Jam di dinding di tenung lama.Panggilan telefon yang asyik berbunyi langsung tidak diendahkan.Fikiran melayang mengingat si suami di rumah.
Hati terasa sakit namun cepat dikentalkan.Air mata yang mengalir dibiarkan.Dada ditepuk kuat.Nafas terasa tersekat di tengah kerongkong.Natasha bingkas bangun dari baringnya.Tangan mula menggigil.
"Please panic attack not now.I'm tired," adu Natasha.Tersedu sedang suara gadis itu.Dia memeluk lutut.Oksigen disedut perlahan-lahan.Baru sahaja ingin melepaskan karbon dioksida loceng rumah bergema di telinga Natasha.Bertalu-talu bagai nyawa ingin ditarik.
Tanpa memikir panjang Natasha menapak ke pintu utama.Dedaun pintu dikuak maka tersembul sesosok tubuh sasa tinggi di hadapan Natasha.Mata gadis itu terbuntang luas.Terkejut.Mulut ditekup menggunakan tapak tangan.Jeda.
Natasha yang seperti baru sedar dari mimpi yang ngeri laju ingin menutup pintu bagi menghalang tetamu yang tidak diundang itu masuk.Namun tangan jejaka itu lebih pantas menahan.Kelihatan sengihan sinis yang terukir dibibir jejaka tersebut.Bagai berkata 'Itu je yang kau mampu buat?'
Dengan penuh kekuatan yang masih tersimpan Natasha menolak-nolak agar pintu kembali terkatup.Namun dia hanyalah seorang gadis.Sebanyak manalah kudrat yang dia miliki.Hanya sekali tolakan Natasha tersungkur di atas lantai.Tapak kasut jejaka itu bergema di seluruh rumah.
Makin dekat bunyi tapak kaki itu menghampiri tubuh kecil Natasha.Pintu ditutup secara perlahan.Gelap-gelita.
Silap Natasha juga tidak membuka sebarang lampu.Sekarang sudah menyesal.Nak jerit pon siapa je boleh dengar.Kawasan pedalaman. Pelancong lain memang tiadalah.Almaklum tempat privasi Zayyan.Memang tiada siapa yang mahu jejakkan kaki di sini.
Rambut Natasha ditarik sehingga ada beberapa helai rambut panjang gadis itu yang gugur.
"Shad sakit..please lepas.Jangan seksa aku macam ni," adu Natasha.Tersekat-sekat suranya.Tangannya yang kecil tidak berhenti mencuba menjauhkan cengkaman tangan sasa gorilla itu dari rambutnya.
Ershad berdehem kecil.Kemudian tergelak sinis.Wajahnya dirapatkan ke telinga gadis itu.Natasha menepis apabila Ershad meniup telinganya.Geli.
"You're indeed a weak woman,Natasha." Sinis suara Ershad.
"Aku dah cakapkan dengan kau sebelum ni babygirl jangan lari dari aku.Kenapa degil sangat ni?Hmm?" Suara garau yang agak seksi tetapi tetap sahaja menyeramkan bagi Natasha.Air liur laju ditelan.Tiada jawapan untuk persoalan tadi.
Ershad mendengus perlahan.Tubuh Natasha diseret menuju ke dalam bilik.Pelbagai cara telah Natasha cuba untuk melepaskan diri namun masih sahaja gagal.Hanya mampu berdoa di dalam hati agar ada insan yang boleh membantunya tika ini.
Tubuh gadis itu dicampung kemudian di campak ke lantai semula.Natasha sudah seperti ikan yang mencari air di daratan.Tercungap-cungap dia mencari oksigen apabila lehernya dicekik oleh manusia bertopengkan iblis.
"Ke..na..pa Er..shad?" Terseksa Natasha bertanya.Tubir matanya sudah mula berkaca-kaca.
"Shhh babygirl.Aku just nak kau rasa mcm mana aku menderita selama 9 tahun.And for your information it stems from your family f*cking b*tch!" Jerkah Ershad.Tepat itu air mata Natasha pecah.
"A...pa yang ke..lu..arga a..ku dah bu..at?" Walaupun agak terseksa untuk berbicara namun Natasha tetap juga mencuba mengorek rahsia.
Ershad diam agak lama.Mata helangnya menikam jauh ke dalam anak mata Natasha.Makin lama jejaka itu berdiam makin kuat dia mengetap rahang.Dan makin kuat juga tangan kasarnya mengcengkam leher gadis itu.
Tangan Natasha naik mengusap rambut Ershad.Lemah.Mungkin sudah tiba waktunya untuk menghadap ilahi.Jadi biarlah dia tatap wajah kacak Ershad walaupun sakit di hati tidak terkira.
