Bab 16

8 0 0
                                        

Adreena bermain-main dengan cincin yang tersarung di jarinya.. pejam celik pejam celik, beberapa bulan telahpun berlalu.. dan kini, dia sudah bergelar permaisuri hati Aniq

Euw, seriously?

"Kau kemas barang ke berangan?" Vivi mencuit pinggang Adreena yang sedang terbaring di atas katilnya.. Adreena tergelak sebelum tangannya pantas menampar peha Vivi.. benci betul bila ada yang geletek geletek ni!

"Sebelum bercakap sila lihat sekeliling.. kan dah habis kemas ni.. erghh" Adreena menjeling.. geram punya pasal

"Ee garangnya isteri orang ni" Vivi tergelak melihat reaksi menyampah Adreena

"Gila kan? aku yang sakan bercinta, kau jugak yang kahwin dulu" bebel Vivi.. tangannya sibuk membetulkan cadar yang dilipat oleh Adreena

"Gila.. memang gila" Adreena mengangkat tangannya.. dia melihat cincin itu sekali lagi.. Vivi sendiri terkejut saat dia beritahu yang dia setuju nak kahwin dengan Aniq.. siap tuduh dia kena sampuk dengan jembalang mana entah.. ya la, mana tak nya.. Aniq saja lah lelaki yang boleh runtuhkan pendiriannya

Minggu lepas mereka hanya akad nikah sahaja... tetamu yang hadir pun tak ramai.. hanya ada keluarga rapat dan sahabat handai sahaja.. Aniq yang cadang nak buat private wedding ceremony... dia ikut saja sebab dari awal lagi dia memang tiada hati nak libatkan diri dalam hal perkahwinan mereka.. semua diatur oleh Aniq dan juga keluarga mereka.. Adreena? hanya menjadi tukang angguk atau geleng sahaja.. tapi setakat ni, dia cuma mengangguk sahaja lah.. malas nak banyak bunyi, buat habis tenaga saja

"Aku dah cakap dia jodoh kau, kau taknak dengar" bebel Vivi.. tak sangkanya itulah jodoh Adreena sebenarnya.. orang kampungnya pulak tu! hai lah, keciknya dunia

Adreena menjulingkan matanya.. rasa nak muntah dengar perkataan jodoh tu.. terus terbayang muka poyo perasan kacak si Aniq tu bila mengaku yang dia jodoh Adreena.. oh please

Adreena bangun.. dia merapatkan dirinya dengan Vivi.. Vivi kerut kening melihat tingkah drastik Adreena

"Aku macam mana dengan Aniq before this?" soal Adreena.. dia memang nak tahu sangat-sangat apa yang jadi antara mereka sebenarnya

kata Aniq, dia telah menjadi 'life saver' Adreena buat beberapa kali.. tapi Adreena jadi menyampah pula bila dengar.. rasa macam tak percaya je.. loya tekak

"Korang dah jumpa beberapa kali.. dan dia juga dah tolong kau beberapa kali.. tu je.. lain aku tak tahu sebab kau sendiri kunci mulut.. tak mau cerita kat aku.. tapi instinct aku kuat mengatakan yang korang ada apa-apa.. so, terbuktilah naluri aku.. dah jadi suami isteri dah pun" Vivi tepuk tangan gembira

Adreena mencebik tanpa dilihat Vivi.. ada apa-apa konon! memang ada.. ada rasa nak lempang Aniq bertubi-tubi tu ya

"Kitorang takde.. gaduh-gaduh ke? aku cakap aku benci dia ke? ha" Adreena masih lagi nak korek rahsia.. dia yakin dia takkan ada hati nak berkawan dengan Aniq pun.. apatah lagi sukakan dia! perangai macam kerbau balau je.. menyakitkan hati dan suka buat orang menyampah dengan perangai toya dia.. harap muka je kacak, perangai mengalahkan budak darjah 5

"Tak pernah pun kau benci dia.. eh, kau ni tanya soalan pelik-pelik ni.. kau gaduh dengan suami kau eh?" Vivi berpusing 180 darjah.. matanya tak berkelip melihat Adreena

"Ish, mana ada lah.. kau ni, suka buruk sangka tau.. aku cuma nak tahu je.. yelah, otak aku kan shot sikit.. lupa ingatan" sempat dia mengelak apabila Vivi cuba memukulnya.. agaknya dia geram kot sebab Adreena suka buat dark jokes pada kemalangan yang hampir membuat dia kembali kepada yang Maha Esa

Adreena memuncungkan bibirnya.. puas dia cuba ingat siapa Aniq sebelum ini tapi tetap tak boleh

Dan dia memang bukan macam watak-watak dalam drama yang akan cuba sampai pening-pening pitam tu ya.. memang tak ada makna dia nak cari penyakit.. tak datang migrain pun dah syukur Alhamdulillah

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now