𝐁𝐀𝐁 3 🦋

203 21 2
                                    

            KERETA mewah Ariana masuk ke perkarangan rumah agam milik Datin'Sri Elith . Ariana memasukkan keretanya di tempat letak kereta .

Ariana melangkah ke pintu utama .

"Cik Ariana ? Dah balik ?" sapa Pak Hamid , pemandu Datin'Sri Elith .

"Haah . Ari naik dulu ya nak solat . Dah lambat ni" Ariana meminta diri dengan sopan .

Pak Hamid hanya mengangguk kepala .

Ariana melangkah laju ke biliknya . Panggilan Airis dihiraukan .

                        🦋🦋🦋

 
    SELESAI sembahyang , Ariana turun ke bawah pergi ke ruang makan .

"Kau asal tadi ? Laju semacam je . Aku panggil pun kau buat tak dengar" soal Airis .

"Aku dah lewat nak solat masa tu . Mananya aku nak sembang dengan kau" jawab Ariana .

"Ni kenapa korang tak makan lagi ?" tanya Ariana bingung . Semua hidangan dah disediakan di depan tapi mereka berdua diam tidak menjamu selera .

"Tunggu kau laa" jawab Airis dan Bella serentak .

"Ohh . Jomlah makan" ajak Ariana . Dia mengambil tempat duduk di tengah antara Airis dan Bella .

Ariana mengisi nasi untuknya , Bella dan Airis . Bella pula menuang air oren untuk mereka bertiga . Manakala Airis mengisi lauk umtuk mereka bertiga . Begitulah keadaan setiap kali mereka bertiga makan . Sweetkannn HAHA...

Keadaan sunyi seketika kerana mereka bertiga enak menjamu selera .

"Tadi nenda cakap nak pergi bila eh?" tanya Bella . 

"Nenda kata Sabtu" jawab Airis .

"Berapa lama ?" soal Ariana .

"Nenda kata kali ni kita cuti lama sikit . Maybe 2 weeks" jawab Airis .

Ariana dan Bella hanya mengangguk kepala .

"Why not malam ni kita tengok movie" cadang Bella .

"On !" kata Airis teruja .

"Kau Ari ?" soal Bella .

"Boleh je" ujar Ariana .

"Makan cepat . Kita kena pergi market sebab nak beli jajan . Stok kita berkurang" kata Bella .

"Okey" ujar Airis dengan mulut penuh .

"Carefull nanti tercekik . Susah" tegur Ariana tanpa nada .

"Heyy girls . Seronok makan ? Tak ingat orang belakang ni ke ?" sapa Ayzen selamba . Tangannya diseluk masuk ke dalam poket sambil badannya disandarkan di dinding .

"ABANGGGG !! " Airis kelihatan teruja apabila melihat abang kandungnya .

Airis berlari anak dan terus memeluk abangnyaa . Pipi abangnyaa dicium sekilas . Sempat dia mencapai tangan abangnya untuk bersalam .

  "Bila abang Ayzen balik ni ?" soal Bella .

"Baru je balik ni ha . Tadi abang balik tengok korang bertiga tak ada ha . Mak Mah kata nenda pun keluar pergi jumpaa adik beradik dia" jelas Ayzen . Tangannya menahan tubuh adiknya yang sedang enak memeluknya .

Airis dan Ayzen sangatlah akrab kerana mereka berdua dibesarkan bersama - sama tanpa makayah . Sebuah tragedi telah menimpa keluarga mereka telah menyebabkan mereka menjadi anak yatim piatu .

"Eh abang jum makan sekali" Airis menarik tangan abangnya pergi ke meja makan .

"Ari dengan El , sihat ?" soal Ayzen .

"Sihat" balas Ariana sambil tersenyum manis .

Ayzen terpana melihat kecantikkan Ariana apabila tersenyum . Haihhh . Rindu pula dia setelah lama dia tidak melihat senyuman Ariana .

"Ehem" Airis mendehem . 

"Bila kita boleh makan ni ? Atau abang dah kenyang tengok muka Ariana tuu" usik Airis .  Mana taknya , Ayzen dari tadi merenung muka Ariana tanpa berkelip . Rindu lah tuuu...

Bella menahan senyumnya . Airis dan Bella memang suka menyakat Ayzen dan Ariana kerana sangat sesuai untuk digandingkan .

"Eh mana nasi abang ?" tanya Ayzen . Sempat dia wink kepada Ariana sebelum dia menjamu selera .

Ariana hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum manis .





stay tuned for the next chapter 💗.
please vote and comment for me ✌🏻❤️

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now