"Don't touch me 'anak pembunuh'!" Tubuh Natasha ditolak hingga kepala gadis itu terantuk di bucu katil.Penumbuk dikepalkan.Baru sahaja ingin melayangkan satu tumbukan di pipi mulus Natasha,pintu bilik dibuka kasar.
Belum sempat Ershad meneliti siapakah yang mengganggu,wajahnya yang kacak sudah menjadi sasaran satu tumbukan gorilla.Kolar bajunya dicengkam kasar.
"Kau memang mencabar kesabaran aku lah bab*!" Tengking Zayyan sambil melayangkan satu lagi pukulan.Segala urat di dahi tertimbul.Hottie.
Kepala Ershad yang tadi terteleng ke tepi terus tegak memandang Zayyan.Garang.Mereka menikam anak mata masing-masing.
"Kenapa kau nak masuk campur urusan aku dengan dia?Kau jangan cakap dengan aku yang kau dah menaruh harapan pada bidadari aku," lidah bermain di dinding mulut.Mata langsung tidak dilarikan untuk saling bertikam mata.
"Itu kau cakap bidadari?Ha?Kau layan dia macam anjing kurap kau kata bidadari kau?Seriously?" Senyuman sinis dihadiahkan.
"Anak pembunuh memang layak terima macam tu." Tepat itu biji matanya ditumbuk.Zayyan menunding jari telunjuk betul-betul di hadapan mata Ershad.
"Kau siapa nak hina dia?Apa yang kau benci sangat dengan dia?Perlu ke kau sakitkan dia?" Zayyan mengetap rahangnya seperti menahan sesuatu.Dada naik turun kasar.Dengusan nafas juga dapat didengari.
"Dia takde kena mengena dengan kau lah si*l!" Bidas Ershad tidak mahu kalah.Bahu Zayyan ditolak kasar.
"Dia adik aku lah bodoh!Bidadari secantik dan sebaik dia tak padan dengan kau yang hati serupa iblis lah si*l!".Tercengang semua insan yang berada di situ.Natasha yang tadi memandang lantai terus mendongak memandang Zayyan.Dahi berkerut seribu.
"What do you mean?" Anak mata Natasha jauh menikam ke dalam mata Zayyan.Darah yang mengalir di kepala tidak diendahkan.Tangan memaut pada palang katil untuk bantu diri berdiri.
Wajah Zayyan bertukar serba-salah.Bibir seperti ingin membicarakan sesuatu namun tiada suara yang keluar.Tangan ingin mencapai lengan Natasha tetapi gadis itu lebih pantas menjauhkan diri.
"Sha kita bincang nanti.Please jangan macam ni," lembut suara Zayyan memujuk.Natasha menggeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya.Otak terasa memberat.
Ershad tertawa sinis sambil menepuk tangan.Kaki berjalan keliling Zayyan.
"Patutlah kau beria-ria back up anak haram ni." dengan sinis Ershad berbicara.Zayyan yang sudah panas hati berjalan merapati Natasha.Dia langsung tidak mengendahkan jelingan Natasha.Lengan gadis itu dicapai lalu dibawa keluar.
"Kau nak bawa betina tu pergi mana?Kau kena ingat dia tu masih hak aku.Kau tak boleh sesuka hati bawa dia bla macam tu je," Ershad memperingatkan.Serentak itu Zayyan menghemburkan tawanya.
Ershad yang terpinga-pinga masih lagi diam menanti kata-kata Zayyan yang seterusnya.Walaupun dia tahu ayat yang akan dilontarkan akan membuatkan diri meletus.
"Tak guna untuk aku bercakap dengan orang yang ada otak tapi tiada akal macam kau.".Langkah diteruskan sambil tangan memegang lengan Natasha.Tiba di pintu bilik dia memberhentikan langkah.Lengan gadis itu turut dileraikan.
Tangannya mencapai tudung sarung yang elok tersidai di belakang pintu.Kemudian disarungkan ke kepala gadis itu.Jantung Natasha yang tadi normal terus berdetak laju seperti habis maraton 10 kilometer.Rambut-rambut lebihan yang terkeluar dari celahan tudung diselit ke dalam tudung.Ershad diperlakukan bagai tidak wujud di situ.Kepala gadis itu diusap lembut.
"Kau ikut aku okay?"Zayyan membongkokkan sedikit tubuhnya agar dapat menyamakan ketinggian dengan gadis kerdil di hadapannya.
Perlahan-lahan Natasha menganggukkan kepalanya.Terus merekah senyuman di bibir Zayyan._______________________________________________________
Okay first of all I nak minta maaf cause memang lama gileee tak update😌So maybe lepas ni akan slow update jadi I minta semuanya diminta bersabarシ︎.Jadi dengan kesempatan ini I nak memohon ampun dan selamat hari raye maaf zahir dan batin😉.Selamat hari raya terkejut :>
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...