BAB 35 🦋

49 5 0
                                    

             RYAN membuka pintu biliknya . Tadi dia sibuk melayan pak / mak saudara Airis dan tok saudara Airis . Mereka semua bermalam di sini . Setelah diberitahu akan kematian Datin'Sri Elith , mereka semua bergegas kemari untuk menolong sediakan apa yang patut . Jadi tetamu yang datang menziarah hanya mereka yang layan .

Ryan merenung Airis yang sedang termenung di katil sambil menghadap ke arah balkoni . Isterinya ini sudah seharian tidak menjamah apa-apa makanan . Bila dipaksa mulalah menangis . Pelik . Tapi Ryan faham akan keadaan Airis yang emosinya tidak stabil .

Ryan duduk di birai katil . Airis masih lagi dalam keadaan yang sama .

"Hey" Ryan mencuit sedikit bahu gadis itu .

Tersentak Airis . Lantas dia mengelap kasar air mata yang mengalir di pipinya .

"Mind to share , sayang ?" pujuk Ryan seraya duduk di sebelah gadis itu .

"Saya cucu paling teruk bukan ? Nenda sendiri tak mampu nak protect ." luah Airis . Dia tunduk bermain sesama jarinya . Menahan tangisan dari terkeluar . Inilah sisi lain daripada Airis Saffiya Alysha . Lemah . Suka salahkan diri . Kebanyakkan orang lain tidak tahu tentang sikapnya yang satu ini kecuali dua orang sahabatnya , nenda dan juga Ayzen .

Ryan bertindak menarik tubuh Airis ke dalam dakapannya . Bibir dilabuhkan ubun-ubun gadis itu . Tangan mengusap lembut belakang gadis itu bagai memberi semangat kepadanya .

"Sayang mesti pernah dengar ni . Allah SWT takkan uji seorang hambanya lebih dari kemampuannya sendiri . Setiap ujian pasti ada hikmahnya , sayang . Lagi pula , setiap hambanya pasti akan pulang tak kira tua ataupun muda . Memang ajal nenda dah tertulis macam tu . Kita kena terima qada' dan qadar ." tutur Ryan dengan lembut . Haru hatinya apabila melihat begini keadaan isterinya .

Airis sudah menangis teresak-esak di dada bidang Ryan . Dipeluk dengan erat tubuh lelaki itu .

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Airis sendiri yang merungkaikan pelukan itu .

Ryan mengusap lembut pipi Airis . Wajah itu sembam . Matanya sudah merah kerana banyak menangis .

"Awak" panggil Airis .

"Ya sayang saya" sahut Ryan dengan lembut .

Airis menundukkan wajahnya . Arghhh jantungnya tidak memberi kerjasama ketika ini malah semakin kuat pula berdegup .

Alahaiii cik suami ... Jangan begini ...

"Saya lapar" serak sahaja suara Airis . Seharian dia tidak menyentuh apa-apa makanan . Dia hanya minum air mineral sahaja .

Ryan ketawa kecil . Lucu pula dia melihat wajah merah Airis . Comel sangat .

"Jom turun atau nak saya bawa makanan masuk bilik ?" tanya Ryan .

Airis mengeleng kepalanya . Sudahlah sejak dia balik , dia hanya berkurung di dalam bilik . Nanti apa pula kata-kata tok saudaranya yang lain .

"Kalau macam tu , jom turun bawah . Ke awak nak saya dukung ?" usik Ryan bersama senyuman nakal .

"Awakkkkk" rengek Airis . Sudahlah dia penat menangis takkan dia nak penat jatuh cinta dengan suami sendiri pula ?

Macam lain jer....

"Ye sayang . Saya tak usik dah" Ryan mengalah . Tangan Airis digenggam .

Turun sahaja dari tingkat atas , Nenda Mawar datang mendekati Airis .

"Ya Allah . Habis sembam muka cucu aku" Nenda Mawar mengusap perlahan pipi Airis lalu dibawa ke dalam dakapannya .

"Fiy minta maaf , nenda" Airis mengogoi .

"Tak apa kamu tak salah , Fiy . Kita kena terima takdir . Dah sekarang ni kamu pergi makam dekat dapur . Tadi nenda dengan Nenda Bunga ada sediakan dekat bawah tudung salji" ujar Nenda Mawar dengan lembut . Sayu hatinya melihat keadaan cucunya begini .

Airis mengangguk perlahan . Dia melepaskan pelukan itu .

Ryan terus memeluk bahu Airis dan berjalan ke arah dapur . Terlihat Bella , Afaz , Ayzen dan Zanish turut berada di meja makan .

"Adik okey ?" soal Ayzen prihatin .

Airis mengangguk kepalanya . Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Bella dan Afaz .

"Mana Ari ?" tanya Airis .

"Tadi dia dah makan sikit lepastu dia terus naik bilik sebab sakit kepala katanya." beritahu Bella .

"Kau dah buat ke , Zanish ?" soal Airis lagi .

"Settle . Aku campak dia betul-betul depan rumah dia" Zanish menyuapkan lagi mee goreng ke dalam mulutnya .

Airis mengangguk kepalanya perlahan . Masih sakit hati dengan tindakan lelaki itu . Mahu sahaja dia menyeksa lelaki itu sampai mampus tetapi dia bukan sesiapa .

"Aku cadangkan buat masa ni korang tak payahlah lagi nak masuk pejabat . Aku takut korang dapat depress" cadang Zanish .

"It's okey . Aku cuti 2 ke 3 hari lepas tu aku masuk pejabat balik . Tak boleh tinggal lama . Berlambak kerja aku nanti" bantah Bella . Tangannya menguis mee goreng yang berada di dalam pinggannya . Seleranya sudah hilang .

"Honey . Makanlah bukan main-main macam tu" pujuk Afaz .

Lambat-lambat Bella menyuapkan mee goreng itu ke dalam mulut. 

"Fiy ! El !" seru Ayzen .

Bella dan Airis mengangkat wajahnya memandang wajah serius Ayzen .

"Ya abang" serentak mereka berdua menjawab .

"Buat masa ni , biar abang yang pantau syarikat nenda sementara abang tengah cuti.  Nanti kalau abang kena flight baru korang bertiga yang pantau . Okey ?" ucap Ayzen .

"Abang tak penat ke ? Abang balik sini nak rehatkan diri bukan buat kerja-kerja macam ni." Airis mengangkat keningnya .

"Tak apa abang kena biasakan diri abang . Takkan nak mengharap korang bertiga je jaga company tu" ujar Ayzen .

Bella dan Airis mengangguk kepalanya . Benar , syarikat sendiri pun sudah sibuk tahap melampau inikan pula syarikat megah milik Datin'Sri Elith .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now