"Ibu nanti Shad nak beli spenderman boleh tak?" kata kanak ii lelaki itu sambil memimpin tangan seorang wanita yang digelar ibu itu. Tergelak wanita itu ataupun boleh dikenali sebagi Puan Aida. "Bukan spenderman lah Shad tapi spiderman sayang. Shad nak spiderman kecik ke besar? Nanti ibu belikan," kata Puan Aida membetulakan perkataan Ershad sambil menggosok kepala anaknya yang comel dan hensem.Tangan masih dipimpin erat. "Shad nak yang small je hehe," Ershad sambil tersenyum malu.Tiba-tiba terdengar bunyi kereta yang dibawa laju di belakang.Mereka berdua terus berpusing menghadap ke belakang.Dengan tindakan laju Puan Aida dia menolak anaknya ke tepi lalu...BUSH.
"IBUUUU!!!!" Jerit Ershad kuat.Air mata sudah mengalir deras.Dia sempat melihat siapakah pemandu kereta proton saga merah yang melanggar ibunya.Ershad terus berlari ke arah Puan Aida lalu dipeluk wanita itu. "Ibu jangan tinggalkan Shad ibu! Shad sayang ibu...jangan tinggalkan Shad," raung Ershad sambil mengusap pipi Puan Aida. Puan Aida hanya tersenyum manis ke arah anak lelakinya itu. "I...bu pon sa..yang Shad. Ja..di anak yang...so..leh ya nak. Ibu...min...ta ma..af ya Shad. Ki...rim sa..lam sa...yang ibu pa...da kel...uarga," kata Puan Aida tersekat-sekat.Dia mengusap pipi Ershad lembut.Kini mereka sudah dikelilingi beberapa orang yang menyaksikan kemalangan langgar lari.Ada seorang lelaki muda yang sedang membuat panggilan dengan pihak hospital.Ada juga yang cuba menenangkan Ershad.Saat itu juga Puan Aida menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"IBUUUU!!! SHAD NAK IBU!! IBUUU!!!" Makin kuat raungan Shad.❦︎❦︎❦︎
"Kau punca anak aku mati kau tau tak! Menyesallah aku lahirkan kau ni. Kalau aku tau kau ni hidup menyusahkan dah lama lah aku gugurkan je kau ni masa dalam kandungan! Ingatkan berguna rupanya pembawa sial je dalam keluarga ni." tengking Puan Hajah Rozaina pada anak bongsunya,Aulia Natasha Aurenza. Gadis itu sudah menangis teresak-esak di penjuru ruangan setelah ditengking begitu oleh ibu kandungnya sendiri.Tiada siapa lagi yang melindungi dirinya setelah kematian bapanya 10 tahun lepas,Haji Azifuddin.
Pada hari ini pula abangnya,Muhammad Harith Aiskandar yang meninggalkan dirinya.Kini kehidupannya seperti tiada makna setelah kedua orang lelaki ini pergi dari dunia ini.Ibunya sudah pasti tidak akan mengambil tahu tentang dirinya.Kakak kakaknya pula sudah sekian lama lagi membenci dirinya.Kini hanya diri sendiri yang boleh memastikan jasad kekal berdiri di atas muka bumi tuhan.
Dia terus melutut di hadapan Puan Hajah Rozaina meminta simpati.Dengan esak tangisan yang masih kedengaran digagahkan juga dirinya untuk meluahkan apa yang dirasakan selama ini. "Ummi...adik minta maaf sangat kalau adik ni hanya beban untuk ummi.Adik tak tahu apa yang buatkan ummi benci sangat dekat adik tapi adik minta sangat...tolong jangan bencikan adik. Adik dah takde sesiapa ibu.Adik ada ibu,kak long dan kak ngah je sekarang ni,".Laju sahaja kaki Puan Hajah Rozaina menendang tubuh gadis kecil itu.
"Eh berambuslah! Aku meluat kau tau tak! Kau tak payah nak minta simpati aku lah betina! Kau berambus dari rumah aku sekarang! Kau nak buat apa dekat luar tu semua boleh. Kau nak menyundal ke apa ke kau buat! Dan jangan balik lagi dekat rumah aku ni!" sembur Puan Hajah Rozaina sambil menunjal kepala anak gadis itu. "Dan lagi satu kau tu anak luar nikah! Dah terjawabkan persoalan kau selama ni?" sambung Puan Hajah Rozaina.Terkejut Natasha setelah mendengar status sebenar dirinya. "A...nak lu..ar nikah?" Natasha tersenyum sinis. "So sebab ni aku dilayan macam bianatang haram? Sebab tu ke ummi,kak long and kak ngah benci aku? Sebab aku ni anak haram? Sebab tu ke ummi! Eh patutnya ummi malulah bukannya bangga buat maksiat! KAU INGAT KAU JE KE JIJIK ADA ANAK MACAM AKU! EH AKU PON JIJIK LAH DAPAT MAK YANG DAH CURANG DENGAN LAKI LAIN!" Naik satu oktaf suaranya.Dia terus berdiri lalu mengesat air matanya.Kini bukanlah rasa sedih yang mengusai dirinya melainkan kemarahan.
Dia memandang tajam ke arah Puan Hajah Rozaina yang kelihatan sedang meneguk air liur sendiri. Mungkin tidak sangka gadis yang dianggap lemah selama ini mempunyai sifat begini.Kedua orang kakaknya pula sudah berpelukan antara satu sama lain.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...