𝐁𝐀𝐁 13 𝐃𝐁𝐄

606 34 2
                                    

Genap sudah seminggu mereka berbulan madu di luar negara.Kini tibalah masa untuk pasangan itu kembali ke negara kelahiran mereka semula.

Lysander juga turut mengikut mereka pulang ke Malaysia.Katanya bosan tinggal sendirian di Paris.Tiada teman.Jadi Ershad hanya membiarkan sahaja jejaka mat saleh itu mengikut.Asalkan tak susahkan dia sudahlah.Lagipun Ershad memang tiada panggilan untuk menjadi model di mana-mana.

Sampai sahaja mereka di KLIA,Encik Azeezuddin sudah menunggu mereka di hadapan pintu.Sungguh dia rindukan anak gadisnya.Nasib tidak demam.Natasha menyalam tangan tua itu lalu dikucup lembut.Walaupun dia sudah berkahwin perangai manjanya yang satu itu tidak dapat dibuang.

"Eh Lysander pon ada?" Tanya Encik Azeezuddin yang baru perasan dengan kewujudan lelaki kacak itu.Lysander hanya tersenyum segaris.Walaupun umur Encik Azeezuddin sudah meningkat tetapi daya ingatannya lebih muda dari anak muda yang ada di hadapannya sekarang.

Tangannya mempersilakan mereka bertiga untuk berjalan terlebih dahulu.Ershad dan Lysander hanya menuruti.Sungguh mereka penat dengan penerbangan kali ini.Yang sedang bermain dalam fikiran mereka hanyalah katil dan bantal.

Natasha pula memimpin tangan tua Encik Azeezuddin.Tangan yang selalu mengusap kepalanya.

Mereka berjalan menuju ke kereta Toyota Alphard kepunyaan Encik Azeezuddin.Sudah lama dia tidak memandu kereta ini sejak dia pencen menjadi driver kepada dato.

Masing-masing masuk ke perut kereta.Lysander sudah berbaring di seat belakang.Tinggal menutup mata sahaja untuk menikmati mimpi yang indah.Ershad pula mengambil tempat di belakang seat driver.Mata sudah terpejam rapat.

Tidak pula Natasha yang masih lagi segar matanya.Jadi dia mengambil tempat di sebelah Encik Azeezuddin.

Sekurang-kurangnya dia bolehlah menemani lelaki tua itu sehingga ke rumah.Satu persatu dia ceritakan.Dari segi tempat yang dia jelajah sehingga ke restoran makanan.Hati tergerak untuk menceritakan si pemanggil yang bernama love di dalam telefon Ershad.Tapi ditegahnya takut takut kalau Encik Azeezuddin mengetengahkan kes ini.Jadi dibatalkan sahaja niatnya.

"Sha dengan Shad okay?Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Encik Azeezuddin yang seakan-akan tahu apa yang tengah dihadap oleh anak gadis itu.Agak terkedu Natasha dibuatnya.Dia tidak pula mengangguk mahupun menggeleng.Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku di antara rumah tangganya.

"Perkahwinan ni memang kadang-kadang ada pasang surutnya.Apa yang penting communication.Kalau tiada benda tu memang boleh musnahkan masjid yang dibina.Kalau ada apa-apa masalah cuba bawa berbincang dan rendahkan ego masing-masing.Kalau dua dua nak menang memang pasti bermasam muka.Jangan disebabkan keegoan masing-masing perkahwinan yang baru dihijab kabulkan musnah bersepai.Okay Sha?" lembut Encik Azeezuddin menitipkan pesanan.

Natasha hanya menganggukkan kepala sebelum kepala ditoleh ke belakang.Melihat insan yang sudah mula dicintainya.Dilihat setiap inci wajah kacak Ershad.Memang tidak dinafikan hatinya sudah terpaut dengan jejaka tersebut.Mata dipejam rapat kembali sebelum memandang ke hadapan.




Setelah berjam jam perjalanan akhirnya kereta Alphard itu terpakir jua di hadapan rumah.Tubuh Natasha lebih awal keluar dari perut kereta.Sosok Puan Faiza dicari seluruh rumah.Apabila figura itu sudah terlihat dipeluk dan dicium sepuasnya.

Para lelaki berbadan sado sudah semestinya mengangkut bagasi ke dalam rumah.Nasiblah barang mereka tidak banyak.Lysander dan Ershad meminta diri untuk naik ke bilik masing-masing bagi menaruh segala khazanah yang dibawa.

"Mak Ngah dah siap masak?" Tanya Natasha manalah tau boleh tolong masak sekali.Puan Faiza menggelengkan kepalanya laju.Hati terasa bangga dengan gadis itu.Tidak sia sia dia mendidik Natasha sewaktu kecil dahulu.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now