BAB 9

4.1K 213 1
                                    

Setahun sudah berlalu kini di tingkatan 2 shaz menjadi pengawas sekolah. Diatur langkah ke kelas nya di blok belakang tingkat dua.

"Huh penat"pagi pagi dah kena exercise naik tangga. Diletakkan bag nya di kerusi sementara tu menunggu kawan kawannya.

"Huh letih"syafikah bercekak pinggang. Ditoleh ke arah izzati dan syafikah yang melangkah masuk ke dalam kelas.

Tahun lepas dua gadis tu berbeza kelas dengannya dan tahun ni mereka sekali.

"Pagi pagi dah kena exercise naik tangga. Letih aku."Shaz tergelak kecil melihat Izzati yang masih kepenatan.

"Kau macam mana dengan si Putera Haikal? Sekarang dia tingkatan 4 kan?"Soal Syafikah.

"Dah putus. Dia dah ada gf tapi dia tak bagitahu."dibetulkan tudung hitamnya agar rapi.

"Eh bodoh kalau dah ada gf asal dia terima kau. Boleh je kan dia bagitahu dia taken."Shaz mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mungkin playing victim. Dah arh jom pergi dewan."ajak shaz dan diatur langkah keluar dari kelas diikuti dua kawannya.

"Penuhkan yang kosong."dilihat pengawas perempuan sedang menyuruh pelajar lain memenuhkan tempat kosong.

"Pergilah duduk sana"Arah nya ke arah dua kawannya. Dia hanya berdiri di belakang dewan saja.

Setelah semua pelajar memenuhi ruangan dewan. Para pengawas turut duduk bersila bersama yang lain.

Selesai saja perhimpunan pagi, mereka bingkas bangun untuk pulang ke kelas. Langkah ketiga gadis tu terhenti apabila ada lima jejaka berdiri dihadapan mereka.

"Kenapa kau jauhkan diri dari aku?"Soal Putera. Gadis tu langsung tidak senyum seperti dahulu ketika bertemu dengannya.

"Buat apa aku nak kacau bf orang?"Bidas nya tanpa riak. Putera mahu memegang tangan gadis tu yang berlapik dengan lengan baju tapi pantas shaz mengelak.

"Tak payah sentuh aku la. Haram."Shaz nendengus kasar.

"Okeyh okeyh aku minta maaf sebab tak jujur dan sekarang aku single. Kau nak dekat aku balik tak?"Shaz berdecit.

"Takkan."

"Aku dah mula suka dekat kau. Kau pulak jadi macam ni."Shaz mengetap bibir nya.

"Kau lupa? Kau kata aku gigi jongang sebanyak 3 kali dan kau tipu aku yang kau tu belum berpunya padahal dah ada gf."Diatur langkah melintasi jejaka tu

"Shazira"panggil Putera namun gadis tu mengendahkan saja.

"Kalau kau nak dekat dia kau cuba lah pikat hati dia balik."Amirul menepuk bahu putera. Jejaka tu mengukir senyuman sinisnya. Dia akan cairkan hati gadis tu semula.

Ryan mengintai kelas Shaz. Diatur langkah masuk mendekati gadis tu. Digoyangkan lolipop di depan muka Shaz yang sedang termenung.

Terkejut gadis tu bila lolipop berada di hadapannya.

"Termenung ja. Nah ambil la"Shaz menyambut huluran tersebut.

"Terima kasih btw Ryan tingkatan berapa?"didongakkan memandang jejaka tu.

"Senior plus jejaka paling hot kat sekolah ni"sempat dia memuji dirinya. Shaz menjulingkan matanya tanda menyampah.

"Angkat bakul sendiri lah tu."Ryan membuat muka tidak kesah.

"Aku keluar dulu. Bye sayang"Diatur langkah keluar dari kelas tersebut. Shaz hanya melihat saja. Sayang?.

PUTERA HAIKAL [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang