Seusai sarapan pagi Ershad sudah pergi ke tempat kerjanya.Di mana lagi kalau bukan hospital.Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan pesakit-pesakitnya.Rasa rindu pula.
Natasha pula hanya duduk di rumah bersama Puan Faiza.Encik Azeezuddin katanya ada hal dekat masjid.Biasalah sudah di ujung umur.Lebih baik dia membuat amal kebaikan.
Siap sahaja mengemas rumah dua tingkat ini Natasha merehatkan kepalanya di bahu Puan Faiza.Tangan tua wanita itu lembut mengusap anak rambut Natasha.Disebabkan Lysander sudah keluar pada pagi tadi jadi bolehlah Natasha membuka tudung.Tiadalah nanti rambutnya lemas kerana terperap.Namun tudung sarung sudah diletak di atas sofa tanda berjaga-jaga.Takut kalau ada insan yang tidak berotak menerjah.
Kadang-kadang otak lelaki itu pun tak boleh pakai.Main redah je masuk dalam rumah.Taulah bukan islam tapi sekurang-kurangnya ketuklah pintu atau tekan loceng dulu.Baru sahaja semalam terjadi.
Waktu itu hanya Puan Faiza dan Natasha yang tinggal di rumah.Jejaka jejaka teragung keluar bersama Encik Azeezuddin pergi ke pasar malam.Sedang elok mereka berdua menonton drama korea di tv pintu utama dikuak.
Kelihatan Lysander sedang terbongkok-bongkok mengambil nafas.Ingatkan baru lepas kena kejar hantu rupanya bag dompet tertinggal.Nasib tudung sarung setia di sisi Natasha.Sempatlah juga dia ingin menutup rambutnya.Puan Faiza pula sudah gelabah memakai skaf rambut.Tahap gelabah dia sehingga wanita itu tersalah pakai gaya perompak.
Terburai tawa Natasha diikuti dengan Lysander.Apabila teringat semula membuatkan Natasha tersenyum sedikit.
"Ha ada pakwe lah tu?" usik Puan Faiza.
"Apa mak ngah ni.Sha dah kahwin lah.Lupa ke?" Natasha mengingatkan kembali statusnya yang sudah berkahwin.
Puan Faiza menepuk dahi.Boleh pula dia terlupa yang anak saudaranya kini sudah pun menamatkan zaman sendunya.Anda bila lagi?
Baru sahaja mereka berdua ingin memberikan tumpuan kepada babak penting di dalam drama tersebut,kedengaran bunyi loceng ditekan berkali-kali.Sampai bingit telinga dibuatnya.
"Dah kenapa pula dengan Lysander ni!Kena kejar dengan mak cik bedah jual tepung ke?Tak reti sabar betul.Pergi buka pintu Sha," bebel Puan Faiza sambil menyarung skarf ke kepala.
Natasha hanya membuat muka pasrah lalu tudung disarung asalkan menutup segala rambut dan dadanya.Dedaun pintu dibuka sedikit.Kepala menjenguk ke luar.Nak pastikan sama ada itu memang Lysander atau bangla jual karpet.
Tapi sangkaannya meleset.Bukanlah Lysander mahupun bangla jual karpet tetapi Marsyah.Kakak ke duanya.Air mukanya bertukar sayu.Kakinya berjalan merapati tubuh si kakak yang dirinduinya.
Tangannya teragak-agak ingin bersalaman dengan tangan lembut yang tidak pernah disentuhnya. Belum sempat dia ingin menyentuh tangan itu,tubuhnya terlebih dahulu sudah dipeluk kemas oleh Marsyah.
"Kak Ngah minta maaf dik.Aku tau sepatutnya aku pertahankan kau.Maafkan aku Sha.Aku kakak yang tak berguna.Tolong jangan bencikan aku," air mata berjuraian terkena bahu Natasha.Walaupun dia agak terkejut tetapi tetap dibalas pelukan itu.
Pelukan yang sungguh dia inginkan.Pelukan hangat dan kasih sayang seorang kakak.Bibirnya menguntum senyuman.Air mata kegembiraan mula keluar dari tubir mata.Tolonglah ini semua adalah nyata.
"Ni bukan mimpi kan?" Natasha mengawal agar suaranya tidak bergetar.Tubuh Natasha dijarakkan sedikit.Bibir Marsyah merekah dengan senyuman manisnya.Kepalanya digeleng laju-laju.
"Wait for me dik.Aku akan tolong kau untuk pujuk ummi.Aku akan pastikan ummi terima kau sebagai anak dia," ibu jarinya menyekang air mata Natasha yang telah laju berjurai mengalahkan air terjun.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
Roman d'amourAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...