BAB 38 🦋

44 5 0
                                    

         ALDRIC yang baharu sahaja menutup file di tangan terus tersentak apabila pintu biliknya ditolak dengan kasar. Riak wajahnya mulai menjadi tegang apabila melihat gadis ini tanpa perasaan serba-salah terus melabuhkan punggung di hadapannya . Sudah lama gadis ini menghilangkan diri tapi kenapa sekarang baharu muncul ?

"Maaf boss . Saya dah cuba-"

Aldric mengangkat tangannya sekaligus memberhentikan percakapan dari Ahmad , pembantu peribadinya .

Ahmad seperti faham akan arahan Aldric terus berlalu pergi namun pintu bilik biar dibuka dengan luas .

"Kau nak apa datang sini ?" soal Aldric dengan dingin . Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangannya ke arah gadis berambut perang itu .

"Kenapa saya tak boleh datang pula ? Lagipun lama kita tak berjumpa bukan ? Saya rindu sangat-sangat dekat awak" dia Dania Marissa . Bekas teman wanita Aldric semasa melanjutkan pelajarannya ketika dahulu .

"Aku tak rindu kau . Blahhh . Aku dah kahwin" ujar Aldric . Dia mengerling jam yang berada di pergelangan tangan .

Lunch hour !

Aldric bangkit dari duduknya . Diikuti dengan Dania yang turut berdiri rapat dengan Aldric .

Serentak Aldric menjauhkan dirinya daripada Dania .

"Awak nak pergi lunch ke ? Jomlah saya lapar juga ni" manja sekali percakapan Dania kepada Aldric .

"Ada aku tanya kau lapar ke tak ? Jangan cuba-cuba untuk rosakkan hubungan aku dengan isteri aku kalau takkk" sengaja Aldric berhentikan percakapannya . Dia memusingkan tubuhnya ke arah lain . Enggan melihat tubuh Dania yang sangat terdedah baginya . Kalau Ariana yang pakai macam ni kan bagus . Menyempat .

"Kalau tak apa ?" Dania bertanya . Ingin tahu tindakan lelaki itu .

"Kalau tak aku sendiri yang akan pastikan kau terseksa sepanjang hayat kau" perlahan sahaja Aldric berkata namun cukup untuk menaikkan bulu roma Dania .

Dania menelan air liurnya dengan payah . Dia sangat mengenali Aldric Harraz . Jangan tertipu dengan imej yang ceria namun sebaliknya ?

Aldric terus berlalu pergi tanpa menunggu Dania .

Dania menghentak kakinya . Jahanam plan aku , desis Dania di dalam hati .

♡♡♡

TOK !

TOK !

TOK !

"Masuk" laung Ariana dari dalam . Matanya langsung tidak memandang figura yang berada di hadapan kerana dia sangat sibuk dengan file yang berada di tangan . Projek baru . Jadi mestilah beri perhatian yang penuh .

"What do you want ?" Ariana bertanya dingin tanpa memandang . Matanya masih fokus akan file itu .

"Busy nya sayang saya ni . Sampai tak perasan suami dia ada dekat depan." Aldric memeluk tubuhnya dan melabuhkan punggung di meja Ariana .

Ariana terpempan lalu dia tersengih .

"Saya tak perasanlah . Sorry awak" Ariana mengerdipkan matanya berkali-kali.

Aldric mengelengkan kepalanya . Comel pula isterinya . Nasib dekat pejabat kalau dekat rumah ?

"Awak nak apa datang sini ?" Ariana menutup file itu dan menolaknya di sisi meja .

Aldric mengangkat keningnya .

"Sayang lupa eh ? Pagi tadi bukan saya cakap nak pergi lunch dengan awak ke ?"

Ariana menepuk dahinya . Macam mana dia boleh lupa ni ? Faktor umur ke ?

"Alamakkk . Kejap ya awak" Ariana sengih lagi . Sejak kebelakangan ini dia seperti sudah lupa akan dirinya yang dahulu . Dingin . Pendiam . Sekarang terbalik pula . Penangan Aldric Harraz agaknya .

Ariana menekan butang interkom yang berada di sisi meja .

"Manda , saya nak pergi lunch dengan suami saya ya . Anything happen just call me" selesai berkata Ariana bangkit membetulkan pakaiannya di cermin yang tersedia di belakang mejanya . Simple sahaja pakaiannya hari ni cuma digayakan dengan kot berwarna hitam dan seluar slack yang senada dengannya . Rambut pula dilepas bebas . Tangannya mencapai beg tangan yang disangkut elok di penjuru bilik .

"Awak jom" ajak Ariana . Namun Aldric hanya diam memerhati pergerakkan Ariana sedari tadi . Muncul senyuman manis di bibir .

"Awak" Ariana memetik jarinya di hadapan Aldric .

Aldric yang sudah sedar lantas melingkarkan lengannya di pinggang ramping milik isterinya . Pandai isterinya menjaga badan .

"A...Apa awak nak buat ni ?" gugup Ariana bertanya . Memanglah dah kahwin dah berbulan-bulan tapi perasaan segan itu masih ada .

"Nak lepas rindu" Aldric menarik rapat tubuh Ariana dengannya lalu dilabuhkan wajahnya di bahu gadis itu . Sungguh tenang perasaannya ketika itu ditambah lagi dengan wangian vanilla yang dipakai oleh Ariana . Mendamaikan .

Ariana hanya mendiamkan diri . Sesekali tangannya naik mengusap lembut rambut Aldric .

"Astagfirullahalazim tak cukup dekat rumah . Dekat sini pun jadi erk ?" sergah Airis yang baharu muncul di balik pintu .

Ariana terus melepaskan diri dari pelukan Aldric . Wajahnya terasa bahang . 

"Pahal korang datang sini ?" soal Aldric . Matanya menjeling tajam ke arah kawan baik isterinya . Bukan hanya Airis malah Bella , Afaz dan Ryan turut berada di sini .

"Nak ajak korang lunch lah deyy" balas Afaz seraya memaut bahu Bella .

"Kitaorang memang rancang nak pergi lunch sama-sama pun" ujar Ariana .

"Jom triple date . Lama pula tak keluar sekali" kata Afaz lagi .

"Hari-hari jumpa dekat rumah kan . Sampai aku pun naik jemu nak menghadap muka korang ni" Ryan mencebikkan bibirnya sekali .

"Sudah jom" Aldric menarik tangan Ariana untuk berlalu pergi . Sebelum ada perbalahan mulut baik dia hentikan dulu .

HER SECRET : CASSANDRA [ HOLD ]Where stories live. Discover now