"bawa Shazira dekat aku."Arah Putera kepada kawannya melalui panggilan. Setelah tu ditutupkan telefonnya.
Dia hanya menunggu saja kawan kawannya membawa gadis tu. 20 minit menunggu dan terbuka lah pintu offices.
Ke empat jejaka tu bergerak ke tepi membiarkan Shaz di tengah. Gadis tu memandang kosong ke arah Putera.
"Nak apa?."Jejaka tu bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke arah nya. Tangan diseluk ke dalam kocek seluar.
"Bertemu lagi kita sayang. Kau tak rindu aku?."dilihat gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Aku datang sini sebab nak tahu kenapa kau nak aku? Sekarang tell me apa kau nak?." Tangan naik berpeluk tubuh.
"Aku nak kau jadi isteri aku yang sah Shazira Naufa. Aku taknak ambil kau cara kasar."Terkejut Shaz yang mendengar. Dipandang Putera tidak percaya.
"Taknak. Aku masih 18 tahun dan masih awal untuk benda ni. Kalau kau nak kahwin pilih orang lain. Aku minta diri dulu."dipusingkan badannya dan terkejut apabila Amirul dan Izzul menjaga pintu.
"Ikut apa aku cakap atauu aku akan buat sampai kau ikut cakap aku. Pilih."Dipandang ke arah Putera.
"bagi aku masa putera. Benda ni terlalu awal."Jejaka tu mengukir senyuman sinisnya.
"Baiklah. Aku bagi tempoh 3 minggu. Selepas 3 minggu kau masih tak ada jawapan kau perlu ikut arahan aku sayang."Shaz menghela nafas perlahan dan menganguk.
Amirul dan Izzul berganjak ke tepi membiarkan Shaz melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Kahwin? Ya Allah awal lagi."Diraup kasar wajahnya. Sekarang dia berada dalam kereta.
Diketuk stereng sambil memikirkan cara untuk lari dari Putera. Tapi bagaimana? Semua orang kenal dengan jejaka tu.
"Adik taknak ambil alih syarikat bonda ke?"Soal bonda. Shaz fikir dahulu.
"Hm boleh. Adik akan ambil alih syarikat bonda dan abang akan ambil alih syarikat ayahda" sham yang sedang makan keropok tu menoleh.
"Ha ah boleh jugak tu. Bonda dan ayahda sweet sweet dekat rumah dah lah."Jejaka tu tergelak apabila bonda dan ayahda nya memandang tajam.
"Besok kita pergi syarikat bonda."Shaz menganguk. Syarikat bonda nya ialah N'Mega holding manakala company ayahda adalah S'Mega holding.
Direbahkan badannya di atas katil. Terasa selesa badannya. Siling putih ditatap dengan perasaan yang sukar untuk dijelaskan.
Dia masih fikir tentang tadi. Apa patut dia terima atau tolak? Lagipula perasaan cinta terhadap Putera sudah hilang sejak bangku sekolah lagi.
Perlahan lahan matanya memberat dan akhirnya terlelap.
Putera melihat telefonnya dimana last seen whatsapp gadis tu jam 6:17 petang tadi. Dihela nafas perlahan. Last seen tu bertukar jadi online pun dah buat dia gembira.
Dan seketika last seen tu menjadi online. Diketap bibirnya. Taknak jadi typing pulak ke?. Malangnya online tu bertukar last seen semula.
"Haish"Dilempar telefonnya ke tepi dan direbahkan badan untuk tidur.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...