𝐁𝐀𝐁 13 🦋

146 11 0
                                    

             HARI ini merupakan hari yang terakhir bagi family holiday.  Jadi mereka akan pulang hari esok tetapi ada yang pulang pada hari ini kerana urusan kerja . 

Ariana turun ke dapur untuk membasahkan tekaknya . Sedang dia meminum air , terlihat Aldric sedang mengutip kayu dan di belakangnya ada Jannah yang sedang mengikutinya .

Ariana hanya mengeleng kepala melihat sikap Jannah . Dia malas nak melawan jadi dia biarkan sahaja .

Selesai sahaja minum air , Ariana berlalu ke singki untuk membasuh cawan .

Tidak perasan ada orang di belakangnya , Ariana terus berpusing dan terhantuk kepalanya pada dada lelaki itu .

"Aduhh" desis Ariana .

Mata Ariana tajam melihat gerangan yang di hadapannya .

'Bukan tadi aku tengok dia kat belakang . Cepat betul dia masuk' bisik Ariana dalam hati .

"I'm sorry dear . Did so hurt ?" Aldric tersengih . Salahnya kerana dia berniat untuk mengambil cawan di atas kabinet tup-tup terlanggar Ariana yang sedang membasuh cawan .

"You nak buat apa-apa tak kejap lagi sebelum kita semua balik ?" tanya Aldric sambil terjungkit-jungkit keningnya .

Ariana mengelengkan kepalanya .

"Jom ikut  I pergi mall" kata Aldric .

"Ajak Bella dan Airis sekali" kata Aldric apabila Ariana membuka mulut .

Ariana hanya mengangguk kepalanya dan berlalu naik ke bilik .

Buka sahaja pintu bilik , Bella dan Airis sedang sibuk menekan laptop masing-masing menyiapkan kerja yang tergendala semasa percutiaan mereka .

"Bersiap . Kita nak pergi mall" ajak Ariana yang sedang memilih baju untuk dipakai .

"Kita bertiga je ?" soal Airis .

"Nope  . Kita berenam" berkerut dahi Bella .

"Siapa ?"

"Your future husband" balas Ariana selamba . Bukan dia tidak tahu yang Airis dan Bella memiliki perasaan dekat jejaka tersebut tapi sengaja dipendam .

"Hek elehh minah ni" kata Airis sambil meletakkan laptop di atas meja dan berlalu ke arah beg pakaian . .

vote and comment tau ii hehe ❤..

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now