdua - duaan dengan Ariana" jerit Airis . Dia menutup mata dengan telapak tangannya tetapi dia membuka sedikit jari - jemarinya untuk melihat .

"Mata Ana sudah tidak suci lagi" kata Airis dalam loghat Arab . Airis menepuk dahinya kuat . Seolah - olah menyesal terlanjur melihatnya .

"Kau tak payah nak overacting boleh ? Sebelum kepala kau binjul kena baling dengan benda alah ni , baik kau diam" kata Bella sambil menunjukkan pen yang berada di tangannya . 

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now