BAB 31

3.7K 183 2
                                    

Pada pagi tu mereka sibuk menyiapkan pelamin untuk majlis akad nikah pada pagi lusa.

Shaz mencari suaminya. Tadi jejaka tu ada berdekatan dengan sini tiba tiba hilang pula.

"Qaireen"Gadis tu menoleh ke arah Shaz. Mereka sudah berbaik. Qaireen juga sudah meminta maaf kepada Putera dan Shaz dan kini gadis tu sudah mempunyai teman lelaki.

"Ya saya kenapa?"Tanya nya.

"Ada nampak putera tak? Dari tadi cari tak jumpa."Tutur Shaz.

"Oh ada tadi baru terserempak dengan dia. Sekejap Reen pergi panggil."Shaz menganguk dan mengucapkan terima kasih.

"Putera."Qaireen menepuk bahu jejaka tu. Putera menoleh.

"Kenapa?"Datar saja suaranya.

"Shaz panggil. Dekat dalam rumah."Putera segera mengatur langkah ke dalam rumah tersebut.

"Kenapa sayangg?"Tanya Putera.

"Tolong angkat pelamin ni. Tadi Shaz cari abang sham tapi tak jumpa pula."Putera menganguk dan mengangkat pelamin tu sehingga urat urat lengannya timbul.

"Ada apa apa lagi ke sayang? Abang nak pergi pasang khemah ni."Shaz melihat sekeliling sebelum mengeleng.

"Tak ada dah. Terima kasih abang."Putera menunduk dan ditunjuk pipinya. Shaz yang faham mengucup pipi suaminya.

Dipandang jejaka tu melangkah pergi. Shaz mengatur langkah ke arah sahabatnya.

"Shaz kau okeyh tak ni?"Risau Izzati apabila gadis tu seperti hendak rebah.

"Aku okeyh"Diukir senyuman nipisnya. Tangan naik memegang kepala dan tiba tiba dia rebah nasib Izzati sempat menyambut tubuh sahabatnya.

"Fikah pergi panggil putera cepat."Arah Izz sambil menepuk wajah sahabatnya.

"Kenapa ni? Ya Allah sayang"Putera segera mengambil Isterinya dari Izzati.

"Kau pergi lah bawa dia ke bilik aku."Kata Izz dan jejaka tu mencempung tubuh isteri ke bilik.

Tudung bawal milik isterinya dibuka dan diletak di tepi. Ditatap wajah tu. Dihela nafas perlahan. Risau dia bila dapat tahu isterinya pengsan.

"Hurm"Dicelikkan matanya memandang wajah suaminya.

"Sayang okeyh tak? Risau abang tau. Sayang tu mengandung jangan buat kerja banyak sangat ya."Dilabuhkan kucupan di dahi isteri nya.

"Shaz okeyh abang jangan risau ya."Tangan kasar suaminya dicapai dan diusap perlahan. Jari telunjuk Putera naik mengelus lembut pipi tembam Shaz.

"Macam mana abang nak buat kerja ni kalau sayang dekat sini. Kita balik ya."Dicapai tudung bawal isterinya nya semula dan dipakai.

Didukung tubuh kecil tu seperti bridal style. Dibawa turun dengan berhati hati.

"Kami minta izin balik dulu. Shaz tak berapa sihat."Mereka menganguk faham.

"Jaga isteri kamu baik baik ya Putera."Pesan bonda Aina iaitu bonda Izzati. Jejaka tu mengangguk.

"Abang. Shaz lapar nasi goreng kampung."Putera menoleh ke arah isterinya.

"Kita beli balik makan dekat rumah jelah. Nak singgah makan dekat restoren sayang macam tak bermaya saja."Shaz menganguk perlahan.

PUTERA HAIKAL [C]Where stories live. Discover now