"kau taknak confess ke dekat Putera? Lagipun aku dengar dia dah putus dengan budak sinar tu."Shaz yang dengar tu memandang ke arah Azliana.
"Kalau dia reject aku macam mana?"Azliana mengangkat bahu nya.
"Belum cuba belum tahu. Kau try lah confess."Shaz mengangguk saja dengan kata kata Azliana.
Pulang saja dari sekolah. Shaz memberanikan diri memberitahu jejaka tu yang dia tersuka kepada lelaki tersebut. Yang buatkan dia tidak percaya Putera menerima nya.
Gembira? Tidak usah dikata. Terasa tenang hati kerana crush menerima dirinya. Sepanjang hubungan mereka ada satu yang Shaz pelik. Di photo profile whatsapp Putera gambar seorang perempuan.
Dia cuba memberanikan diri untuk bertanya dan jejaka tu menjawab tu hanya lah adik dia saja. Shaz tanpa ragu hanya mempercayai saja kata kata Putera.
"Apa kata aku cuba tengok profile dia?" Shaz menekan gambar profile whatsapp Putera dan berkerut dahi kerana wajah perempuan tu tidak sama langsung dengan wajah jejaka tu.
Nak dikatakan ada iras? Tidak langsung. Tapi dia selalu nampak putera post gambar gadis ni di status whatsapp.
"Betuk ke ni adik dia? Atau girlfriend dia? Pelik lah. Muka tak sama langsung"gumam shaz perlahan sambil menatap wajah gadis di dalam telefonnya nya.
Perempuan tu berkaca mata dan berbaju kurung. Sangat ayu. Berbeza dengan dirinya yang lasak.
"Tapi kalau betul ni bukan adik dia macam mana? Effort aku selama ni sia sia je lah?"Fikiran negatif dan positif berkumpul di dalam fikirannya dalam satu masa.
Entah mahu mempercayai kata hati ataupun mempercayai kata kata jejaka itu?. Buntu.
"Positif jelah yang ni adik dia. Mana tahu dari dulu dia always post pasal adik dia kan? Positif shazz"Ditutup telefonnya dan direbahkan badan.
"Haish tapi asal aku fikir yang photo profile dia tu gf dia? Takkan lah aku kena tipu? Putera buaya ke?"Dia kembali posisi duduk.
"Tanya Izzati lah" didail nombor sahabatnya. Tidak berapa minit, panggilan bersambung.
"Kenapa weih?"
"Aku nak tanya kau ni. Kau kenal tak putera haikal kelas 3 Rusyd"Diketuk jarinya di cadar katil.
"Oh putera haikal. Kenall. Kenapa dengan dia? Kau suka dia keee"
Shaz menjulingkan matanya apabila Izzati mula mahu mengusik nya.
"Suka tu ada lah cuma selama kami berhubungan. Dekat photo profile dia tu ada gambar seorang perempuan tau. Nak kata iras tak pulak. Bila ditanya dia jawab adik dia."jelas Shaz.
"Aku bukan apa weih aku tengok putera haikal macam playboy. Kita jadi perempuan jangan bodoh percayakan kata kata lelaki. Aku pun tak tahu nak cakap apa sama ada tu adik dia atau gf dia. Kau stalk lah dia cari bukti."
"Okeyh. Thanks izz." Ditamatkan panggilan nya. Cari bukti?.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...