𝐁𝐀𝐁 15 𝐃𝐁𝐄

788 37 4
                                    

Ershad masih mendiamkan diri.Tidak dapat dia menjawab soalan itu.Kerana dia sendiri keliru dengan perasaannya.Tipu kalau dia tidak mencintai kekasih pertamanya ini.Namun kini rasa cinta itu sudah beralih kepada bidadari di hadapannya sedikit demi sedikit.

"Okay so no answer.Saya anggap itu adalah jawapan yang awak cintakan dia.And I know Piqah really loves you.Jadi pergilah berkahwin dengan dia dan lepaskan saya," hanya itu sahaja yang muncul di dalam kepalanya.Walaupun keputusan itu yang akan memakan dirinya nanti.Tetapi hatinya sudah dikentalkan.

"NO!I will never let you go!And I don't want to marry her," bahas Ershad secara jujur.Terbuntang mata Syafiqah.Kemudian dia tergelak sinis.

"Good game Ershad and also you,whore.".Sampai begitu sekalikah dia membenci Natasha?Hanya kerana seorang lelaki mampu merubah sikapnya yang ceria dan bertolak ansur.Betullah kata orang cinta mampu membutakan kita.

Syafiqah mencapai begnya di atas meja lalu meninggalkan mereka bertiga.Biarlah dia membawa diri untuk mengubat luka di dalam hati.Air mata dikesat kasar.

Zayyan mula tidak berpuas hati.Tangannya mencengkam kolar baju Ershad.Amaran dari Natasha di sebelah juga dihiraukan.Biarlah kali ini dia memberikan sedikit pelajaran pada jejaka yang tidak berguna seperti ini.Tangan dikepalkan sebelum satu tumbukan melayang ke wajah Ershad.

Sekali pukulan sahaja mampu membuat kepala Ershad gayang seketika.Natasha menutup mulutnya.Terkejut.Kaki dilarikan ke tubuh Ershad.Wajah Ershad ditilik.Melihat sama ada luka ataupun tidak.Nasib hanya bibir jejaka itu sahaja yang pecah.Jadi rasanya tidak perlu terlalu beria untuk dia berasa risau.

Mata memberi isyarat untuk Zayyan beredar dahulu membiarkan dia dan Ershad berduaan seketika.Pipi Ershad dicengkam lembut.Mata langsung dilarikan pada bibir Ershad.Tisu di atas meja diambil untuk mengesat luka pada bibir Ershad.

Ershad menepis jemari Natasha yang ingin merapati bibirnya.Mata ditenung tajam.

"Kau tak payah sibuk pasal aku.Aku bukannya budak lagi," dingin suara Ershad memberi amaran.Namun Natasha hanya membuat muka selamba sambil tangan ralit merawat luka di bibir Ershad.Nasib di dalam beg nya ada terselit satu botol kecil antiseptik serta beberapa keping plaster luka.

"Jangan nak sombong sangat.Orang dah tolong tu patutnya berterima kasih bukannya nak berlagak macho.Kenapa awak taknak lepaskan saya?Bukan ke dia first love awak?" Bebel Natasha lagak seperti ibu memarahi anak yang nakal.

Sekali lagi soalan itu dibiarkan tidak terjawab.Bibir Natasha mula tersenyum sinis.Namun tidak pula dia berkata apa-apa.Hanya diam dan fokus kepada luka Ershad.

"Saya balik dulu.Bye Assalamualaikum," pamit Natasha seusai luka di bibir Ershad siap dirawat.Kali ini tidak seperti biasa.Jika selalunya dia akan mengucup terlebih dahulu tangan lelaki itu.Kali ini lesap segala kucupan tangan mahupun di dahi.Hatinya sudah berkecai.Jiwanya rapuh.Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan.
Segala satu persatu masalah bermain di fikirannya.

Kaki melangkah keluar dari kedai.Kepala ditoleh ke kiri dan kanan mahu mencari kelibat Zayyan.Dia tahu jejaka itu masih belum pulang kerana kereta milik lelaki itu masih terpakir elok di hadapan kedai.

"Cari aku ke?" Sapa satu suara dari arah belakang.Natasha berpusing menghadap jejaka itu.Kepala diangguk-anggukkan.Empangan air mata yang cuba ditahannya daripada tadi mula pecah membasahi pipi.

"Jom aku bawa kau satu tempat," lengan baju Natasha ditarik berlalu ke kereta Porschee miliknya.Pintu penumpang dibuka mempersilakan Natasha untuk masuk.Tanpa banyak bicara Natasha hanya menurut masuk ke dalam perut kereta.

Kemudian kaki beralih pula ke pintu pemandu.Tubuh dihenyak masuk ke dalam perut kereta.Enjin kereta dihidupkan.Kepala menoleh ke tubuh Natasha.

"Jangan menangis dalam kereta aku.Aku tak suka tengok kau macam ni," sempat Zayyan menitipkan pesanan.Cepat-cepat Natasha menyeka air mata dengan hujung lengan bajunya.Air mata cuba dikawal agar tidak tumpah.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now