𝐁𝐀𝐁 14 🦋

136 12 0
                                    

            "ARI ! ARIS ! AKU RASA MACAM KENALLAH PEREMPUAN TU" Bella menyenggol bahu Ariana yang sedang khusyuk makan makanannya . Mereka berenam sedang menjamu selera sebelum berangkat pulang .

Ariana menajamkan matanya ke arah yang ditunjuk oleh Bella . Begitu juga dengan Airis .

"Eh tu perempuan gila tu la" cebik Airis . Menyampah sungguh dia melihat tingkah laku gadis itu tempoh hari .

"Eh dia datang sini" ujar Bella .

Aldric , Ryan dan Afaz bingung apa yang sedang diperkatakan oleh Bella dan Airis sehinggalah muncul seorang gadis yang memakai dress separas peha dan juga ketat sedikit di pinggang .

"Haii kakak" kata Danisha , adik perempuan kepada Ariana .

Ariana tidak menjawab malah Airis ringan mulut untuk berkata .

"Assalamualaikum ahli neraka" Airis menjeling tajam pada Danisha. 

"Kakak apa khabar ?" tanya Danisha lagi .

"Hm baik " kata Ariana tanpa memandangnya .

"Danisha sayang . Puas mama cari" tu dia mak setan dah mai eh silap mak Ariana , Anyza .

"Hidup lagi kau rupanya perempuan" sindir Anyza. 

"Dah tu kau tengok dia jadi jenazah ke kat sini ?" balas Airis balik .

"Ada mata tapi buta" sindir Bella pula .

"Aku tak bercakap dengan korang lah . Aku cakap dengan anak aku-"

Tetiba Airis ketawa dengan kuat , dia bangkit dan melangkah ke arah Anyza .

"Anak ? Kalau kau mak dia kau takkan buang dia . Kau takkan seksa dia . Kau takkan biar dia hidup merempat . Mak jenis apa kau ni ?" marah Airis . Tangannya sudah mula digempal menahan geram di hati .

"Lisya aku nak pinjam duit . Aku tengok kau dah kaya sekarang" Anyza tidak peduli akan kata-kata Airis . Anyza melihat barangan mahal menghiasi tubuh Ariana .

"Kalau dia bagi kau duit , aku orang pertama akan rampas duit tu balik" kata Bella dengan amarah .

"Kenapa korang ambil bela pembawa sial ni . Menyusahakan hidup je nanti-" terhenti percakapan Anyza apabila Airis menjerkahnya .

"Hey orang tua ! Orang macam kau tak layaklah dipanggil 'mak' . Nak tau sebab apa ? Sebab perangai kau tu macam binatang . Heyy binatang pun sayangkan anaklah . Kau lebih keji dari haiwan lah" Airis terus menarik lengan Ariana untuk berlalu pergi .

"Ingat balik apa yang kau pernah buat dekat Ariana orang tua . Jangan nanti waktu kau dah nak mampus baru terhegeh-hegeh kau nak mintak ampun dekat Ariana . Lagi satu , jaga anak perempuan kau tu takut nanti balik-balik rumah dah kembung kena tebuk dengan jantan liar" Bella membuat isyarat kepada Afaz , Aldric dan Ryan untuk berlalu pergi .

Tiga jejaka itu hanya mengikuti langkah Bella dengan pelbagai tanda tanya .

"Tak guna punya budak . Kau tunggu aku balas dendam" Anyza mengempal tangannya kuat .

♡♡♡

      "HEY DAH LAH TAK PAYAH LAH NANGIS SEBAB ORANG TUA TU . TAK ADA FAEDAH PUN ARI" pujuk Airis sambil mengusap belakang badan Ariana yang sudah tersedu-sedan . Selepas sahaja keluar daripada mall , Airis terus membawa Ariana ke kereta untuk menenangkan sahabatnya .

"Aku tak tahu apa dosa aku Aris . Kenapa dia benci sangat dekat aku Aris ? Besar sangat ke dosa aku dekat dia ?" Ariana mengogoi .

"Sudah berhenti menangis Ari . Tak payah kau nak ingat kisah yang dah lepas . Look yourself now ! Kau dah berjaya ! Kaya ! Independent women ! Dan yang paling penting , kau tak menyusahkan siapa-siapa untuk kau berjaya Ari" Bella memeluk Ariana dengan erat untuk menyalurkan kekuatan . Airis juga memeluk tubuh Bella dan Ariana gaya 'trio hugs' .

Aldric hanya memerhati air muka Ariana yang sudah memerah dan lencun dengan air mata . Entah mengapa terasa sakit pula hatinya melihat Ariana begitu .

Aldric berdehem dan membuat isyarat kepada Bella dan Airis untuk meninggalkan Ariana dengannya .

Airis dan Bella berundur ke belakang untuk memberi ruang kepada Aldric .

Aldric melutut di hadapan Ariana yang sedang menundukkan kepalanya  .

"Heyy i don't know what just happened but i knew you are the strong girl , right ? Jangan jadikan masa lalu sebagai kelemahan atau pematah semangat kita .  Tak salah kalau kita nak menangis , just cry sayang . Tapi jangan pendam , okeyy babygirl ?" kata Aldric sambil mengusap air mata .

Ariana diam merenung wajah Aldric .

"I minta maaf sebab I ajak you keluar hari ni . Kalau I tak ajak , mesti you tak jumpa dengan dia tadi" Aldric merenung lembut mata bengkak Ariana .

Ariana hanya diam memerhati mata Aldric .

Setelah Ariana kembali tenang , barulah mereka berenam bergerak balik ke rumah .

sorry kalau hambar 🙇‍♀️ vote and comment tauu ii hehe ❤!

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now