𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆 🦋

438 24 6
                                    

"KAU MEMANG ANAK YANG TAK BERGUNA ! KAU BANGUN SEKARANG !." jerkah Anyza . Ariana membuka mata perlahan kerna kepalanya masih pening . Saat dia mengerakkan kepalanya ke sisi . Terbungkam Ariana apabila mendapati dia berada di atas katil dengan lelaki yang tidak dikenalinya dalam keadaan tiada seurat benang pun yang membalutinya . Tubuhnya hanya ditutupi oleh selimut sahaja .

"Bangun Lisya!" jerkah Anyza sekali lagi. Ariana lekas membaluti dirinya dengan selimut dan berlari ke arah bilik air . Sempat dia mengutip pakaiannya yang terabur di lantai .

Dia kembali ke biliknya . Terdapat Anyza dan Darisha sahaja berada di situ . Lelaki yang tidur bersamanya tadi sudah tiada . Sudah dihalau oleh Anyza mungkin .

"Sini kau" panggil Anyza yang sedang menahan marah . Ariana perlahan - lahan mendekati Anyza yang berada di tengah bilik . Anyza terus mencengkam kuat rambut Ariana sambil mengheretnya ke ruang tamu .

Anyza melempar Ariana di ruang tamu . Meja yang berada di ruang tamu itu tepat mengenai tulang belakang Ariana .

"Sssakit" desis Ariana perlahan . Anyza mara dan mencengkam dagu Ariana.

"Sakit ? Tapi sakit lagi hati aku" dia menghentak kepala Ariana di meja sehingga dahinya mengeluarkan darah tidak cukup dengan itu , Anyza mengambil kayu besbol yang berada di tepi rak televisyen . Terus Anyza menghayun kayu besbol pada badan Ariana .

"Arghhh!" jerit Ariana tatkala kayu besbol yang dihayun Anyza mengenai tulang belakangnya . Setelah puas memukul , Anyza sekali lagi mengheret Ariana dengan mencengkam rambut . Kakinya menuju ke arah pintu utama . Dia menolak Ariana sehingga jatuh dari tangga . Ariana menjerit kesakitan .

"Sepatutnya dari kecil aku dah rendam kau dalam air panas . Biar kau mati dalam itu . Semakin kau besar makin suka malukan aku dekat orang kampung . Semua orang mengata aku . Muka aku ni dah tak tahu nak letak dekat mana . Kau burukkan aku dekat orang kampung , cakap itu ini ! Dasar perempuan murah ! Pelacur ! Kau berambus dari sini!" hambur Anyza .

"Lisya berani bersumpah yang Lisya tak pernah burukkan nama mama dekat orang kampung dan Lisya juga tak kenal jantan itu . Selama ini , Lisya tak pernah kawan dengan sesiapa . Lisya masih tidak faham kenapa mama berubah selepas arwah papa meninggal ? . Apa salah Lisya ma ? Besar sangat ke dosa Lisya ? Apa yang Lisya sudah buat ? Mama layan Darisha seperti minyak yang ditatang penuh sedangkan Lisya , mama layan tidak ubah seperti hamba abdi . Setiap hari mama pukul Lisya sampai berdarah . Kalau boleh , mama nak bunuh Lisya kan ? Kenapa mama benci sangat dengan Lisya ? " luah Ariana . Dia sudah teresak menangis .

"Aku tak nak kau buat drama murahan kau dekat sini . Yang aku tahu adalah kau berambus dari rumah aku sekarang ! Kau nak tahu kenapa aku benci dengan kau ? Sebab kau tu pembawa sial . Keluarga ini musnah sebab kau !" kata Anyza .

Ariana mengelengkan wajahnya berkali - kali .

Melihat Ariana yang berusaha untuk menaiki tangga terus dia menendang Ariana jatuh buat kali kedua . Pantas dia mengunci pintu utama .

Ariana menjerit kesakitan . Tubuhnya sudah dipenuhi oleh darah akibat dibelasah Anyza .

Perlahan - lahan Ariana menaiki tangga untuk mengetuk pintu . Berulang kali dia memangil Anyza .

Setelah hampir 4 jam dia merayu di situ . Dia bangkit dan terus meninggalkan kawasan rumahnya untuk mencari tempat teduh . Di kampung ini , dia tidak mempunyai kawan kerana Anyza tidak suka dia berkawan dengan sesiapa pun .

Tiada arah tuju .

Dia buntu .

Nasibnya terlalu malang . Dia hampir dirogol oleh penagih dadah . Dia sudah tiada tenaga hendak melawan . Perkara terakhir dia ingat adalah ada seorang jejaka yang sampai tepat pada masanya . Dia seumpama lelaki kiriman Tuhan untuk menyelamatkannya .

next chap . hope you like it hehe
( please comment and vote )💗!

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now