"Takde khabar berita lagi ke Zayyan?" soal Puan Faiza bernada sebak. Rohnya bagai terkeluar dari jasad tika mendapat khabar Natasha melarikan diri. Dalam masa yang sama dia turut berang dengan sikap Ershad terhadap anak gadis yang sudah dijaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Tidak sangka begitu sekali dia dan suaminya dikhianati. Disangkakan bila Natasha mempunyai suami bolehlah gadis itu mendapatkan kasih sayang sepenuhnya. Kalau dia tahu inilah yang akan terjadi, awal-awal lagi sudah dibunuhnya jejaka najis itu.
"Ayyan dah cuba call banyak kali number dia tapi tak dapat. Macam dah tukar nombor. Call Piqah pon sama juga,". Anak matanya cuba dielakkan dari bertembung. Dia tidak sanggup melihat wajah sedih orang tua itu. Dia tahu tidak sepatutnya berbohong namun dia perlu turutkan juga permintaan adik kembarnya itu. Dia tahu pasti bersebab mengapa Natasha tidak mahu ahli keluarganya yang lain tahu di mana keberadaannya sekarang.
"Dah seminggu dah ni Zayyan. Kamu tak boleh buat apa-apa ke? Mak ngah risau kalau ada apa-apa terjadi pada dia. Dah banyak sangat ujian yang dia hadap. Andai kata satu hari nanti ditakdirkan dia yang pergi meninggalkan kita, mak ngah nak dia pergi tika mak ngah di samping dia," air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah membasah pipi membuatkan Zayyan semakin bersalah.
"Ayyan akan cari dia mak ngah. Ayyan janji akan bawa dia balik," tutur Zayyan dengan suara yang kendur. Secawan kopi diteguk sekali gus tanpa meninggalkan setitik pon cecair yang tinggal. Jari jemari memicit kepala yang mula berdenyut. Kau memang nak aku mati cepatlah Sha. Rungut Zayyan di dalam hati.
Panggilan telefon menyentak lamunan Zayyan. Mata melirik ke arah telefon, melihat nama si pemanggil sebelum panggilan itu dijawab.
"Waalaikumussalam mommy. Ada apa call Ayyan?" Sopan Zayyan menyapa berserta senyuman walaupun dia tahu bukannya wanita di dalam panggilan itu boleh melihat senyuman manisnya.
"Bila Ayyan nak balik? Mommy dah rindu sungguh dah ni. Tak rindu mommy ke?" Sengaja suaranya dilemahkan seakan berjauh hati dengan anak terunanya. Kata-kata Puan Raihanah mendatangkan tawa Zayyan.
"Mestilah Ayyan rindu. Tapi Ayyan busy sikitlah mommy sejak remenjak ni. Banyak benda nak kena uruskan dekat office. Kena pula ini cawangan baru. Mommy jangan risau settle je urusan dekat sini Ayyan balik. Okay mommy? Ayyan dah nak kena gerak ni ada meeting. Assalamualaikum mommy. I love you,muah," tutur Zayyan memberi alasan sebelum panggilan dimatikan. Nafas berat dilepaskan.
Puan Faiza yang dari tadi menjadi cctv melihat segala tindak tanduk Zayyan menggeleng kepala.
"Tak baik menipu. Walaupun dia bukan ibu kandung tapi dia yang besarkan kamu. Takpe pergilah balik jenguk dia. Jangan lukakan hati dia tak berkat kamu nanti. Baliklah. Takpe tentang Natasha kita pelan-pelan," tegas Puan Faiza nasihat. Dia tahu Zayyan terlalu risau dengan anak gadisnya, Natasha namun dia tidak mahu perkara ini menjadi alasan Zayyan menjadi seorang anak yang derhaka. Kerana dia juga seorang wanita.
Zayyan mengangguk. Kunci kereta dicapainya sebelum meminta izin untuk beredar. Sempat dia menitipkan beberapa keping not berwarna unggu. Enjin kereta dihidupkan sebelum pedal minyak ditekan meninggalkan kawasan pekarangan rumah banglo dua tingkat.
Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke kediaman Puan Raihanah sekeluarga. Lama dia berdiri di depan pintu pagar rumah agam itu sebelum ia terbuka. Mungkin pembantu rumah yang perasan akan kehadirannya yang tolong membukakan pintu.
Senyuman tipis menghiasi wajah kacak Zayyan. Tangan kanan dan kirinya menjinjing beberapa beg kertas hasil membeli belah untuk dihadiahkan kepada mommy dan adik beradiknya yang lain. Terdapat juga barangan yang lain untuk dihadiahkan kepada pembantu rumah dan pekerjanya yang sudah berkhidmat di rumah agam ini.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...