BAB 20 🦋

131 9 0
                                    

HARI NIKAH :

           ARIANA mengenggam kemas tangannya bagi menahan debaran yang bertandang di hati . Mungkin berdebar kerana mahu jumpa bakal suami ? Atau dia tidak bersedia untuk menjadi isteri ? Majlis nikahnya hanya dilakukan di villa Datin'Sri Elith .

Wajah Ariana pula disolek cantik oleh Joe , professional mua yang ditempah khas oleh Datin'Sri Elith  untuk mereka bertiga . Selain daripada membuka butik , Joe juga giat dalam bidang solekan malah dia juga merupakan jurusolek antarabangsa .

"Heyy gurl ! You ni nervous sangat ni sampai I cakap dengan you pun tak dengar" Joe memetik jarinya di hadapan muka Ariana beberapa kali .

"You cakap apa tadi ? Sorry" Ariana menayangkan giginya .

"Tak adalah I saja cakap you ni cantik sangat . Confirm your future husband terpegun tengok you" puji Joe ikhlas . Dia akui seri pengantin Ariana sangat menyerlah ditambah lagi dengan tudung shawl berwarna putih seperti warna baju nikahnya .

"Thank you Joe" Ariana senyum nipis . Dia sendiri pun tidak mengenali siapa bakal suaminya . Bila ditanya nendanya asyik cakap tidak suprise .

"Woww seriously ! Ini kawan aku ke ni ?" kata Airis dengan kuat sebaik sahaja memasuki bilik bersama Bella . Mereka berdua memakai baju warna hitam yang menjadi tema untuk kedua-dua pihak .

"Tak sangka kau nak kahwin dah Ari" Bella mendekati Ariana . Wajah anggun milik Ariana ditenung dari cermin .

"Korang pun kahwin juga nanti cuma waktu jer berbeza" Ariana melirik ke arah Bella .

"Eh korang naik ni kenapa ?" tanya Joe .

"Aduh aku lupalah Joe . Nenda suruh turun bawah . Semua dah get ready" kata Airis .

"Ha kalau macam tu , jomlah turun cepat" gesa Joe .

"Eh eh dia ni . Orang lain yang kahwin dia yang excited" Airis mencebik .

"Mestilah I excited sebab nak tengok juga muka bakal suami Cik Ariana kita ni" teruja Joe .

"Haahlah aku pun nak tengok juga kut-kut kita kenal ke ?" Bella menjungkitkan bahu .

"Ai tadi bukan korang turun bawah ?" Ariana mengerutkan dahi .

"Nenda dah larang kitaorang siap-siap jangan pergi ruang pelamin . Kitaorang pun pergi dapur jela tolong apa yang patut" jelas Airis .

"Eh dah la jom turun" kata Bella .

Ariana menilik wajahnya sekali lagi sebelum mengatur jalan ke pintu .

Ariana turun dari tangga dengan berhati-hati . Karang tersungkur dah jadi satu tragedi . Nayaa ...

Airis dan Bella setia di belakang Ariana sambil memegang veil Ariana yang labuh bagi memudahkan Ariana untuk berjalan .

Semua mata tertumpu akan pengantin perempuan yang baharu sahaja muncul di ruang pelamin .

Ariana menundukkan wajahnya . Pengantin lelaki elok bersila di depan tok kadi .

Seketika membulat mata ketiga-tiga gadis itu apabila menangkap gerangan yang menjadi bakal suami Ariana .

"Okey this is crazy" kata Airis dengan perlahan setelah mereka bertiga duduk di atas pelamin .

"Macam mana pula Aldric jadi suami kau ?" bisik Bella pula .

"Pengantin perempuan duk bisik-bisik apa tu ?" usik tok kadi sekaligus membuatkan Ariana mengangkat wajah .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now