BAB 21

3.9K 202 8
                                    

Lengan Shaz dipegang olehnya. Gadis tu menoleh.

"Apa kau nak lagi putera. Cukup lah kejar aku. Tak penat ke hah?"Direntap tangannya dengan kasar.

"Aku tak pernah penat nak kejar kau Shazira. Benci sangat ke kau dekat aku sampai muka aku pun kau muak nak tengok?"Dipandang redup mata cantik tu.

"Aku tak benci cuma aku masih tak boleh lupa apa yang kau dah buat Putera. Sakit bila ditipu dan ditambah pula seksaan oleh kau. Entah apa yang aku dapat bila jadi isteri kau nanti silap silap aku pun kau bunuh." Putera yang mendengar kata kata terakhir tu terus mencengkam kedua lengan Shaz dan tu buatkan gadis ni terkejut.

"Sejahat jahat aku sekejam kejamnya aku bila kau jadi isteri aku yang sah i will treat you like a Queen. Memang cara aku nampak salah tapi aku taknak kau dekat dengan lelaki lain. Aku buat kau takut dengan aku sebab kau akan jadi takut bila nak langgar arahan aku."dilepaskan cengkaman tersebut.

"Aku tanya sekali lagi. Kau bencikan aku Shazira?"Soalnya dengan nada datar.

"Tak. Cuma nak terima putera bukan senang."Jejaka tu mengukir senyuman nipis.

"Dari mata kau aku dah nampak yang kau bencikan aku Shaz tapi kau taknak jujur. You need to know something. Aku tunggu kau 3 tahun. Tempoh bukan nya cepat malah lama. Aku undur diri."Putera memusing kan badannya dan melangkah pergi meninggalkan Shaz.

"Putera!"Jejaka tu menghentikan langkahnya. Bibirnya mengherot senyuman sinis sebelum mengekalkan wajah tenang semula. Ditoleh ke belakang.

"Kalau dah nak pergi tu pergilah tak kesah pun wiee"Shaz menjelirkan lidah nya dan berlari pergi. Tercengang Putera.

"Shit. Kau memang nakal sayang"Dia berlari mengejar langkah gadis tersebut.

"Okey okeyh aku mengaku kalah. Janganlah pegang"Dilepaskan tangan nya dari genggaman putera.

"Kau memang saja kan nak sakitkan hati aku."Gadis tu beriak selamba sahaja.

"Tadi kata nak undur diri pergilah. Lagipun ramai lagi yang nak dekat aku."Dijongket keningnya berkali kali.

"Takkan ada sesiapa yang akan dekat dengan kau sayang sebab aku ada dekat sini. Siapa yang berani dekat dengan kau akan berurusan dengan Putera Haikal." Dicuit hidung mancung tu.

"Susah arh macam ni"katanya perlahan dan berpeluk tubuh. Putera menunduk sedikit.

"Aku dengar sayang."diukir senyuman sinisnya. Kepala Shaz yang ditutupi tudung tu diusap perlahan.

"I am sorry for my mistake. 3 tahun aku tunggu kau rasanya tu dah cukup membuktikan yang aku nak dekat kau. Bukan hanya sekadar kata kosong tapi akan aku bawa bonda dan ayahda untuk berjumpa dengan family kau."Shaz mendongak memandang wajah Putera.

"Okeyh aku akan tunggu dan tengok sama ada apa yang kau cakap ni betul betul atau main main."balasnya dan Putera menganguk.

PUTERA HAIKAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang