BAB 27 🦋

49 2 0
                                    

BEBERAPA HARI KEMUDIAN ;

     SAMPAI sahaja di rumah , Ariana terus memberikan salam sebelum masuk ke rumah . Kelihatan Airis dan Bella berada di dapur , Ariana terus menghayunkan kakinya ke dapur .

  "Haa balik pun minah ni . Dah malam ni baru nak balik .  Ingatkan tak jumpa jalan balik dah" perli Airis sambil mengoreng  mee .

Ariana hanya mengabaikan suara-suara sumbang itu dan berlalu ke peti sejuk untuk meminum .

  "Macam mana kerja ?" soal Bella yang sedang duduk di meja yang terletak di dapur .

  "Settle" Ariana merehatkan tubuhnya di atas kerusi .

  "Kenapa dengan suami kau Ari ? Balik-balik muka uiiiii masam kebenor" Airis mengambil tempat duduk di sebelah Bella .

Ariana hanya mengangkat bahunya .

"Cer cita apa yang jadi" Airis menongkat dagunya .

"Tadi masa lunch , Zayyaz datang dekat office lepas tu Aldric maki dia and kitaorang blah nak pergi makan . Sampai dekat kedai makan tu , Aldric langsung tak nak cakap dengan aku pun" terang Ariana dengan bersungguh-sungguh. 

Airis dan Bella hanya meng'o'kan sahaja mendengar cerita Ariana .

"Patutlah" desis Bella .

  "Patutlah apa ?" soal Ariana blur. 

Airis menepuk dahinya .

"Woi minah , suami kau tengah jeles lah" jelas Airis .

  "Pastu aku kena buat apa ?" Ariana menanyakan soalan bodoh kepada Bella dan Airis .

  "Pergilah pujuk dia" serentak Bella dan Airis berkata .

Ariana hanya mengangguk kepalanya dan berlalu pergi .

"Kenapa dia blur semacam malam ni ?" soal Airis sambil menyenggol bahu Bella .

  "Sebab kerja kut ?" Bella hanya mengangkat bahunya .

♡♡♡

       "AWAK ADA KAT DALAM KE ?" Ariana mengetuk perlahan pintu biliknya . Nak buka tapi nanti takut Aldric tengah bertuala .

Mendengar tiada respon di dalam , Ariana memulas tombol pintu perlahan . Kepalanya dijengguk ke dalam melihat ketiadaan Aldric . Ariana terus masuk ke dalam .

Ariana pergi ke arah balkoni untuk mencari Aldric tetapi tak ada . Di bilik air pun tak ada .

Ariana pergi membersihkan dirnya . Hampir setengah jam dia di dalam bilik air . Dia keluar dari bilik sambil mengeringkan rambutnya. 

Afaz yang kebetulan lalu di situ terus berkata ..

"Aldric ada dekat bilik gym" Afaz berkata laju . Tahu-tahu sahaja dia tengah mencari Aldric .

Ariana hanya mengangguk kepalanya dan mengucapkan terima kasih .

Sampai sahaja di depan pintu bilik gym , dia buntu . Tak tahu apa yang perlu dibuat .

Dia masuk ke dalam tanpa mengetuk . Terlihat Aldric sedang melakukan push up tanpa memakai baju . Terserlah abs-nya yang terletak cantik .

Ariana mengehem . Aldric hanya memandang sekilas dan melakukan push up kembali .

Ariana bergerak ke Aldric dan duduk bersila di hadapan Aldric yang mengabaikan kehadirannya .

  "Awak"

Tiada respon .

  "Awak"

Tiada respon lagi .

  "Aldric Harraz" Ariana memanggilnya dengan lebih tegas .

  "Apa ?" jawab Aldric dengan malas .

Ariana menarik tangan Aldric supaya bersila di hadapannya . Aldric hanya menurut . Padahal dalam hatinya sudah melonjak gembira apabila isterinya berbuat begini . Sengaja dia membuat muka dingin kepada Ariana .

  "Awak marah ke ?" soal Ariana .

Aldric mengeleng .

  "Awak sedih ke ?" soal Ariana lagi .

Aldric mengeleng lagi .

  "Awak jealous ?" soal Ariana .

Aldric mengangguk tetapi cepat-cepat dia mengeleng .

Ariana tersenyum melihat tingkah Aldric .

Dengan beraninya , Ariana duduk di atas riba Aldric dan tangannya melingkarkan di leher Aldric .

Terkedu Aldric dengan tindakan Ariana . Kebiasaannya, isterinya malu-malu sahaja .

  "Awak jealous dengan Zayyaz ?" sengaja Ariana menyoal walaupun dia sudah tahu .

  "Suami mana je yang tak cemburu kalau tengok lelaki lain tergila-gilakan isteri dia sendiri ?" Aldric membalas dengan soalan kembali . Disebabkan itu , Aldric terus badmood .

Ariana mencuit hidung Aldric dengan perlahan .

  "Saya tak teringin pun dekat dia , sayang . Kenapa awak nak cemburu dengan dia ?" Sekali lagi Ariana terkedu apabila Ariana memanggilnya 'sayang' .

  "Sayang hm" rengek Aldric perlahan . Wajah mencebik bagaikan budak kecil .

  "Saya cemburu bila dia panggil awak 'sweetheart'" Aldric membenamkan wajahnya di bahu Ariana  .

Ariana hanya mengusap perlahan rambut Aldric . 'Lembutnya" puji Ariana ikhlas .

  "Saya tak tertarik pun sayang dengan panggilan tu . I'm yours now" bisik Ariana perlahan di telinga Aldric .

Aldric mengangkat wajahnya dan merenung tepat di mata Ariana .

"Don't leave me" ujar Aldric perlahan sebelum memeluk tubuh Ariana . Bauan yang terlekat di badan Ariana dihirup perlahan .

  "I won't sayang" Ariana hanya membalas pelukan Aldric .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now