Zayyan sudah berhentikan keretanya di depan banglo dua tingkat.Menunggu Natasha untuk keluar.Hampir sejam juga dia disidai oleh gadis itu.Nasiblah kereta ada penghawa dingin tak perlulah dia mengipas-ngipas tubuhnya dengan kertas.Akhirnya manusia yang ditunggu-tunggu muncul juga.
Pucat lesi wajah Natasha.Jika diletakkan mayat di sebelah pasti tidak dapat meneka yang mana satu hidup yang mana satu sudah tiada.Tanpa banyak soal,Zayyan terus memecutkan keretanya ke klinik swasta berdekatan.Melihat kondisi Natasha yang teruk begini membuatkan Zayyan ingin memindahkan rasa sakit Natasha kepadanya.Pedal minyak semakin ditekan laju.
"Ayyan kita pergi farmasi jelah.Aku rasa aku demam je ni.Takde yang serius pon.Lagipun aku malaslah nak kena menunggu.Tak larat.Boleh eh?" Pinta Natasha.Zayyan memikir sejenak.Natasha membuat muka comelnya walaupun kelihatan seperti mayat.Zayyan membuat muka menyampah.
Kereta berubah arah.Kini kereta Audi R8 dipandu ke arah bandar.Terus Natasha tersenyum lebar.
"Mengada.Suami kau tau tak kau keluar dengan aku?" Walaupun dia agak menyampah dengan sikap Natasha yang selalu berperangai seperti kanak-kanak tetapi dia masih lagi mengambil berat tentang gadis itu.Setiap kali Natasha menghadapi masalah pasti dia akan cepat-cepat datang memujuk.
"Nope but don't worry my husband won't come back for lunch," bahas Natasha secara jujur.Zayyan terus menghela nafas lega.Bukan apa seperti yang kita ketahui hubungan antara mereka memang tidak baik.Kena pula ego antara mereka boleh mengalahkan ketinggian gunung everest.Kalau bertemu sahaja pasti akan meletus.
Mata difokuskan kepada pemanduan.Natasha menutupkan matanya ingin lelap sekejap.Bagi hilangkan rasa pening kepala.
Dalam setengah jam begitu,mereka sampai di sebuah farmasi yang agak luas bangunannya.Pandangan dilihat ke sisi.Zayyan menjeling mata ke atas.Volume radio dipulas sehingga habis.
'Ma Rabbuka!'
Hanya cara itu sahaja yang boleh menyedarkan Natasha dari terus lena dibuai mimpi.Tersentak Natasha.Kepala ditoleh ke kanan dan ke kiri dengan penuh gelabah.Mulut terkumat kamit mengucap dua kalimah syahadah.
Besar tawa Zayyan hingga menampakkan dua lesung pipit di pipinya.Bukan selalu dapat tengok Zayyan gelak besar macam ni.Natasha mengurut dadanya.Hampir terkeluar jantungnya tadi.Mata terus menjeling tajam ke arah Zayyan.Pandangan memburu mangsa untuk dijadikan makan malam.
"Eh SSSSha k...k..kau co co comel lah hari ni.Nak aku belikan ubat tak?Kau kan tak sihat nanti kalau pengsan macam mana?Kan?" Tergagap Zayyan berkata-kata.Natasha mengeluarkan not duit berjumplah RM50 lalu dihulurkan kepada Zayyan.Mata masih lagi mencerlung tajam.
Hampir parkinson jejaka itu mengambil duit dari tangan Natasha.Tubuh terus diboloskan dari perut kereta.
Terasa ada gegaran dari dalam beg.Tangan menyeluk mengambil telefon.Jelas terpampang 'Ayang My Surgaꨄ︎' di skrin.Natasha menguntumkan senyuman manis.Butang hijau diseret ke atas.
"Kau dekat mana?Dengan siapa?" Garang suara itu bertanya.Natasha mengerutkan dahinya.Skrin di telefon dilihat kembali.Takut tersalah orang.
"Ini cherry,".Natasha bersangka baik mungkin suaminya yang salah membuat panggilan.
"Aku taulah kau Natasha.Sekarang jawab soalan aku.Kau keluar dengan siapa?Tak reti nak minta izin suami dah ke?" Nafas kasarnya mampu didengari Natasha.Air liur diteguk.
"Cherry pergi farmasi beli ubat.Rasa nak demam," takut takut Natasha menjawab.Hati kembali kendur dengan sikap Ershad yang kadang baik kadang tidak.
"Oy b*d*h!Kau memang jenis suka skip soalan exam ke macam mana?Aku tanya kau!Kau keluar dengan siapa perempuan jal*ng?!" Suara Ershad naik seoktaf.Panas telinga Natasha mendengar hamunan dari mulut Ershad.Terus butang merah ditekan.Dia mendengus geram.Telefon dicampak ke seat belakang.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)
RomanceAulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namun,bagi Puan Faiza dan suaminya,Encik Azeezuddin segala yang berlaku hanyalah ketentuan ilahi. Hadirn...