Melihat Ershad yang dari tadi hanya diam membuatkan Lysander tertanya-tanya. Memanglah selama ini jejaka ini kurang bercakap namun kali ini berbeza. Sudahlah senyap, raut wajahnya pula begitu jelas bahawa hatinya sedang dilanda kesedihan.
Kemudian, mata jejaka itu pula tidak lari menekur lantai. Apa yang ada pada lantai lapangan terbang sehingga mampu menarik perhatian Ershad? Malah sudah berada di atas awangan Ershad masih setia berdiam diri melayan perasaannya sendiri sambil pandangan di hala ke luar tingkap. Perkara ini membuatkan hati Lysander sedikit gusar.
Oleh itu Lysander tidak mampu membendung begitu banyak persoalan dalam dirinya, dia mengambil keputusan untuk terus menyoalkan apa yang sedang bermain di fikiran sahabatnya itu. Kalau nak mengharapkan Ershad sendiri yang buka mulut memang jenuhlah dia menanti. Lebih baik dia yang membuka langkah terlebih dahulu.
"Bro. Kau okay tak? Dari tadi aku tengok muka kau macam ada masalah je. Cuba cerita," tutur Lysander sedikit lembut intonasinya.
Pada mulanya Ershad menegah daripada bercerita. Katanya ini bukanlah sesuatu hal yang besar yang perlu dikongsikan namun setelah beberapa kali dipaksa dan dipujuk oleh Lysander barulah dia membuka mulut.
"Aku rasa aku dah betul-betul cinta dan sayangkan Natasha sampaikan aku tengok perempuan lain sama macam dia," kata Ershad sebagai pembuka kata. Lysander hanya berdiam memberi ruang kepada Ershad untuk meneruskan penceritaannya.
"Semasa aku sedang menghayati keindahan bumi turki aku ternampak seorang gadis yang rupa dia persis seperti Natasha. Dan, aku dapat rasakan aura dia juga sama seperti Natasha. Ia membuatkan hati aku luluh dengan sikap aku terhadap isteri aku dahulu. Dan sebab itu aku kata aku sudah betul-betul jatuh hati pada dia sehingga aku boleh terlihat satu entiti yang lain sama seperti dia," terang Ershad panjang lebar.
Terus jantung Lysander berdetak laju. Dia yakin gadis yang dilihat Ershad ialah Natasha, isteri kepada jejaka itu sendiri. Namun apakan daya dia tidak boleh memberitahu tentang perihal tersebut kepada Ershad kerana dia sudah berjanji akan terus menutup mulut sehingga waktu yang betul-betul sesuai.
"Kau taknak cari dia ke Shad? Kau tak kesian ke dekat mak ngan dan pak ngah? Setiap saat mereka bertanya di mana keberadaan Natasha sekarang. Kau pon dah lama tak lawat diorang. Shad, aku tahu kau bukanlah seorang manusia yang langsung tidak mempunyai sifat kemanusian dan kasih sayang itu sendiri. Cuma kau yang tak mahu lihat di dalam dasar diri kau. Kau pentingkan rasa amarah dan kecewa kau tanpa kau sedar orang lain turut terluka.
Tolonglah Ershad. Bangkit daripada dendam yang selama ni kau semat. Tak beri kebaikan pon pada kau. Sampai bila kau nak menafikan perasaan kau pada dia? Akhir cerita dua-dua tersakiti. Tolonglah dengar cakap aku kali ni. Kalau bukan untuk aku sekali pun tolong buat untuk mak kau. Kalau mak kau masih hidup sekarang ni aku yakin mesti dia suruh kau buat perkara yang sama. Dan aku juga yakin Natasha sentiasa menanti akan kehadiran kau.
Isteri mana yang tak sayangkan suami dia Ershad? Walaupun kadang perwatakan dia nampak macam tidak mengambil kisah tentang hidup kau tapi dalam diam dia curi-curi nak tahu kau sihat ataupun tidak. Sudah makan mahupun belum. Tolonglah Shad. Kau ada Tuhan yang boleh bantu pimpin kau ke jalan yang lurus. Kembalilah kepada-Nya Shad. Dia pon rindukan rintihan hambanya." panjang lebar Lysander menuturkan pesanan kepada sahabatnya.
Ershad terkaku. Baru tersedar bahawa dirinya sudah lama hanyut dengan dunia sehingga melupakan siapakah pencipta. Baru sedar bahawa dunia ini ibarat jari telunjuk di celupkan ke dalam air laut dan kemudian ditarik semula keluar. Begitu kecil dunia ini. Dunia yang pada masa ini dikejarkan oleh manusia yang hanyut.
Rasa sebak di dada Ershad tidak mampu dibendung. Terus tubuh Lysander dipeluk seerat-eratnya. Ershad menghemburkan tangisan sepuasnya. Bayangan wajah Puan Aida membuatkan hati jejaka itu semakin luluh. Kemudian, diselang pula dengan wajah Natasha. Terbayang-bayang detik semasa gadis itu dipukulnya. Semakin kuat tangisannya.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...