AIRIS yang sedang mengoreng mee tersentak apabila ada sepasang tangan yang memeluk erat tubuhnya dari belakang .
"Morning sayang" Ryan meletakkan dagunya di bahu Airis .
"Awal bangun hari ni" Airis senyum .
"Bantal peluk saya hilanglah"
Airis mengelengkan kepalanya . Sudah biasa dengan perangai manja Ryan sejak digelar isteri kepada jejaka ini .
"EHEMMM"
"Dekat dapur pun jadi ya" sengah Afaz yang berjalan sekali dengam Bella .
"Mana lagi seorang ?" soal Airis sambil meletakkan mangkuk besar yang berisi mee goreng .
"Entahlah . Tidur lambat kut semalam . Almaklumlah semalamkan ada drama tak berbayar" ujar Bella sambil menyedokkan mee untuk Afaz .
"Drama apa pulak ni ?" Airis berkerut dahi tidak faham akan percakapan Bella .
"Alah drama dalam bilik gym . Paling mengejutkan adalah Ariana berubah menjadi kucing parsi dekat situ" kata Bella tanpa berselindung .
"Seriously ?! Alah ruginya aku masuk awal dalam bilik kalau tak boleh aku tengok sekali" Airis menjungkitkan bahunya .
"Korang kalau tak mengata aku sehari memang tak sah kan !" Ariana berkata . Di belakangnya ada Aldric yang senyum sampai ke belakang kepala .
"Yang kau dah kenapa ? Senyum memanjang" tegur Ryan . Pelik dia dengan Aldric ni .
"Mestilah senyum sampai ke telinga masakan bini pujuk kan !" usik Afaz .
Muka Ariana mula memerah . Malu apabila menginggati tingkahnya semalam .
"Tak apa , sweatheart . Kita bagi je dia dekat Lucca nanti" balas Aldric .
Afaz terus menjeling Aldric yang sedang menyantap sarapan . Tahulah dia trauma dengan Lucca . Ini benci ni ...
"Korang ada plan nak pergi mana-mana tak ?" soal Airis .
Serentak Ariana dan Bella mengelengkan kepala .
"Cun . Jom kita pergi trio honeymoon memandangkan kita dah siap kerja masing-masing" Airis berkata .
"Okey tapi kita nak pergi mana ?" soal Bella .
"Jangan nak pening-peningkan kepala anda . Nenda dah tempah tiket kita berenam ke Paris esok " jelas Airis .
"Bapak laju nenda buat kerja . Ini mesti kes Kriss yang bagitau ni . Tak lain dan tak bukan . Sah" Airis mengangguk setuju . Kriss memang rapat dengan Datin'Sri Elith jadi tak mustahil dia berkata mengenai itu kepada Datin'Sri Elith.
"Kau okey , Ari ?" soal Airis . Dari tadi dia perhati Ariana diam dan memikirkan sesuatu tetapi apa ?
"Aku okey . Tapi hari ni kau nak rehat dekat rumah . Korang nak keluar pergi lah" putus Ariana . Kalau boleh dia nak tidur puas-puas seharian . Kenikmatan yang paling berharga dalam hidup selepas berperang dengan bekerja .
"Okey" jawab Airis dan Bella serentak . Mereka semua diam menikmati sarapan .
YOU ARE READING
HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]
Action𝓐𝓻𝓲𝓪𝓷𝓪 𝓓𝓮𝓵𝓲𝓼𝔂𝓪 𝓒𝓪𝓼𝓼𝓪𝓷𝓭𝓻𝓪 × 𝓐𝓵𝓭𝓻𝓲𝓬 𝓗𝓪𝓻𝓻𝓪𝔃 =============🦋============= Dibenci , diseksa , difitnah sehingga dia dihalau seperi anjing kurap oleh darah dagingnya sendiri . Rumah yang dulunya digelar syurga sebagai...