Tangan naik berpeluk tubuh menunggu si abang di luar pintu pagar. Sudahlah panas. Dan seketika dia ternampak lelaki tadi.
Putera Haikal memandang ke arah nya dan diukir senyuman manis. Shaz segera menundukkan kepalanya.
"Sedar shaz dia ada someone" katanya di dalam hati dan tidak lama selepas tu ternampak lah jejaka tinggi lampai iaitu abangnya.
Diatur langkah mengekori dari belakang dengan menunduk kerana di tempat parking tu dipenuhi dengan budak lelaki.
"Nah"Shamir menghulurkan helmet ke arah adiknya dan gadis tu menyambut. Shaz melangkah naik ke atas motor abangnya.
Ditoleh ke arah sekeliling mencari keberadaan jejaka tersebut tapi hampa. Lelaki tu tiada.
"Bonda. Adik dah balikk"Dibuka helmetnya dan terduduk di ruang tamu kerana penat.
"Nak air tak?"Shaz mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.
"Lapar nasii."Rengek Shaz. Manakan tidak tengah hari tadi hanya makan aiskrim sahaja. Bonda nya melangkah ke dapur untuk mengambil nasi.
Tudung dibuka dan diletak ke tepi. Matanya bersinar sinar tatkala bonda nya meletakkan sepinggan nasi di hadapannya.
"Rehat tadi tak makan ke adik?"Shaz tersengih.
"Makan aiskrim ja bonda."jawabnya dan mula makan setelah membaca bismillah.
TUALA dicapai untuk mandi terlebih dahulu. Fikirannya tidak habis habis mengingati tentang lelaki yang dikenali Putera Haikal tu.
Tidak lah putih hanya berkulit sawo matang saja. Digeleng kepalanya agar tidak mengingati tentang tadi.
"Ingat Shaz. Dia dah ada gf. Jangan jadi perampas"Diteruskan membersihkan dirinya daripada memikirkan tentang lelaki tu.
"Kawan abang asyik tanya abang datang dengan siapa lah apa lah."Ditoleh ke arah abangnya.
"Lepastu abang jawab apa?"Soal Shaz
"Abang jawablah adik aku. Diorang ohh ja.."Shaz mengangguk faham dan dibuka telefonnya.
"Oh ya dekat sekolah tak ada orang kacau adik ke?"Shaz mengeleng kepalanya perlahan.
"Tak ada alah lagipun adik bukan jenis suka kacau orang."balasnya. Shamir menganguk faham.
"Baguslah sebab pelajar dekat sekolah tu bukannya baik sangat. Jaga diri baik baik. Tahun depan abang dah last kat sekolah tu dah."Pesan nya. Tangan naik mengusap rambut panjang si adik.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...