BAB 12

3.5K 196 0
                                    

"sayang."Putera menghentikan langkahnya di hadapan Shaz.  Gadis tu memandang nya menyampah.

"Takkan kau masih marahkan aku? Benda tu tahun lepas kan."diundur setapak ke belakang apabila putera melangkah mendekati nya.

"Ingat mudah? Tak. Tak mudah untuk aku lupakan apa yang kau dah buat. Aku benci penipu."putera menghela nafas perlahan.

"Please sayang jangan macam ni. Okeyh aku minta maaf salah aku. Tapi please balik dekat aku semula. "Dia mahu mengusap pipi gebu tu tapi Shaz laju menepis.

"Tak payah sentuh aku lah. Dengan kata maaf tu ingat semua benda akan jadi seperti biasa? No putera. Aku kejar kau macam orang bodoh tapi apa kau balas?"Apa pun yang jadi dia takkan mudah mudah memaafkan putera.

"Nabi pun memaafkan umat dia takkan kau taknak memaafkan aku?"Shaz tergelak kecil.

"Oh sekarang kau nak kaitkan benda tu biar aku maafkan kau? Tak akan. " Tegas suara shaz menandakan dia benar benar memaksudkan nya.

"Kau memang cabar kesabaran aku kan Shazira"Putera mencengkam kedua pengelangan gadis ini. Mata yang tajam tu mampu buatkan shaz kecut perut.

"Aku dah cuba nak berbaik dengan kau tapi kau pulak nak jual mahal dengan aku."Dapat shaz lihat rahang jejaka ni bergerak gerak menandakan dia marah.

"Putera yang mula."perlahan suara shaz kerana takut dengan putera waktu ini. Mata hitam tu tajam saja merenung nya.

"Ha memang aku yang mula. Aku dah minta maaf kan tapi kau yang jual mahal!"suara putera mula meninggi.

"Kalau kau duduk tempat aku baru kau tahu macam mana rasa ditipu!"suara shaf turut meninggi. Semakin kuat putera mencengkam lengannya.

"sakitlah"

"PANDANG AKU!"shaz terhinjut bahu dan memandang wajah bengis jejaka ini.

"Kalau aku dapat tahu kau ada hubungan dengan orang lain. Kau akan tahu apa aku buat Shazira."dilepaskan cengkaman nya dan melangkah pergi.

Shaz mengusap perlahan lengannya yang masih terasa dicengkam oleh jejaka tu tadi.

PUTERA HAIKAL [C]Where stories live. Discover now