BAB 17 🦋

106 7 0
                                    

         PINTU dikuak oleh Ariana yang baharu sahaja tiba di bilik wad Datin'Sri Elith . Kelihatan Tok Kil dan Nenda Mawar berada di sisi Datin'Sri Elith yang masih tidak sedarkan diri .

"Ari" seru Tok Kil .

"Ya tok" Ariana berdiri di depan katil Datin'Sri Elith .

"Macam mana boleh jadi begini ?" sayu dia melihat kakaknya yang berwayar sana sini . Ditambah terkejut apabila dia dimaklumkan kakaknya bahawa sudah terlantar di hospital . Sebaik sahaja mendengar khabar itu terus sahaja dia pergi ke sini bersama dengan adiknya .

"Nenda accident . Kereta yang dibawa terbabas ke gaung" kata Ariana .

"Allah" kata Nenda Mawar sambil menangis .

"Kenapa banyak orang yang menjaga kat luar bilik ni ?" soal Afaz .

"Nenda orang yang terpengaruh jadi kena berhati-hati" jawab Ariana dengan ringkas .

"Airis dengan Bella mana ?" soal Tok Kil .

"Diaorang balik ambil baju" kata Ariana .

"Setiap hari lepas balik kerja , korang bertiga akan tidur di sini ?" Ariana hanya mengangguk . Dia hanya meninggalkan Datin'Sri Elith  ketika berkerja sahaja tapi dia half day begitu juga dengan Bella dan Airis . Pada waktu pagi , Ayzen akan menemani Datin'Sri Elith manakala pada waktu petang sehingga malam mereka bertiga akan menetap di sini .

"Tok harap nenda kamu ini kuat menghadapi ujian ini" setitis air matanya mengalir di pipi tuanya .

Ariana menunduk menahan hiba yang mendatang di hati .

TITTTT.....

Mesin di tepi katil berbunyi nyaring .

Tersentak Ariana apabila mesin itu berbunyi kuat . Terus dia berlari ke luar untuk memanggil doktor .

Nenda Mawar dan Tok Kil sudah gelabah apabila nadi Datin'Sri Elith tidak kelihatan .

Tiba sahaja doktor dan beberapa orang nurse , Tok Kil dan Nenda Mawar terus ketepi untuk memberi ruang kepada Datin'Sri Elith .

"Cik-cik semua boleh tunggu di luar dulu" kata seorang nurse .

Ariana mengangguk dan terus beredar dari bilik itu . Diikuti dengan Tok Kil dan Nenda Mawar .

🦋🦋🦋

      "ARI" Airis dan Bella berlari ke arah Ariana yang sedang duduk di kerusi . Kelam kabut dia datang kemari kerana Ariana menelefonnya beritahu akan hal ini .

Ayzen pun muncul sebaik sahaja dimaklum oleh Airis yang kebetulan berada di rumah .

"Aris nendaaaa" tangisan Ariana semakin menjadi-jadi . Bella dan Airis memeluk tubuh Ariana .

"Ak...aku tak nak hilang nenda , El" adu Ariana .

"Shhh...nothing happen to our nenda . Just pray" Bella mengosok perlahan belakang Ariana .

Ayzen pula hanya memerhati mereka bertiga yang sudah menangis .

"Cik Ariana , Cik Bella dan Cik Airis" panggil doktor yang baharu sahaja keluar dari bilik Datin'Sri Elith  .

Mereka bertiga terus berdiri tegak dan mendekati doktor itu .

"Buat masa ini keadaan Datin'Sri Elith sudah stabil dan juga dia telah sedar . Tetapi badannya masih lemah . Nasib Cik Ariana cepat memanggil saya kalau tidak tak tahu apa jadi dengan Datin'Sri . Kalau ada apa-apa lagi panggil saya . Saya minta diri dulu ya . Assalamualaikum"

Mereka semua tidak berhenti mengucap syukur akan berita itu .

Mereka semua masuk ke dalam bilik itu .

Airis , Bella dan Ariana mendekati Datin'Sri Elith yang berada di katil .

"Nendaa" Ariana terus memaut tubuh tua itu dengam lembut sebelum berpelukan . Begitu juga dengan Airis , Bella hanya memegang tangan Datin'Sri Elith yang sudah dicucuk jarum .

"Long time not see you my grandchild" gurau Datin'Sri Elith dengan lemah sambil mengusap rambut Ariana .

"Kakak" panggil Tok Kil dengan wajah sembam .

Ariana , Airis dan Bella melepaskan tubuh Datin'Sri Elith .

"Kamu ni dah tua pun menangis macam budak-budak" usik Datin'Sri Elith .

"Kak yang buat Kil macam ni . Suka sangat buat orang sakit jantung" Tok Kil terus memeluk tubuh kakak kesayangannya . Begitu juga Nenda Mawar yang sudah lencun dengan air mata .

"Aku tak mati lagilah" kata Datin'Sri Elith selamba .

"Eish kakak ni" Nenda Mawar menepuk peha Datin'Sri Elith dengan perlahan .

please comment and vote yaa ❤✌🏻

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now