BAB 31 🦋

53 4 0
                                    

             SEHARIAN sudah mereka berjalan-jalan di sekitar kota Perancis . Hari ini adalah hari yang sangat memenatkan . Tangan Ariana mengurut kakinya yang kian terasa lenguh .

Aldric yang melihat keadaan itu terus berlalu ke dapur . Seketika dia kembali bersama air sejuk dan juga minyak urut .

"Sweatheart" Aldric menghulurkan gelas itu kepada Ariana . Dia terus duduk bersila di karpet dan mencapai kaki Ariana .

"Eh awak nak buat apa ni ?" dahi Ariana berkerut . Kakinya juga ditarik menjauhi Aldric .

"Saya nak urut kaki awaklah . Jangan risau saya tak buat benda bukan-bukan" Aldric mengenyit matanya .

"Kenapa pula ?" soal Ariana pelik . Rasanya dia tak ada pun suruh lelaki ini mengurutnya .

"Kaki awakkan sakit" kata Aldric .

"Seganlah saya . Biasa saya tengok isteri yang urut kaki suami . Bukan suami urut kaki isteri" ujar Ariana .

"It's okey sweatheart . Apa salahnya suami manjakan isterinya sendiri . Now , just shut up your mouth , my dear" Aldric terus melakukan kerjanya .

Ariana ralit memerhati tangan Aldric yang cekap mengurutnya .

"Falling in love with me , sweatheart ?" Aldric menayangkan wajah nakal sambil keningnya terjungkit-jungkit .

"Jangan perasan" Ariana menjulingkan matanya ke atas .

Aldric ketawa perlahan .

DING ! DONG !

DING ! DONG !

Loceng rumah ditekan bertubi-tubi . Ariana dan Aldric mengerutkan dahinya . Siapa pula yang datang pada waktu begini ?

"Biar saya pergi tengok" Aldric bingkas bangun menuju ke piktu utama .

Ryan , Airis , Bella dan Afaz turun dari tangga dan menuju ke ruang tamu .

"Siapa yang datang ? Tak rilek betul bunyi loceng" Airis melabuhkan punggungnya di sebelah Ryan .

Aldric kembali ke ruang tamu bersama Zanish . Riak wajah lelaki itu agak tegang .

"Kenapa kau datang sini ?" soal Ariana . Pelik juga dia tiba-tiba sahaja Zanish muncul di sini . Dahlah muka lelaki itu juga tegang serupa nak makan orang . Apahal ?

"Aku datang sini sebab...." serba salah Zanish untuk berkata .

Bella , Airis dan Ariana sudah mula berasa tidak sedap hati .

"Datin'Sri Elith kritikal"

DANG !

Bagai ada batu besar menimpa diri mereka apabila mendengar khabar tersebut . Baru semalam mereka melepaskan rindu masing-masing . Datin'Sri Elith pula kelihatan sangat bahagia dan gembira apabila berbual dengan mereka .

"W...why ?" terketar-ketar tangan Airis ketika ini . Ryan pantas memeluk sisi tubuh Airis dan mengenggam tangan tersebut .

"Rumah Datin'Sri kena pecah masuk . Hampir kesemua bodyguard rumah Datin'Sri mati . Aku minta maaf sebab aku tinggalkan Datin'Sri . Aku pergi ke  Johor" Zanish menundukkan wajahnya . Kesal .

"Keadaan nenda macam mana ?" tanya Ariana .

Zanish mengelengkan kepalanya .

"Datin'Sri Elith kritikal kerana hentakan di belakang kepala sangat kuat dan juga tikaman di bahagian perut" teragak-agak Zanish hendak berkata begitu .

"Allah" tubuh Ariana terus jatuh ke lantai . Aldric terus memaut bahu Ariana .

Bella pula sudah teresak-esak di dalam dakapan Afaz .

"Siapkan pesawat aku . Aku nak balik sekarang" arah Ariana . Tiada lagi wajah cool -nya kini hanya dihiasi dengan wajah tegang .

"Baik boss" Zanish terus menganggukkan kepalanya .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now