Adreena termenung.. oh bukan, dia bukan termenung.. dia sedang merenung seseorang dari jauh.. ha tu baru statement yang betul hehe
Pertandingan bola keranjang peringkat daerah akan diadakan tak lama lagi.. jadi setiap murid yang terlibat memang sangat sibuk berlatih demi mengharumkan nama sekolah mereka.. rasanya, separuh daripada pesertanya merupakan pelajar cina.. dah menjadi satu kebiasaan, mereka memang berbakat dalam sukan ini
"Weh, termenung apa tu?" suara nyaring dari seseorang itu menghentikan perbuatannya yang tak bermoral itu
"Eh, takde apa.. aku tengah ehm ehm baca buku... daya lekitan merupakan.." segera buku sejarah dihadapannya diambil dan dibaca sepintas lalu
"Kau tak payah nak mem to the bo to the ngak dengan aku.. aku ni kawan baik kau" terus wajah gadis itu berubah seakan menyampah.. sejak bila pulak bff aku ni suka membaca buku ilmiah? nampak sangat menipu
"Ehmm pada tahun 1952 pula-" dia cuba untuk buat-buat fokus membaca
"Tepi! aku nak tengok sendiri apa benda yang kau tenung khusyuk sangat tu" Adreena ditolak ke tepi
"Oi-" Latahnya.. hampir sahaja punggungnya mencium lantai setelah menerima tolakan luar biasa dari Lia
"Ceh, aku dah agak dah.. mesti ada cinta hati kau kat situ" bibirnya dijuihkan kearah seorang lelaki segak bergaya yang sedang shoot bola ke jaring
"Aku ni hampir maut dah kat sini tau tak?" Adreena membetulkan kerusinya.. nasib baik kerusi kayu.. kalau plastik, mahu patah kerusi ni kalau kena tolak hari hari
"Eh eh eh, jangan nak berdalih.. dah berapa lama kau usyar dia? mata tu dah nak naik juling dah mengusyar je mamat tu" mata Lia mengecil persis pegawai penyiasat yang sedang menyoal pesalah
"Bila pulak aku usyar dia? aku tengah kesian kan pakcik cleaner tu lah tengah sapu sampah.. Ya Allah kesiannya pakcik tu.. budak sekolah memang suka buang sampah merata.. tak sampai hati aku tengok orang tua buat kerja berat-berat.. hmm" menunding jari telunjuknya ke arah lelaki tua yang sedang menyapu yang ada di atas jalan berbatu itu
"Haah, kau ingat aku baru kenal kau seminggu kot" dia bercekak pinggang.. mati hidup balik pun dia takkan percaya jawapan daripada kawan baiknya itu
"Haah, daripada layan kau, baik aku study ada jugak faedahnya" tutur Adreena seraya mematikan topik tadi.. tak mahu bertelagah dengan Lia soal perkara tadi.. tak bermanfaat langsung
"Weh, dia pandang kau lah!!"
"Mana!?" terus dia berdiri dan melihat lelaki itu menerusi tingkap.. beberapa kali juga matanya cuba menangkap figura lelaki tersebut tapi tak jumpa
"Lia!!!" jeritnya saat tawa Lia pecah melihat kelakuannya sendiri.. dia kembali duduk di kerusinya
"Aku dah agak dah.. kau memang usyar dia" Lia berpuas hati apabila termakan jeratnya sekaligus membuktikan pernyataannya benar
"Fine! memang aku duk usyar dia dari tadi, puas hati?" tingkap yang terbuka itu ditutup rapat.. dia meletakkan kepalanya di atas meja
"Ha.. kan elok jujur macam ni.. dengan aku pun nak tipu.. entah apa-apa je lah kau ni" Lia menggeleng
"Hm" Adreena memuncungkan bibirnya.. tiba-tiba saja dia didatangi perasaan sedih
"Kenapa pulak kau ni?" Lia mengerutkan kening.. pipi Adreena yang lembut itu dicuit beberapa kali
"Mesti sampai bila-bila pun dia takkan pandang orang macam aku kan?" dia tahu, mesti Andy takkan pernah sukakan orang sepertinya
"Apa benda kau merepek hah? demam ke?" Dahi Adreena disentuh.. tiba-tiba pulak topik itu diketengahkan padahal selama ni Adreena tak pernah kisah pun jika Andy tak pernah kenal dia

YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...