Aniq cuba melelapkan matanya tapi dia tak mampu.. dia rasa bersalah sebab melampiaskan kemarahannya pada Adreena petang tadi.. dia bukannya sengaja tapi desakan Adreena memang membuatnya hampir hilang sabar.. sebab itu juga dia tinggalkan Adreena tadi.. dia takut dia hilang kawalan
"Doktor tak balik ke? waktu kerja dah habis kan?" soalan Maizura itu membuatkan Aniq membuka matanya semula.. Aniq berdehem dan berpeluk tubuh
"Hm.. rasa malas pulak nak balik.. penat sangat badan ni" jawab Aniq.. namun dia masih termenung.. harinya amat memenatkan hari ini
"Ye lah.. harini sibuk kan? Nayla meninggal pula harini" ucap Maizura penuh kesal.. saat-saat terakhir hidup Nayla, wad mereka sangat cemas apabila nyawa Nayla kira-kira jam 8 malam tadi.. masing-masing cuba untuk menyelamatkan anak kecil itu.. namun apakan daya, Allah SWT lebih sayangkan dia
"Saya dah cuba sedaya upaya.. tapi.." Aniq menggeleng.. dia meraup wajahnya apabila teringat akan salah seorang pesakitnya yang baru sahaja masuk wad mereka beberapa hari lepas
"Tak apa lah doktor.. doktor balik lah.. rehat kat rumah.. isteri doktor mesti dah tunggu tu" pesan Maizura
Aniq tu dia sudah anggap seperti adik.. dia pun dah lama bertugas sebagai jururawat disitu
"Ya lah.. kejap lagi saya balik" Aniq kembali merehatkan badannya di atas kerusi empuk itu
Dia masih berfikir-fikir sama ada mahu pulang atau hanya bermalam di hospital sahaja.. kalau bermalam di sini, kasihan pula Adreena seorang diri dirumah.. dan kalau dia pulang ke rumah mereka, dia tak pasti dia ada tenaga untuk bertengkar lagi sekiranya Adreena cuba menimbulkan pertengkaran
__
Setelah memandu dalam 20 minit, Aniq sampai diperkarangan rumahnya.. gelap seperti tak berpenghuni.. berkemungkinan tinggi, Adreena sudah tidur memandangkan jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.. entah kenapa, dia rasa dia kena balik.. hatinya tak tenteram biarkan Adreena tidur seorang diri di rumah
Usai memberi salam di dalam hati, Aniq melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah.. oleh kerana badannya terlalu lemah dan letih, Aniq berjalan lambat menuju ke biliknya.. saat dia berhati-hati mendaki tangga, ada yang mengetuknya dari belakang
"Kau siapa hah?!!" jeritnya setelah memukul belakang lelaki itu dengan novel setebal 500 muka surat itu.. Adreena berlari semula ke belakang.. takut jika lelaki tidak dikenali itu tiba-tiba menyerangnya
"Aduh!!" Aniq menjerit kesakitan.. dia jatuh terduduk.. memegang belakang badannya yang sakit itu
"Aniq!! Ya Allah.. awak ke? sorry.. sorry saya minta maaf" Adreena tekup mulutnya.. bukunya diletakkan ditepi.. Adreena segera membuka lampu sebelum mendapatkan suaminya
"Sakitlah, Adreena" jujur dia hampir menangis.. sikit lagi air mata jantan tu nak gugur.. dahlah badan tak bermaya, kena pukul pulak kat belakang.. walaupun dia tak pernah bermimpi kepulangannya disambut dengan pelukan atau ciuman dari isteri sendiri, tak ada lah pulak dia terfikir dia kena bantai sebegini.. nasiblah kau, Aniq.. dapat isteri gangster
"Sorry lah.. sakit sangat ke?" Adreena menyapu belakang Aniq perlahan-lahan.. berharap agar sakit itu mereda
"Sakit lah.. nak try ? meh" marah Aniq.. matanya dijegilkan kepada Adreena
Adreena memuncungkan bibirnya.. dah minta maaf pun nak marah! kalau tahu tadi aku bagi lagi dua tiga liang baru padan muka!
"Kan saya dah minta maaf, ish" bidas Adreena tak puas hati
Aniq hanya diam.. sebenarnya tak ada lah sakit mana pun cuma mental dan fizikalnya agak koyak hari ini.. sebab itu lah dia sedikit emosi malam itu
"Tak! yang awak masuk rumah tak bersalam dan tanpa buka lampu tu dah kenapa? saya ingatkan penyamun mana entah tadi, sebab tu lah saya bantai awak.. nasib baik saya tak ambik pisau.. kalau tak dah arwah dah" bebel Adreena apabila Aniq membisu
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
