𝐁𝐀𝐁 16 𝐃𝐁𝐄

781 40 4
                                    

Wajah Lysander terpacul di muka pintu.Wajahnya jelas bengis.Ershad seperti biasa hanya pamerkan wajah tidak beriaksinya.

"What do you want?" Tanya Ershad senada.Tubuh sasanya menghalang pandangan Lysander untuk terus menjenguk ke dalam bilik.

"Qu'avez-vous fait à Natasha?Répondez à ma question! [Apa yang kau buat pada Natasha?Jawab soalan aku!]" jerkah Lysander lantang.Kolar baju Ershad dicengkam kuat.Dia sudah dengar segala-galanya bermula dari Natasha mengetuk pintu biliknya.

"Ne te mêle pas de mes affaires.[Jangan masuk campur urusan aku.]" Jawab Ershad tidak mahu kalah garangnya.Matanya mencerlung tajam ke mata hijau Lysander.

Tangan Lysander menolak tubuh sasa Ershad kuat.Ke belakang jejaka itu nasib sahaja tidak jatuh tersembam.Lysander menerjah masuk ke dalam bilik mencari tubuh Natasha.Mata melilau ke seluruh bilik.Otak seperti meneka sesuatu.Dedaun pintu ditarik.Rahang diketap kuat.

Dia membantu Natasha untuk berdiri.Tubuh Natasha dipapah keluar dari bilik.Jari tengah sempat ditundingkan pada Ershad sebelum berlalu meninggalkan jejaka itu.Hati turut memaki hamun jejaka itu.Dia mula berasa simpati pada gadis ini.

Perlahan-lahan Natasha duduk di atas sofa.Lysander meminta izin untuk meninggalkan dirinya sebentar.Sementara jejaka itu mahu mencari alat pertolongan cemas di sekitar kawasan rumah ini.Natasha hanya mengiakan sahaja.Tidak larat untuk berceloteh panjang.

Baru sahaja matanya ingin dilelapkan lengannya sudah dipegang kasar.Spontan itu Natasha mencelikkan matanya.Sungguh dekat wajah Ershad dengan wajahnya.Sehingga nafas lelaki itu dapat dirasakan menampar wajahnya.

Tangan Ershad naik mencengkam rahang Natasha.Namun tidak sekasar tadi.Cukup lembut.Ubat yang sudah dibubuh ke atas kapas disapu perlahan pada bibirnya yang luka tadi.Terus Natasha mendesis kesakitkan.Kepalanya dilarikan.

"Jangan gerak boleh tak?Menyusahkan!" Marah Ershad sebelum tangannya menghadapkan kepala Natasha ke arahnya kembali.Tangan kembali menyapu ubat di bibir Natasha.Tindakan itu membuatkan hati Natasha tercuit sedikit.

"KENAPA NI SHAD?" Sergah Encik Azeezuddin yang baru pulang dari masjid.Kakinya menapak menghampiri mereka berdua.

"Sha ni lah pak ngah degil.Dah kata jangan main paintball nak main juga.Lepastu habis luka-luka muka.Sampai lebam pulak tu," dalih Ershad.Suaranya sengaja dinaikkan agar lakonan menjadi.Alasan itu membuatkan Lysander tertawa kuat namun masih sinis di pendengaran Ershad.

"Kenapa kamu gelak Sander?" Tanya Encik Azeezuddin terkebil-kebil.Mata Natasha memberi amaran pada jejaka barat itu.Biarlah dia yang uruskan hal mereka.Dia tidak perlukan mana-mana bantuan sekarang ini.Lysander mendengus geram.

"Tak ada apa pak ngah teringat Sha kena tembak dengan Shad tadi kelakar," jawab Lysander.Masih jujur apa.Cuma diubah dari perkataan pukul kepada perkataan tembak.Encik Azeezuddin tertawa kecil.

"Sha memang.Ini mesti kes awal-awal game dia riak kan?" Teka Encik Azeezuddin.Lysander hanya mengiakan sahaja.Topik itu habis di situ kerana kehadiran Puan Faiza.Soalan yang sama keluar dari mulut wanita itu.Akan tetapi Encik Azeezuddin terlebih dahulu menerangkan.

Lysander merapatkan bibirnya pada telinga Ershad. "Mudahnya kau tipu orang dalam rumah ni kan," bisik Lysander sebelum berlalu ke dapur.Perutnya juga sudah berkeroncong hebat.Mana tidaknya kalau dari pagi lagi tidak diisi dengan apa-apa makanan.Hanya minum air sahaja.Itupun berapa teguk.

Dirinya mula sebok apabila dia sudah mula mendapat panggilan tentang tawaran untuk Ershad menjadi model di beberapa tempat.Yang pasti di luar negara.Jadi sebab itulah dia tidak sempat turun makan hari ini.Ini semua berpunca dari Ershad yang tidak mahu mengambil personal assistant.Tak pasal-pasal Lysander yang perlu menguruskan segala urusan Ershad.Tapi nasib baik jugalah bossnya itu akan naikkan gaji.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now