"macam mana sekolah okeyh ke?"Soal bonda. Shaz menganguk dan tersenyum.
"Okeyh ja bonda. Dapat kawan baru."Jawabnya dan disuap nasi ke dalam mulutnya.
"Baguslah kalau macam tu. Belajar rajin rajin tau."Shaz menganguk kepalanya. Abang nya hanya duduk di dalam bilik saja selepas balik dari sekolah.
Buku dibuka untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh guru. Nasib mudah saja walaupun ada beberapa soalan yang agak susah.
KEESOKAN pagi nya Shaf melangkah ke kelas untuk meletakkan bag nya. Di dalam kelas tu hanya ada Irdina saja. Pelajar lain mungkin belum datang.
Dilihat Azliana sudah datang bersama Izzati dan Syafikah.
"Kami pergi letak bag dulu"Izzati dan Syafikah melangkah ke kelas yang tidak jauh dengan kelas Shaz iaitu kelas Taimiyyah.
"Kita kena pergi dewan merdeka kan?"Shaz menganguk. Setelah Izzati dan Syafikah datang barulah mereka mengatur langkah ke dewan.
"Kau nak duduk depan ke aku duduk depan?"Soal Shaz ke arah Azliana.
"Kau jelah duduk depan."katanya. Shaz duduk bersila dan dibelakang nya ialah Azliana.
Terasa malu kerana di hadapan mereka ialah budak lelaki. Setelah semua pelajar memenuhi dewan. Pelajar diminta untuk bangun bagi menyanyikan lagu sekolah dan negeri.
"Kau siap kerja sekolah math?"bisik Azliana setelah selesai membaca doa. Shaz mengeleng kepalanya.
"Ada beberapa soalan aku tinggal. Aku tak pandai nak buat lah. Kau siap tak?"dilihat gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Sama tak siap jugak. Aku pun taktau nak buat macam mana. Kena marah ka lantak lahh"balasnya pasrah. Shaz tergelak kecil.
"Rehat nanti kita cau pergi beli aiskrim terus nak? Kang nanti ramai pula orang kalau tak beli awal awal."Azliana menganguk menyetujui kata kata kawannya.
Dan masing masing mula diam mendengar apa yang guru katakan.
"Kau balik dengan siapa?"Shaz menoleh ke belakang.
"Dengan abang aku lah. Kenapa?"Azliana mengeleng tanda tidak ada apa apa. Shaz menoleh ke hadapan semula.
Sewaktu rehat. Mereka berdua melangkah ke koperasi untuk membeli aiskrim. Untung lah tak banyak orang.
"Kak coklat chip dua. Rm 1"Kata Shaz. Dikeluarkan dompet duit.
"Nah."Disambut huluran duit dari Azliana.
"Amboi beli ais tak ajak noh."Ditoleh ke arah Adani dan tersengih.
"Kang ramai orang pulak itu yang cepat cepat datang sini."balas Azliana. Adani juga turut membeli aiskrim.
Semasa mereka mahu ke kelas. Mereka bertiga bertembung dengan sekumpulan geng lelaki.
"Sedap makan ais." Lelaki tu tersenyum ke arah Shaz dan melintasi pergi. Shaz hanya tersenyum sambil makan aiskrim.
"Kau kenal tak lelaki tadi?"Soal Shaz ke arah Adani. Gadis tu menganguk.
"Kenal. Dia boyfriend budak mana tah kelas 1 Sinar."Shaz menganguk faham walaupun agak terasa sakit di hati kerana jejaka tu sudah berpunya.
Semasa belajar, Adani memanggilnya dan menjuihkan bibir ke arah belakang. Shaz menoleh melihat lelaki tu berjalan bersama kawannya.
"Dia nama apa?"Dipandang wajah Adani.
"Putera Haikal."balasnya dan Shaz diam sahaja. Entah kenapa hatinya menjadi tertarik dengan jejaka tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
PUTERA HAIKAL [C]
RomantiekJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...