Ternaik kening Shaz apabila Izzati dan Syafikah memberi sampul secara serentak. Di ambil dua sampul tersebut dan dibuka.
"Majlis perkahwinan Izzul Mustaqim dan Izzati. Majlis perkahwinan Syafikah dan Anas Muizzan hm baguslah dah nak nikah."Kedua gadis tu tersenyum nipis.
"Aku terpaksa terima ja."Izz dan Shaz menoleh ke arah Syafikah. Gadis tu tampak tidak gembira.
"Pilihan ibu bapa kadang pilihan yang terbaik. Kau kena terima dengan ikhlas."tutur Shaz dan dibalas anggukan dari Syafikah.
PUTERA mencekak pinggang di depan isterinya.
"Pergi mana hm? Kata nak keluar sekejap ja ni dah dua jam."Shaz tersengih dan dicantumkan jari nya.
"Pergi jumpa izzati dengan Syafikah. Diorang bagi kad jemputan perkahwinan."Ditunjuk dua sampul tersebut. Putera menganguk faham.
Didekati isterinya namun Shaz melangkah ke belakang. Ternaik kening jejaka tu. Didekati lagi ke arah Shaz.
"Disebabkan sayang balik lambat. Sini abang nak cium"Ditekup kedua pipi gebu tu dan dikucup sayang.
"Ermm dah lahh"Rimas dia bila dicium bertalu talu.
"Sayang tu mengandung jangan nak pergi merata sangatt. Risau kalau apa apa jadi dekat sayang dengan anak kita."Shaz menganguk faham.
"Eheh sorry abang janji tak buat dahh."Katanya sambil tersengih menampakkan gigi putih yang tersusun rapi.
"Abang ada buat sambal sotong tak tahu sedap ke tak"Kening yang tidak gatal digaru. Berdesup Shaz berlari ke dapur. Tercengang Putera disitu.
"Wahhh sedapnya bauuuu!"Tergeleng kepala Putera dan diatur langkah ke dalam dapur melihat isterinya yang seperti kelaparan.
"Nak abang suappp"Dipandang suaminya dengan mata bersinar. Putera menganguk dan membasuh tangan nya terlebih dahulu.
Nasi digaulkan dan ditiup perlahan kerana nasi masih panas. Disuap ke dalam mulut isteri nya.
"Sedap?"Soal Putera dengan debaran di dada.
"Sedap!"Balasnya dengan teruja. Putera menghela nafas lega. Pandai jugak dia masak ingatkan hauk.
"Nak lagi nak lagii."Pintanya.
"Ya sayang sabar. Nasi panas lagi. "Ditiup perlahan. Shaz menunggu dengan penuh kesabaran nya.
"Comel ja sayang ni."Nasi yang terlekat di tepi bibir si isteri dikesat lembut.
YOU ARE READING
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...