𝐁𝐀𝐁 6 𝐃𝐁𝐄

593 37 0
                                    

PINNN!

Terkedepan dua orang gadis itu akibat break emergency yang dibuat.Terdiam seketika. "Ka....kau okay tak Sha?" tanya Syafiqah risau.Natasha hanya mengangguk tanda dia tidak apa-apa.Helaan nafas lega didengari.

"Kereta depan ni gila ke apa?Tiba-tiba je break.Bodoh ke! Nasib tak jadi apa-apa.Eish geram pulak aku tengok," bebel Syafiqah panjang lebar.Natasha di sebelah hanya memekakkan sahaja telinga.Malas nak masuk campur.Dia pon setuju dengan kata-kata sahabatnya.Itu yang malas bunyi.Buat sakit kepala sendiri je nanti.

Kereta mula bergerak kembali.Sempat kereta yang dipandu Natasha memotong kereta yang menyebabkan mereka hampir masuk ke hospital.Syafiqah sudah bersedia menghadap ke sisi ingin melihat siapakah gerangan yang memandu kereta dengan sangat tidak beretika.Namun disebabkan tinted yang gelap menyukarkan mereka.

"Pengecut!Tau pulak pakai tinted gelap.Dasar anj kurap!" marah Syafiqah lagi. "Sudah sudah jangan dimaki kang dia yang dapat pahala kau dapat apa? Tambah saham dosa.Now kita enjoy jangan risau aku belanja kau makan," Natasha menenangkan sahabatnya yang emosi tidak stabil itu.Tersenyum gadis di sebelahnya.Yang tadi muka seperti harimau kelaparan kini sudah bertukar menjadi kucing yang kekenyangan.

Di sepanjang perjalanan,mereka hanya berkareoke sahaja seperti biasa.

"Yeayy dah sampai.Kau belanja kan?" Syafiqah ingin dapat kepastian. "Yeee sayang kan aku dah janji tadi," dalam keadan geram Natasha menjawab juga siap dengan senyuman manis lagi.Makin lebar senyuman Syafiqah.

Terus tubuhnya keluar dari kereta lalu berlari ke arah restoran sushi favouritenya.Natasha sudah menggelengkan kepala melihat gelagat rakannnya.Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam restoran,telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

UNKNOWN NUMBER

Berkerut wajah Natasha memikirkan siapa pemilik nombor tersebut.Disebabkan otak yang tidak membantu Natasha menjawab panggilan itu.

"Hello who's this?" Natasha setelah butang hijau ditekan.Kedengaran suara garau sedang tertawa di hujung panggilan.

"Apa lah cherry ni takkan tak kenal kot," kata pemanggil setelah tawanya terhenti.Terus Natasha menguntumkan senyuman.Walaupun suara itu baru didengari sekali namun dia sudah dapat mengagak.

"Ershad!Mana dapat nombor Sha?" tanya Natasha teruja.Kaki diatur masuk ke dalam restoran.

"You know...I'm your secret admire cherry," Ershad dengan suara menggodanya.Terasa seperti ada rama-rama sedang berterbangan di perut Natasha.

"Tah pape je.Kenapa call ni?" Tanya Natasha. Sengihan masih terukir di bibir.

"Ha tadi cherry dah nak excident kan?Okay tak?Ada apa-apa cedera tak?" Seperti peluru Ershad bertanya.

Natasha tergelak seketika. "Sha okay je.Macam mana Ershad tau Sha hampir excident?Oh lupa you're my secret admire," ujar Natasha.Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Syafiqah.

Syafiqah yang seakan-akan faham hanya mendiamkan diri terlebih dahulu memberikan ruang kepada pasangan hangat bercinta untuk bergayut seketika.

"HAHAHAHAHA...okay jaga diri elok-elok cherry.I need to go.Enjoy your lunch dear.Assalamualaikum," Ershad sebelum panggilan dimatikan.

Senyuman dibibir Natasha masih terukir.Telefon jenama Iphone 13 pro max miliknya disimpan di dalam handbag.

"Encik fiance call ke?" Tanya Syafiqah tanpa basah basi. Senyuman miang dihadiahkan.Mulalah tu.Natasha menjelingkan matanya ke atas.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now