Hari dimulakan dengan solat subuh yang dimamkan oleh Zayyan.Lantunan ayat Al-Quran yang dibaca serupa seperti imam di Mekah.Membuatkan hati dan jiwa Natasha terasa tenang.Seusai sahaja menunaikan kewajipan,Natasha terus bergegas ke dapur ingin menyediakan sarapan buat si abang mithali.
"Dah seminggu aku tinggal dengan Ayyan tapi Ershad langsung tak cari aku.Tiada sedikit ke rasa cinta dia pada aku?Jijik sangat ke aku pada dia?...Haish jangan lemah Natasha kau bukan budak cengeng.It's okay Allah always there for me," Natasha bermonolog.
Tangan lincah menumis segala bahan sehingga Zayyan dibelakangnya langsung tidak perasan akan kewujudan insan itu.Akan tetapi tingkah lincahnya tadi sudah diganggu dengan isi yang bakal dikeluarkan.Kaki berlari ke arah sinki dapur.Segala isi yang tadi ditahan terus terburai keluar.Tekak terasa perit.Zayyan yang di sisi juga turut berasa risau.Manakan tidak tiba-tiba sahaja muntah-muntah.
Tangan sasanya mengurut tengkuk si adik.Apabila sudah tiada apa lagi yang dapat dimuntahkan, Natasha cuba untuk menegakkan semula tubuhnya.Zayyan yang prihatin terus mencapai segelas air lalu disua ke mulut Natasha.Dia tahu tekak gadis itu sedang perit yang teramat.
Kepala mula sakit.Segala yang dilihat seakan-akan rumah dilanda puting beliung.Hampir sahaja rebah tubuh kecil itu untung Zayyan sempat menyambut.
"Kau okay tak ni?Nak pergi klinik tak?" Tanya Zayyan risau.Tidak sempat Natasha memberikan jawapan Zayyan sudah menggendong tubuh gadis itu.Kaki laju sahaja di atur ke bilik.Kemudian dibaringkan tubuh genit itu perlahan-lahan di atas katil.Telefon di dalam kocek seluar di ambil.Nombor seseorang didail.
"Datang sini nanti aku bagi location.Cepat urgent," panggilan ditamatkan.Telefon di tangan terus dicampak ke tepi.Tangan mengusap lembut pipi gebu Natasha.
Setelah 30 minit selepas panggilan dimatikan,loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang datang.Zayyan terus bergegas ke pintu utama.Dia tahu siapa yang datang sebab itu langsung tiada ragu untuk membuka pintu.Apabila dedaun pintu dibuka tersembul dua orang insan.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Zayyan menjemput dua tetamunya masuk ke dalam rumah atau lebih tepat bilik Natasha.
Tanpa banyak soal Rafaizan terus menjalankan tugasnya sebagai doktor dibantu dengan pembantunya Maya.Mereka berdua merupakan kawan rapat kepada Zayyan dan juga doktor peribadi kepada keluarga Zayyan.
Sepanjang rawatan Zayyan setia menemani gadis itu sehinggalah rawatan selesai.Setia di sisi Natasha.
"Adik aku kenapa?" Tanpa teragak-agak Zayyan bertanya.
"Ouh nothing serious but Sha I hope you can control your emotion because I tak nak baby dalam tu rasa tertekan.Lagi-lagi kandungan ni masih baru jadi you tolong jangan baik-baik.If you have any problem please share it with people you trust,okay?" Pesan Doktor Rafaizan.
Pesanan yang diberi membuatkan Natasha bertanya-tanya.Dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kandungan?Baby?Apa semua ini?
"Apa maksud you?Kandungan?Baby?I don't get it." Natasha meminta penerangan.Biasalah sewaktu kecil dahulu tak suka makan kismis itu yang otak jadi lembab sedikit.
"You tak tahu?You dah pregnant dua minggu.".Terus Natasha tersenyum lebar.Tubuh Zayyan dipeluk seeratnya sehingga jejaka tersebut sukar untuk bernafas tapi tidak pula dia menolak tubah gadis itu malah dibalas dengan penuh hangat.Dia turut bersenang hati dengan berita gembira itu.Tangan memberi isyarat kepada dua manusia yang sedang menyaksikan drama tidak berbayar mereka supaya keluar dari bilik itu dalam kiraan lima.
Maya tadi yang tersenyum terus masam mencuka apabila dihalau.Rafaizan di sebelah mendorong tubuh genit itu agar keluar bersamanya.Biarkan dua beradik itu bicara tentang hal mereka.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...