𝐁𝐀𝐁 2 𝐃𝐁𝐄

892 57 0
                                    

"Sha kekurangan darah and apa yang pihak hospital dah tengok tikaman dibuat sebanyak 20 kali.Tapi Mak Ngah,Pak Ngah sekarang ni hospital kami dah memang langsung takde stock darah O.Hmm Mak Ngah ngan Pak Ngah ada kawan-kawan ke yang berdarah O tak?Sebab keadaan Sha sekarang ni memang betul-betul kritikal," kata Doktor Syafiqah atau lebih tepat rakan baik kepada Natasha.

Terduduk Encik Azeezuddin setelah mendapat khabar buruk yang paling dia tidak mahu dengari. "Pak Ngah buat bertenang dulu Piqah cuba tanya kawan-kawan or sesiapa dulu okay? Pak Ngah jangan risau sangat ye?" lembut sahaja Syafiqah memujuk lelaki tua yang kelihatan runsing di hadapannya kini.Dia terus melangkahkan kaki meninggalkan Encik Azeezuddin dan Puan Faiza untuk berbincang seketika.

"Ibu macam mana ni? Apa kita nak buat sekarang ni? Kita berdua pon darah B.Macam mana kita nak selamatkan Sha?" sayu sahaja suara Encik Azeezuddin sambil meraup wajahnya.Isterinya yang digelar ibu itu mula mengusap belakang badan Encik Azeezuddin yang kelihatan buntu di wajah suaminya. "Abang kita cuba ikhtiar dulu ya? InshaAllah saya yakin Allah mesti akan hadirkan seseorang untuk selamatkan Sha," lembut sahaja kata-kata Puan Faiza.Dia tahu ini adalah tanggungjawabnya sebagai tulang belakang suami.

Tangan wanita itu perlahan-lahan menyekang air mata suaminya dari terus mengalir.

"Pak Ngahh!!" jerit Syafiqah dari hujung koridor.Dia tercungap-cungap menyedut oksigen setelah penat berlari seperti dikejar anjing gila.Dia berdiri betul-betul di hadapan Puan Faiza dan Encik Azeezuddin.Terbongkok-bongkok member nak tukar jawatan jadi nenek kebaya.

"Pak Ngah,Mak Ngah ada orang yang sudi nak dermakan darah dia dekat Sha!" Syafiqah sedikit gembira.Berubah air muka Encik Azeezuddin.Dia terus bersujud syukur di lantai hospital dengan air mata kegembiraan.Puan Faiza juga turut tersenyum.Lega hatinya mendapat khabar yang sungguh tidak diduganya.Kuasa tuhan siapa yang boleh jangka.

"Okay sekarang ni Pak Ngah and Mak Ngah kena ikut Piqah pergi isi borang persetujuan okay? Jom jom," kata Syafiqah masih dalam nada yang penuh gembira.

❦︎❦︎❦︎

Sesampai sahaja mereka di satu ruangan,mereka terlihat sosok lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an sedang elok duduk di atas sofa.Ralit bermain telefon namun tetap terlihat kacak dengan pakaian yang dikenakan.Orang kacak ni selalunya pakai apa pon handsome so don't mind lah.

Baju kemeja-t berona sky blue serta seluar slack.Jika dilihat sekilas pasti akan menganggapnya doktor di situ.

"Ha Pak Ngah,Mak Ngah tu lah mamat yang dermakan darah pada Sha.Dia tu pulak doktor pakar dekat sini.Pak Ngah kalau nak borak-borak ngan mamat tu pergilah.Mana lah tau sangkut untuk Sha ke...ehehehee," seloroh Syafiqah lalu menarik tangan Puan Faiza ke kaunter.

Encik Azeezuddin hanya menggelengkan sahaja kepalanya melihat telatah gadis yang juga sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Dia terus melangkah ke arah jejaka muda itu lalu menghempas punggungnya di sofa empuk berhadapan dengan lelaki tadi.

"Assalamualaikum. Tunggu siapa?" sapa Encik Azeezuddin.

Terkejut lelaki di hadapannya nasib tidak dibaling telefon yang dipegangnya. "Wa..alaikumussalam pak cik.Oh saya tengah tunggu penjaga pesakit yang nama dia Natasha," jawab jejaka itu dengan senyuman kacaknya. "Pak cik ni bapak sedara dia,kamu panggil je Pak Azeez.Apa hubungan kamu dengan Sha?" tanya Encik Azeezuddin lagi. "Ouhh saya Ershad Hazree kawan dia masa zaman sekolah dulu," senyuman masih terukir di wajahnya.

Encik Azeezuddin menggangguk lalu menilik Ershad dari atas sehinggalah ke kaki.Ershad mula gelabah ketam. "Macam mana boleh rapat?Ada apa-apa ke di antara korang berdua ni?" tanya Encik Azeezuddin straight to the point.Habis merah padam wajah Ershad dibuatnya. "Kalau kamu ni ada apa-apa jangan lama-lama.Lagipun tak manis. Kalau betul kamu sukakan Sha datang rumah masuk meminang.Pak cik ni pon tak tahu sampai bila boleh jaga dia," terselit ketegasan pada kata-kata Encik Azeezuddin.Cakap pon dah ada gaya-gaya tentera almaklumlah bekas tentera.Tu yang muka bengis semacam.Burung lalu auto berkawad.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now