Sepasang pasangan itu berjalan di pesisir pantai.Terserlah bahagia di wajah masing-masing.Kepala Natasha dilentokkan di dada sasa Ershad.Tangan kekar Ershad pula merangkul pinggang Natasha.Melihat matahari yang baru terbit di hadapan mata.
Suasana sedikit sunyi,mungkin manusia yang lain masih berselubung di dalam selimut.Telefon dikeluarkan dari poket Natasha.Camera dibuka ingin menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan album.
"Want to take selfie together?" Tiba-tiba suara garau Ershad bertanya.Ternganga mulut Natasha tidak percaya."Seriously?Ayang nak amik gambar sama-sama?" Suara Natasha bertukar teruja.Ershad mengukirkan segaris senyuman.Kepala dianggukkan bersama.Makin lebar senyuman di wajah Natasha.Dia terlompat girang lalu melompat ke atas tubuh Ershad.Nasib kaki Ershad kuat untuk menampung mereka berdua dari masuk ke dalam air.
"You guyss I ada some..." sapa Lysander sambil mata terbuntang melihat mereka.Manakan tidak jika tadi jalan pun asyik menghadap telefon.
"Uish tengah berasmara eh takpelah nanti dah siap panggil I," habis batal niatnya tadi ingin menunjukkan tempat percutian yang menarik.Alang-alang dah sampai sini takkan nak sia-siakan.Tubuhnya dipusingkan berpaling dari mereka berdua.Kaki melangkah ingin meninggalkan.
Natasha sudah membahang malu.Mukanya disembam di dada Ershad.
"Oy Sander!Can you please take a picture of us?" Walaupun nampak ayatnya seperti meminta pertolongan tapi tidak bagi Lysander.Beranilah dia jawab tidak.Kalau rasa dah tak guna hidup bolehlah buat.
Terus tubuh sasa itu berpatah kembali menghampiri.Telefon pintar Natasha bertukar tangan.
Rasa malu ditepis Natasha.Tangannya merangkul di leher Ershad.Malah Ershad merangkul pinggangnya yang langsing.Bibir Ershad dirapati ke ubun-ubun isterinya.
Walaupun jiwa sendu Lysander sudah tidak keruan diambil juga beberapa keping gambar.Selesai tugasnya sebagai jurugambar tidak berbayar nanti pandai-pandailah dia mencari gadis-gadis yang masih single untuk dingorat.
❦︎❦︎❦︎
Senyuman di wajah Natasha tidak lepas terukir.Sedang dia menyapu losen di tangan,dia terdengar ada satu panggilan yang pasti bukan dari telefonnya.Dicari-cari dari mana datangnya bunyi itu.
Telefon Ershad dicapai.Terpapar nama yang telah disimpan dalam telefon jejaka itu.
'Love?Siapa pula?Setahu aku hubungan Ershad dengan papa tak berapa baik.Angkat ke tak eh?Kalau angkat dapat masukkan kaki free free pergi neraka macam mana?' Natasha berfikir sejenak.Kepala ditoleh sekilas ke arah tandas.Melihat sekiranya suaminya sudah siap mandi ataupun belum.
Baru sahaja butang hijau ingin diseret ke atas,kedengaran pintu tandas ingin dibuka.Cepat cepat Natasha meletakkan semula telefon ke tempatnya.Kemudian berpura-pura seperti baru habis bersolek.
"Cherry ada orang telefon sayang ke?" Suara Ershad sedikit cuak.Makin tertanya Natasha apa yang disembunyikan oleh jejaka di hadapannya.
"Haah tapi cherry tak taulah pulak siapa," jawab Natasha tenang.Reaksi wajahnya juga dikawal sehabis.Ershad menghelah nafas lega sebelum telefonnya di ambil.
"Ayang keluar kejap eh nak call," pamit Ershad lalu berjalan ke luar balkoni.Mata Natasha dikecilkan bagi melihat sejauh mana perkara ini boleh disorok oleh Ershad.
'Dia ingat dia je boleh berlakon?Heh dia tak tau dulu aku selalu berlakon dalam mimpi,' desis hati Natasha.Sinis.Lip tint disapukan ke atas bibir.Kali ini sedikit tebal dari yang biasa dipakainya.Biar ada gaya mak tiri sedikit.
Hampir sejam juga Ershad bergayut dengan telefonnya.
"Cherry...Eh dah siap?Cepatnya," Ershad lalu memeluk gadis itu dari belakang.
"Dah awak bergayut sampai satu jam.Dah cepat bersiap kesian Sander nak kena tunggu," suara Natasha berbaur cemburu.Pelukan Ershad dilepaskan.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...