Ini adalah kali pertama Natasha menaiki kapal terbang bussiness class.Boleh tahan luas.Sepanjang penerbangan tangan tidak pernah lepas dari merangkul tangan milik Ershad.
Senyuman juga terukir lebar.Namun tidak pula Ershad.Wajahnya langsung tidak mengukirkan satu senyuman.Seperti baru balik dari kutub utara.Dingin semacam.
"Sayang..." meleret suara Natasha memanggil.Tiada jawapan hanya renungan 'apa' yang diberi.
"Senyumlah sikit.Tak hensem tau buat muka macam tu.Macam donkey tengah tahan buang air besar," Natasha lalu mencuit hidung yang tidaklah seberapa mancung Ershad.
Seperti kura-kura Ershad mengukirkan senyuman.Walaupun tidak ikhlas tapi tetap sahaja mampu membuat para gadis tertoleh ke arahnya sepuluh kali.
"Kan hensem tu.Thank you tau ayang.Cherry tak sangka pula ayang belikan tiket pergi Morocco. Cherry dah lama taw nak pergi sana tapi tulah Pak Ngah dengan Mak Ngah tak bagi," cerita Natasha dengan memek muka sedihnya.
Jari jemari Ershad mengelus lembut tangan milik Natasha.Tubuhnya dirapatkan sehingga hembusan nafas masing-masing boleh terasa.Kemudian bibir dirapatkan di dahi licin Natasha.Satu ciuman khas Ershad hadiahkan.
"I don't know what to say but I think I'm in love with you," tidak dapat dinafikan itulah yang dapat Ershad rasakan pada dirinya sekarang.Tapi disebabkan ada satu tembok besar yang menghalang cintanya buat si bidadari di hadapannya kini.
Natasha hanya tersenyum malu.Dah dapat kiss dapat ayat cinta pula.Haih syurganya hidup.
Kepala dilentokkan di dada bidang Ershad."Boleh cherry tanya?" Suasana masih lagi romantis.
"Hmmm?" Seperti ada emas di dalam mulut Ershad.Ingin mengeluarkan suara bukan main susah lagi.Tanggannya berjalan mengusap bahu kecil Natasha.
"Kenapa sayang kahwin dengan cherry.Yelah masa zaman sekolah dulu sayang bukan main benci lagi dengan cherry.Tiba-tiba terkahwin pula," akhirnya soalan yang sudah lama dipendam akhirnya terpacul juga menjadi topik bualan.Ershad menghelah nafas berat terlebih dahulu.
"Mungkin bukan sekarang untuk saya bagitahu but don't worry sebab satu hari nanti awak akan tahu juga sweetie," jawapan selamat Ershad berikan.Muka Natasha yang riang tadi berubah kendur.Tidak puas hati dengan jawapan itu.Tubuh dijarakkan dengan jejaka di sebelahnya.Tangan disilang di dada.
"Cherry merajuk ke?Alooo jangan ngajuk nanti ayang tak dapat nak manja-manja ngan cherry...Cherry," pujuk Ershad sambil kepala digesek-gesek ke bahu Natasha.Dah macam oyen minta wiskes.Namun Natasha langsung tidak melayan.Dalam hati nak dipujuk lagi sebenarnya.
Bibir delima Ershad lekap di pipi Natasha lama.Wajah gadis itu terus membahang malu.Kalau ada pramugari atau orang lain yang melihat dia bernekad untuk terjun sahaja.Wajahnya menghadap Ershad ingin marah.
Tidak sempat mulutnya ingin dibuka Ershad lebih pantas memeluk tubuh kecil itu.
"I'm sorry okay...I know banyak rahsia saya yang awak nak tahu tapi cuma bukan sekarang.I promise you one day saya akan bagitahu.I hope you can understand me," kata Ershad tulus.Tangan kekarnya menggosok belakang badan Natasha lembut.
Pelukan dibalas oleh Natasha.Kepalanya dianggukkan sambil tersenyum segaris.
"Saya minta maaf juga eh sayang.Saya tak patut paksa awak,".
Pelukan dileraikan sebelum masing-masing kembali diam.Tetapi diam yang selesa.Mata dilelapkan.
❦︎❦︎❦︎
"Yayyy dah sampai!!" Ujar Natasha riang.
"Don't say yayy but alhamdulillah," tegur Ershad sambil mencuit hidung Natasha.Natasha hanya membalas dengan sengihan.Tangan memeluk tangan kekar milik si suami.Kemas.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...