"ramai nya kat kantin."Kata Shaz perlahan. Entah kenapa jantungnya berdegup laju. Mungkin kerana pertama kali ke sekolah baru.
"Ada chicken chop. Kau nak?"Azliana menganguk sambil menyerahkan rm2 ringgit. Shaz menyambut huluran nya dan beratur untuk membeli.
"Nah weih. Kita nak makan dekat mana ni?"Soal nya ke arah Azliana. Mereka melihat kawasan kantin tersebut sangatlah ramai orang.
"Kita makan dekat gazibu jelah"mereka berdua segera mengatur langkah ke gazibu yang hanya sebelah kelas mereka saja.
Semasa makan mata Shaz memandang kawasan tersebut. Terasa malu untuk makan pun ada.
"Kat koperasi ada jual aiskrim. Jom" Ajak Azliana. Setelah buang bekas polisterin ke dalam tong sampah, mereka berdua melangkah ke koperasi di blok belakang.
"Korang nak pergi mana?" soal Adani.
"Beli aiskrim. Kau nak ikut? Jom lah." Setibanya di blok belakang bukan main terkejut mereka bertiga apabila ramai pelajar yang sedang beratur disitu.
"Hm lain kali jelah kita beli aiskrim. Rasanya kena datang awal."dipusingkan badan ke belakang semula untuk melangkah pergi dari situ.
"Ada cermin tak?"Soal Azliana. Shaz mengeleng kepalanya tanda tidak ada.
"Tudung aku okeyh kan?"dianggukan saja kepala sebagai jawapan. Mahu tergelak dia melihat reaksi wajah Azliana yang sedang mengemaskan tudung. Sekejap muncung sekejap ternganga mulut tu.
Sebaik loceng tamat rehat berbunyi. Mereka segera melangkah masuk ke dalam kelas.
"Diorang ni nama apa?"Soal Shaz dengan nada berbisik ke arah Azliana disebelahnya.
"Rasanya ni Hanis dengan iman kan?"Azliana menunjuk ke arah dua gadis tu. Mereka berdua menganguk sambil tersenyum.
Pembelajaran mula seperti biasa. Orientasi 3 hari sudah tamat jadi mereka diarahkan untuk belajar di kelas masing masing.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
Storie d'amoreJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...