Bab 22

14 0 0
                                        

Usai memberi salam, Adreena terus masuk ke dalam rumah menggunakan kunci pendua miliknya.. malas nak tunggu Aniq yang bukakan pintu rumah.. memandangkan tiada siapa yang menjawab salamnya, Adreena memuncungkan bibir.. mencari dimana Aniq berada

"Awak" panggil Adreena

Dia berjalan menuju ke dapur dan meletakkan barang yang sudah dibelinya di atas meja.. barang basah terus dimasukkan ke dalam peti.. takut rosak jika dibiarkan lama di luar

Tangannya membuka tudung saji pula.. makanan yang terhidang seperti tak bersentuh.. ni mesti makanan pagi tadi ni.. sambal nasi lemak itu diambil sedikit untuk dirasa

"Sedap" pujinya sambil mencebik bibir.. ego la katakan

"Mana pulak dia ni? kereta kat luar ada" sempat dia tinjau kereta mini cooper milik Aniq yang elok diparkir dihadapan rumah

"Lantaklah.. ada lah tu dalam bilik dia" oleh kerana dia malas berfikir, Adreena menuju ke biliknya.. mahu selesaikan solat asar yang ditangguh tadi

Usai mencuci solekan, dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat memandang jam pun sudah menunjukkan pukul 6 petang.. selepas itu barulah dia mandi dan menukar baju.. niat di hati hendak mengemas barang yang tadi dia beli

Prang

Bunyi kaca pecah yang datang dari bilik Aniq membuatkan Adreena terkejut.. segera dia mengetuk pintu bilik suaminya itu.. dia panggil beberapa kali namun tidak dijawab.. yang ada cuma bunyi mengerang yang datang dari dalam bilik

"Awak kenapa ni? awak okay tak?" sumpah dia cuak.. cuak sangat!

Soalannya hanya dibalas dengan bunyi mengerang dari Aniq.. macam kesakitan yang teramat sangat.. panik Adreena dibuatnya

"Fiyadh! ha!" Adreena terus berlari mengambil telefonnya.. nombor Fiyadh didail.. mujur sahaja Fiyadh segera jawab

"Fiyadh.. please tolong saya.. Aniq.. I mean, please datang rumah kami" suaranya sedikit bergetar.. Adreena sendiri tak tahu apa yang dia cakap.. ayatnya berterabur dek kerana terlalu panik

"Awak bertenang.. kenapa? cakap dengan saya" suara lembut Fiyadh sedikit sebanyak memberi ketenangan pada dia

"Saya taktahu tapi Aniq dalam bilik ni.. dia tak jawab saya panggil dia banyak kali.. saya rasa dia sakit lah.. can you help me, please?" pinta Adreena

"Alright sure.. saya sampai dalam 10 minit lagi"

"Cepat sikit, please"

Panggilan dimatikan.. Adreena segera mencari kunci bilik Aniq dan membukanya.. Adreena menekup mulutnya saat dia melihat Aniq yang terduduk di atas lantai dengan kaca yang bersepah di atas lantai

"Aniq! Ya Allah awak kenapa ni?" Adreena kaku seketika.. dia hampir menangis melihat keadaan Aniq.. wajah lelaki itu pucat menahan kesakitan

Saat dia hendak mendekati Aniq, Aniq mengangkat tangannya.. menghalangnya dari datang.. mungkin kerana kaca yang bersepah itu

Adreena melutut di atas lantai.. menolak semua kaca dihadapan mata, yang dinampak oleh mata kasar.. dia segera mendapatkan Aniq.. pipi Aniq disentuh dan Aniq memandang tepat ke arah matanya

"Sakit sangat ke?" Adreena melihat ke arah perut yang disentuh Aniq itu

Aniq mengangguk perlahan.. badannya sejuk namun dia berpeluh

"Tunggu kejap ya, nanti Fiyadh datang.. bertahan please"

"Ergh" Aniq memegang perutnya.. sakitnya Tuhan saja yang tahu

Tak lama selepas itu dia mengangguk.. tak terdaya nak menjawab, tapi telinganya masih mendengar apa yang Adreena cakap

"Awak baring dulu" Adreena meletakkan kepala Aniq di atas pehanya.. dia mengelap peluh di dahi Aniq.. rambut Aniq turut diusap perlahan.. cuba menyalur sedikit rasa selesa biarpun dia tahu Aniq tetap kesakitan

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now