Shaz mengeluh perlahan dia mahu ke kiri Putera ke kanan. Dia ke kanan, putera ke kiri.
"What you want putera. Still not enough what have you done?"Soal Shaz dengan mata memandang wajah datar jejaka tu.
"Susah sangat ka kau nak ikut cakap aku? Aku nak kau balik. Aku taknak kita putus."balasnya. Shaz berdecit.
"Tak semudah tu putera. Effort aku selama ni sia sia ja dekat orang macam kau. Kalau dah berpunya buatlah cara dah berpunya."Ditolak Putera ke tepi agar dia dapat melintasi jejaka tu.
Izzati menepuk bahu sahabatnya. Shaz menoleh.
"Jom rehat. Tapi kita turun tangga hujung sana"Ajak Izzati.
"Korang pergilah tangga sana. Aku turun tangga tepi ni ja."Diatur langkah keluar dari kelas tersebut. Shaz menjulingkan matanya tatkala lima jejaka tu berada di bawah.
Putera menangkap kedua tangan Shaz dan ditolak ke dinding. Tajam saja mata tu merenung nya.
"Kau nak mengelak dari aku? Sedar shaz kita ni satu sekolah. Kau lari jauh mana pun aku boleh kejar."Shaz mahu melepaskan tangannya tapi putera mencengkam kuat.
"Asal kau nak kejar aku pulak? Mana perempuan yang kau letak dekat sosial media dan photo profile kau tu? Dah tinggalkan kau?"bidas Shaz sinis. Putera mengetap bibir nya.
"Lepas lah kau ingat aku ada masa nak layan kau ke?"Dilepaskan tangan nya dan ditolak jejaka tu agar menjauh. Diatur langkah pergi dari situ.
"Keras hati dia."Putera menoleh ke arah Izzul. Gadis tu tidak lagi senyum seperti tahun lepas. Mungkin disebabkan kata katanya gadis tu menjadi susah untuk senyum.
Putera dan geng nya masih tunggu di tangga tu. Diorang kesah apa kalau cikgu marah sekalipun.
"Adik. Ada kalkulator tak?"Soal Sham yang bertembung dengan adiknya. Shaz menganguk.
"Ada dekat kelas."Mereka berdua melangkah ke kelas 2 khaldun. Ternaik kening Sham apabila putera dan geng nya melepak disini.
"Haish ada abang dia pulak" getus hati putera. Mesti budak tu takkan turun dah. Melepas dia kali ni.
"Apehal korang lepak dekat sini? Nak ngorat adik aku ka?" Soalnya apabila melangkah turun. Geng putera tersengih.
"Mana ada. Dah sini ja jauh dengan bilik disiplin tu yang melepak dekat sini bang senior"jawab Anas. Sham menganguk faham dan melangkah pergi dari situ.
"Aku nak naik."belum sempat geng putera menghalang. Jejaka tu berlari naik ke atas.
Masuk saja dalam kelas tu putera berkerut dahi apabila sunyi saja. Mana gadis tu pergi? Didekati ke arah tingkap melihat shaz sedang menangis?.
"Shaz. Kenapa ni?"lembut nada suaranya. Dia bercangkung depan gadis tu yang sedang mengesat air mata nya.
"Kenapa mata merah ni?"dialihkan tangan Shaf. Merah saja mata kanan gadis ini.
"Ada budak laki baling pemadam whiteboard dekat mata."Terkejut putera yang mendengar. Dilihat sekeliling kelas tu.
"Siapa budak laki tu? Mana dia" turun naik halkum nya kerana marah. Shaz mengeleng tidak tahu.
"Nama dia husaini"balas shaz.
"Sini aku tiup."Didekatkan ke arah Shaz dan ditiup perlahan mata kanan gadis itu.
Tunggu lah kau husaini. Aku cari kau sampai dapat sebab dah cederakan gadis kesayangannya. Boleh buta Shaz nanti kalau diperlakukan bergini."Dah? Masih sakit?"Soal nya. Shaz mengeleng perlahan tanda tidak. Hujung tudung di ambil dan dilap air mata nya.
"Aku keluar cari budak tu dulu. Jaga diri sayang."Dia bingkas bangun keluar dari kelas tersebut.
Putera mencari budak lelaki tu. apabila sudah nampak dia meluru ke arah jejaka tu. Ditumbum wajahnya. Husaini memegang pipinya.
"Kau. Sekali lagi kau sakitkan Shazira memang aku belasah kau cukup cukup."Keras amaran dari Putera ke arah husaini yang telah menyakiti Shaz.

ANDA SEDANG MEMBACA
PUTERA HAIKAL [C]
RomanceJatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat nombor nya dari seseorang. Semakin lama semakin rapat tapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior...