𝐁𝐀𝐁 21 𝐃𝐁𝐄

678 41 2
                                    

Cadar katil ditegangkan sehingga kemas.Alang-alang sarapan sudah siap terhidang Natasha mengambil keputusan untuk mengemas dapur terlebih dahulu.Tidak mahu makan dahulu sebelum suami.Seusai sahaja dia mengemas dapur tepat itu Ershad turun dengan pakaian yang kemas.

Dengan baju kemeja hitam bersama seluar slack.Kot putih disangkut di atas kerusi.Kakinya diatur menghampiri si bidadari.Seperti biasa pinggang ramping Natasha menjadi R&R untuk tangannya berehat.Natasha hanya menguntumkan senyuman sehinggalah jejaka itu melepaskan pelukan.

"Ayang sarapan dulu okay?Perut berisi senang nak buat kerja.Nak cherry isikan bekal tak?" Tubuh jejaka itu didudukkan di atas kerusi.Ershad menganggukkan sedikit kepala tidak mahu isterinya terasa hati kalau dia menolak.Makin lebar Natasha menguntumkan senyuman.Sarapan dicedok ke atas pinggan lalu diberi kepada Ershad.Kopi panas yang sudah dituang turut diberi.

Natasha mengambil tempat di sebelah namun tidak pula dia bersarapan sekali.Wajah kacak Ershad dipandang setiap inci.Seakan darah menyerbu muka Ershad berpaling menghadap wajah Natasha.Kini mereka saling menatap antara satu sama lain.

"Why are you looking at me like that?" Lembut sahaja tuturnya.Pandangannya juga turut redup tidak seperti selalu garang mengalahkan singa.Tanpa sedar tangan Natasha naik mengusap pipi Ershad.

"I miss you...I wonder if this is a dream?But I hope this is not a dream nor an illusion.I want us to live like this until old age...Together" dapat dirasakan panahan mata Ershad jauh menembusi ke dalam diri Natasha.

"But you have to wake up cherry.They're waiting for you.Okay love?Remember maybe now i hate you but i promise one day i will love you with all my heart until no one can separate us.Shad cintakan Sha kini dan selamanya tapi ego dalam diri Shad terlalu tinggi sehingga buatkan gadis di depan Shad menderita sepanjang hayat.I'm sorry,"

Tubuh Ershad kian menjauh membuatkan Natasha terpinga-pinga seperti orang bodoh.Cuba dikejar namun diri seakan digari dengan rantai yang melilit tubuh.Apabila melihat sekeliling meja makan yang tadi mereka duduk bersama hilang diganti dengan ruangan putih yang tiada isinya.Kosong.

"Sha!" Samar-samar suara itu kedengaran.

"Sha!!"

"Shaaa!!"

Kali ketiga barulah Natasha sedar ke alam realiti.Mata dibuka perlahan-lahan.Apabila ada sinaran lampu yang tepat memancar.Mata dikecilkan kembali.Tangan naik ke atas memegang kepala yang sudah berbalut.Kemudian turun ke mulut memegang alat bantuan pernafasan.

"Sha..kau sedar?" Satu satu yang dilontarkan oleh suara garau di sebelah.Suara yang penuh sebak,risau dan takut.Takut kehilangan orang yang tersayang.

Akibat suara yang tidak dapat dikeluarkan dek kerana tekak yang perit Natasha hanya menganggukkan sedikit kepala.

"Air" minta Natasha dengan suara yang mahu tak mahu keluar dari peti suara.Dengan pantas Zayyan menghulurkan segelas air.Beria-ria di menghulurkan tetapi masih sahaja Natasha terbaring memandang siling putih.

"Kau boleh ba.." tidak sempat Zayyan menamatkan kata kepalanya terlebih dahulu diketuk dari belakang.

"Apa ke bodoh sangat kau ni?Dah terang lagi bersulah perempuan ni koma nak bangun macam mana?Belo!" marah Marsyah.Siap pakej jelingan lagi.Zayyan menggosok tengkuk.Rasa kekok mungkin.

"Tepi aku nak sandarkan Sha," tubuh Zayyan ditolak ke tepi.Button backrest ditekan.Bantuan pernafasan dibuka.Gelas yang berada di tangan Zayyan dirampas lalu disua ke mulut Natasha.Belakang gadis itu diusap-usap.Mata berkaca-kaca melihat keadaan adiknya kini.

Menyesal?Sungguh dia menyesal.Kata hati sudah menyumpah seranah diri sendiri.Bodoh tidak pertahankan adik sendiri.Dikala dia meminta bantuan seperti pengemis meminta sedekah.Melutut.Merayu.Segalanya diendahkan.Kerana takut menegakkan keadilan.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now