Ayahda mula berjabat tangan dengan Putera. Dapat ayahda Shakir rasa tangan jejaka tu sejuk mungkin nervous agaknya.
"Tengku Putera Haikal bin Tengku Haidar."
"Saya"
"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan ku Tunku Shazira Naufa binti Tunku Shakir dengan mas kahwin sebanyak 17 ribu ringgit tunai."Ayahda tersenyum manis.
"Aku terima nikahnya Tunku Shazira Naufa binti Tunku Shakir dengan mas kahwin sebanyak 17 ribu ringgit tunai"selafaz Putera.
"Bagaimana para saksi sah?"ayahda menoleh ke sisi.
"Sah"
"Sah"
"Sah"Mereka mengucap syukur dan menadahkan tangan untuk membaca doa. Putera bingkas bangun mendekati si isteri setelah selesai membaca doa.
"Assalamualaikum bidadari syurga abang."Memerah wajah gadis itu dengan menunduk saja.
"Sini tangan"Dihulurkan tangan nya agar Putera menyarungkan cincin. Tangan kasar milik suaminya di salam.
Putera menekup kedua pipi gebu tu dan dikucup sayang. Dah lama simpan hasrat nak cium pipi Shaz.
"Putera" jejaka tu menoleh ke arah Qaireen. Sepupu perempuan nya. Kening dijongketkan menandakan apa.
"Kenapa you kahwin dengan betina tu? Apa kurangnya i?"Putera melihat sekeliling memastikan Isterinya tidak ada disini. Dipandang wajah Qaireen tajam.
"Dengan siapa aku nak kahwin tu hak aku. Kau tak ada hak nak masuk campur. Sedar Reen kau tu sepupu aku dan aku takkan jatuh hati dekat kau."Tegas suara Putera.
Qaireen pernah meluahkan perasaannya kepada Putera tetapi jejaka tu menolak kerana hanya Shazira yang bertahta di hatinya.
"Apa yang ada dekat betina tu sampaikan you tergila gila kan dia? I ni lagi cantik dari dia tau."Qaireen yang terpandang kelibat Shazira segera memeluk tubuh tegap Putera.
Shaz yang sedang mencari suaminya ternampak adegan di hadapan matanya sendiri.
"Putera?"Jejaka tu menoleh dan terkejut melihat kehadiran si isteri. Shaz melangkah pergi dari situ.
"BERAMBUS LAH!"tengking Putera dan menolak Qaireen agar menjauh. Dikejar langkah Shaz.
"Sayang?"Diatur langkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dicari bayangan isterinya tidak ada. Ditoleh ke arah bilik air apabila pintu tu dibuka.
"Sayang apa yang sayang nampak tadi tu tak betul. Sumpah Qaireen yang datang peluk abang."Jelas Putera namun gadis tu hanya beriak tenang dan dibuat jejaka tu seperti tidak wujud.
"Sayang hey."Dipegang tangan gadis tu. Shaz hanya menunduk sahaja.
"Pandang abang sayang. Tengok muka abang."Shaz kekal diam menunduk. Jari telunjuk Putera menolak dagu tu agar memandangnya. Mata cantik Shaz berair.
Putera menarik tubuh kecil Isterinya ke dalam pelukan. Diusap perlahan belakang tersebut.
"Maaf ya."bisik Putera perlahan di telinga isterinya. Dapat dia dengari tangisan kecil. Ditepuk perlahan bahu tersebut.
"Shh jangan nangis sayang. Jangan fikir yang abang peluk Qaireen. Dia yang peluk abang dan waktu tu sayang datang. Jangan salah faham ya babygirl."dijarakkan sedikir dan diusap perlahan pipi gebu isterinya.
"Okeyhh"Putera tersenyum kecil. Dikucup ubun ubun Shaz sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
"Bye Shaz. Jaga suami kau baik baik. Kitorang minta diri dulu"Izzati dan Syafikah melambai tangan ke arah Shaz. Gadis tu membalas.
"Byee hati hati bawa kereta."Diukir senyuman manisnya. Bonda dan ayahda nya juga sudah pulang sebentar tadi.
"Shaz, putera. Bonda dan ayahda dah belikan sebuah rumah untuk kamu berdua. Yelah kamu berdua perlukan privasi."tutur ayahda. Putera menyambut huluran kunci rumah tersebut.
"Terima kasih ayahda. Susah susahkan ayahda pula"Shaz tersenyum manis. Putera mendekat sedikit ke arah isterinya.
"Nanti bila dah duduk berdua senang lah abang nak peluk cium sayang."dikucup sekilas pipi tu sebelum bangun melarikan diri.
"Putera!"Shaz bangun mengejar langkah jejaka tu yang sudah seronok ketawakan nya. Bonda dan ayahda hanya tergelak kecil melihat anak menantu mereka.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...