BAB 39 🦋

48 4 0
                                    

           HARI semakin hari hubungan Arian dan Aldric semakin rapat . Hati mereka juga sudah terpaut antara satu sama lain . Mereka menjalani hari mereka berdua dengan indah tanpa ada gangguan sekalipun . Namun , pelangi tidak selalu indah bukan ? Jeng jeng jeng . Tiberhhh ...

Ariana melabuhkan punggungnya di birai katil . Sunyi rasa apabila suaminya tidak pulang lagi kerana banyak urusan di pejabatnya . Sebelum ini Ariana hanya menganggap suaminya itu hanya mat motor akan tetapi dia tersilap . Dalam diam , Aldric menguruskan syarikat sangat megah . Pandai lelaki itu menyorokkan identitinya .

Ariana berbelah bahagi untuk menghubungi Aldric yang masih lagi berada di pejabat .

'Nak call ke tak nak ? Nanti kalau aku call ganggu dia pula' Ariana berkata di dalam hati sambil tangannya mengetuk kepalanya perlahan .

Krukkkk !

Ariana memegang perutnya yang berbinyu . Baru dia teringat yang dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan selepas makan tengah hari bersama suaminya .

Lantas dia mengatur langkah ke arah pintu biliknya , kakinya menuju ke arah dapur untuk memeriksa apa-apa makanan yang boleh dimakan .

"WOII !" sergah Bella dari belakang menyentakkan Ariana yang sedang membuka pintu peti ais .

"Kenapa ? Teringin nak mati dah ?" soal Ariana dingin .

Bella hanya tersengih sahaja .

"Laki kau mana ? Biasanya waktu-waktu macam ni bukan main tak berenggang langsung macam belangkas sudah" cebik Bella . Tapi memang benar apa ? Kemana Ariana pergi pasti ada Aldric bersamanya .

"Cakap dengan cermin ke ?" perli Ariana . Tangannya mengapai susu coklat yang berada di dalam peti itu . Tangan pula mengambil cawan yang tersedia di atas island table . Dituang dengan penuh cermat agar tidak tumpah .

Ariana duduk di atas kerusi menghadap Bella yang masih lagi merenung tindakannya .

"Kau dah kenapa ? Mana lagi seorang ?" Mata Ariana meliar ke belakang Bella mencari keberadaan Airis .

"Mana lagi bilik gym ler . Boxing dengan lelaki dia lah kut" Bella menjawab sambil menuang susu coklat itu ke cawan kepunyaannya .

Ariana mengangguk perlahan . Terasa lega tekaknya apabila susu itu diminum .

"Eh aku tanya kau laki kau mana ? Tak jawab lagi" Bella memeluk tubuhnya . Sesekali kali dia menghirup susu coklat itu .

"Dia ada dekat office. Biasalah tu dapat tender baru mestilah sibuk an ?" jelas Ariana .

Bella mengangguk faham .

"Asal kau tak teman dia ?" soal Bella .

"Dia tak bagi . Kata dia tak nak aku penat tunggu dia siapkan kerja dia" ini lagi satu Ariana tidak berpuas hati dengan Aldric apabila tidak membenarkan dia menemaninya . Kalau giliran Ariana yang terpaksa bermalam di pejabat bukan main Aldric membantahnya sekiranya dia melarang lelaki itu . Jika dia melawan mulalah keluar segala ceramah dari mulut suami kesayangannya itu . Nasib sayang .

"Aku ada benda nak tanya kau ni" Bella membuat muka serius .

Ariana mengangkat keningnya tanda bertanya 'apa dia' .

"Kau dah jatuh cinta dekat dia ?"

Ariana diam . Dia tidak tahu tetapi bila bersama Aldric hatinya terasa tenang dan selalu membuatnya tersenyum . Adakah itu cinta yang baru mula berputik ?

"Aku tak tahu" jujur Ariana . Selepas dia putus dengan Tengku Zayyaz , dia berasa perasaannya kosong terhadap lelaki sampaikan dia terlupa bagaimana perasaan jatuh cinta . Langsung dia tidak tertarik malah ada yang ingin mendekatinya tetapi dia buat tidak endah .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now