BAB 29

4K 203 3
                                    

"isteri tuan mengandung 2 weeks. Tahniah."Terkedu Putera yang mendengar.

"Me..mengandung?"Doktor Nabila menganguk dengan senyuman.

"Yesss!"Sorak Putera apabila dia bakal menjadi seorang ayah.

"Saya minta diri dulu. Jaga isteri tuan baik baik."Doktor Nabila segera meminta diri untuk pulang. Putera menghantar doktor tu sehingga depan pintu.

Ditutup pintu utama dan berlari ke bilik isterinya. Diterjah masuk dan dipeluk erat tubuh kecil Shaz.

"sayang mengandung!!! Tak lama lagi abang jadi ayah!"Teruja jejaka tu. Shaz tersenyum dan mengusap rambut suaminya perlahan.

"Bertumbuh dengan baik dalam perut bonda tau sayang."Putera mengusap perut Shaz yang masih rata.

"Tak sia sia kekuatan abang."Shaz menampar lembut bahu suaminya.

"Tadi abang pergi mana?"Jejaka tu memandang wajah isterinya.

"Beli McD. Sekejap abang turun ambil."Dia bangun dan berlari keluar dari bilik tersebut.

"Wahhh nak nak"terngapai gapai tangannya mahukan McD. Putera duduk berhadapan dengan Shaz.

"Nasib panas lagi bubur ni"Diserahkan kepada isterinya. Gadis tu menyambut.

"Nak ayam nak letak dalam ni mesti sedap."Pinta nya. Putera tergelak kecil melihat isterinya yang tidak sabar sabar.

"Ya sayang. Sabar dulu. Sini bubur tu."Diambil bubur ditangan Shaz dan dikoyak isi ayam untuk diletakkan ke dalam bubur.

"Cepat lah abangg. Shaz dah kebulur niii"Terletus ketawa Putera. Mahu tak bengang Shaz bila suaminya buat lambat lambat.

"Ya nah"Diserahkan semula bubur tu. Shaz menyambut huluran tersebut.

"Dengan makanan lajuuu ja"Shaz menjelirkan lidahnya dan disuap bubur ke dalam mulut setelah membaca bismillah.

"Sayang taknak izinkan abang kahwin dua ke? Mana tahu sayang sunyi."Terhenti suapan Shaz.

"Abang ada niat nak kahwin lagi?"Soalan dibalas soalan.

"Kalau sayang izinkan boleh jaa."Shaz mengetap bibirnya menahan geram dan sakit yang mula bertandang di hati.

"Eh sayang nak pergi mana?"Soal Putera bila melihat isterinya mahu bangun.

"Cari suami baru." Diletakkan bubur di rak tepi dan keluar dari bilik tersebut. Terdiam putera di dalam bilik.

Shaz melihat ke arah bilik mereka sama ada Putera keluar atau tidak. Dikeluarkan telefonnya dan didail nombor abangnya.

"Panggil adik sayang. Just do it."Perlahan suaranya dan mendapat balasan dari si abang.

"Sayang-"Terhenti percakapan Putera bila melihat isterinya sedang bercakap telefon sambil senyum senyum.

"Eh tapikan biy bukan cakap nak jadikan sayang sebagai isteri ke? Tapi sekarang macam mana sayang dah jadi isteri orang."Sengaja ditekankan perkataan isteri.

"Alah sayang boleh je kan rampas. You dengan dia boleh ja bercerai."

"You tu lah lambat sangat. Lagipun i masih sayangkan you sayangg." Putera mengetap bibirnya menahan geram. Dikepal erat penumbuk nya.

"Alololo ya sayang i tahu you masih sayangkan i jangan risau i rampas milik i semula."

"Okeyh love you so muchh"Dikerling sikit ke arah suaminya yang sudah mahu menjadi gunung berapi.

"Dah puas bersayang sayang dengan jantan lain? Ni suami kau ada dekat sini."Shaz pura pura terkejut.

"Oh baguslahh kalau dah dengarrr"Diukir senyuman mengejeknya.

"Siapa jantan tu hah? Bak telefon kau"Dirampas telefon gadis tu dengan kasar.

"Eh tak payahlah."Dia mahu mengambil telefonnya semula namun Putera menarik kepala isterinya ke dada. Nombor lelaki yang berani menelefon isterinya didail.

"Pehal kau bersayang sayang dengan isteri aku. Ada hati nak rampas bini aku."Terjah Putera setelah panggilan bersambung.

"Oh adik ipar. Tak payah nak berangin sangat. Lain kali jangan nak ada niat nak kahwin lagi kalau kau taknak aku ambil adik aku semula." Terkedu Putera mendengar suara Sham yang jelas datar sahaja.

"Err eh tak aku tak kahwin lain pun. Alah sengaja nak bergurau."Dipandang wajah isterinya tajam kerana sudah mengenakan nya.

"Jaga adik aku elok elok." Sham menamatkan panggilan nya. Putera menghela nafas lega.

"Seronok kenakan abang ya."Dipandang Shaz yang seronok ketawa akan nya.

"Siapa suruh ada niat nak kahwin lain."tangan naik berpeluk tubuh.

PUTERA HAIKAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang