Bab 21

7 0 0
                                        

Kotak yang sangat tidak asing dimatanya itu ditutup semula.. kali terakhir dia melihatnya adalah sewaktu Adreena menunjukkan kepadanya di zaman mereka masih bersekolah satu ketika dulu.. disebabkan dia curi-curi lihat apa yang ada di dalamnya, Aniq dibawa kembali ke kenangan lama.. memori indah dia dan Adreena dahulu

"Alhamdulillah.. dapat juga aku tunaikan janji tu" Aniq senyum tipis.. walaupun dia terpaksa menunggu 10 tahun untuk menunaikannya, dia tetap puas kerana dia dapat merasakan kemanisannya sekarang

Bila difikir-fikir semula, Aniq sendiri tidak tahu bila dia mula jatuh hati pada Adreena.. yang dia tahu, bila dah terpisah.. dia baru sedar betapa besarnya ruang dihatinya buat Adreena.. dan yang paling kelakar sekali, dia cuma mahu Adreena yang mengisinya dan bukan orang lain

Ya dia mengaku.. dia memang pentingkan diri

Bunyi hentakan kaki membuatkan Aniq tersentak.. segera kotak itu diletakkan ditempatnya semula.. badan dihempas atas katil.. menunggu Adreena yang akan kunjung tiba tak lama lagi

"Apa awak buat kat sini??" marahnya sebaik sahaja daun pintu itu dibuka

"Main bowling" sengaja dia berloyar buruk.. rindu nak dengar suara petir Adreena setelah seharian dia bekerja

"Aniq!!" suaranya naik seoktaf

Punya sakit hatinya melihat kaki Aniq yang bergoyang-goyang itu.. memang sengaja betul!

"Keluar lah.. saya penat lah, Aniq" begnya diletakkan di atas katil bersebelahan Aniq

Sudahlah badan penat.. ada pula badak air membuta atas katil.. memang sakit hati la jawabnya

Aniq menggeliat sebelum dia menukar posisi baringnya kepada baring mengiring pula.. dia tersengih apabila mukanya terbenam pada bantal empuk milik Adreena.. dapat dia hidu bau rambut Adreena yang melekat di situ.. wangi!

"Eish! balik bilik awak lah! jangan kacau privasi saya, boleh tak?!" Adreena duduk di atas katil untuk memukul bahu Aniq

Boleh sakit jiwa dengan perangai Aniq ni.. macam budak-budak!!

"Privasi apa? lupa kita suami isteri?" Aniq bangun dari baringnya

"Ni bilik saya" Adreena mencerlung ke arah Aniq

"Rumah saya" Aniq mendekatkan wajahnya pada Adreena dan memandang ke segenap wajah isterinya yang cantik itu

"Ergh! malas cakap dengan awak" cepat-cepat Adreena melarikan pandangan.. takut pandang lama-lama benda lain yang jadi nanti.. Aniq ni bukan boleh percaya sangat

"Katil awak empuk, saya punya kurang.. bagilah saya baring.. 10 minit je.. I promise, please sayang" Aniq buat muka comel

Adreena telan air liur.. rayuan yang boleh menggugat iman

hah?

Adreena geleng kepala.. tak mahu hanyut dengan perasaan tak penting ini

"Siapa sayang awak? tolong ah.. nak sangat bilik ni kan, ambik!" bantal yang tak terusik itu diambil dan dicampakkan pada wajah Aniq sebelum dia keluar dari situ

"Reti blushing rupanya wife aku" Aniq pejam mata dengan senyuman lebar sampai telinga

Seronok dapat kenakan isteri sendiri hehe

##

Usai bersiap, Adreena turun ke bawah.. hari ini dia dan Lia mahu meluangkan masa bersama.. dah lama rasanya mereka tak meluangkan waktu bersama.. alang-alang mereka sama-sama cuti sekarang ni

Bau wangi daun pandan yang datang dari dapur itu membuatkan langkah Adreena terhenti di anak tangga terakhir.. siapa di dapur? Aniq?

"Eh, awak nak pergi mana?" soal Aniq dengan apron yang terletak elok di tubuhnya

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now