Bab 17

19 0 0
                                        

Satu per satu iklan diteliti.. mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya.. Adreena menghirup air kopi yang berada di meja makan itu.. dah naik juling matanya membaca di skrin telifon yang kecil itu.. sempat juga dia menguap sekali.. Adreena tengok jam di dinding.. baru pukul 4 pagi.. Adreena menguap.. mata dah berat, bantal pun dah memanggil ni adeh

Melihat meja yang bersepah dengan kertas lagi membuatkan Adreena lemah semangat.. badan letih dah ni.. dengan rasa malas 1000hp, Adreena menundukkan badannya dan mengutip semua sampah yang ada di bawah meja.. tapi tak sampai seminit mengemas, Adreena bangun semula

"Buat apa aku nak kemas.. biar jela.. biar Aniq naik hantu besok, padan muka dia" Adreena mengangguk.. setuju dengan bicara sendiri

Lagipun, dia tak boleh menunaikan solat, jadi dia boleh tidur sepuasnya.. memandangkan jam 4 baru dia masuk tidur, bom atom jatuh sebelah bantal pun mesti dia takkan sedar.. biar Aniq mental sorang-sorang esok pagi

"Rasakan la wife yang kau paksa kahwin ni.. nak sangat, kan?" Adreena bersorak gembira.. siap bernyanyi kecil lagi.. seronok punya pasal

Beberapa helai kertas dikonyokkan dan dijatuhkan di atas lantai.. Ups.. hehe

"Ehm.. awak buat apa pukul 4 pagi kat bawah ni?" Aniq berpeluk tubuh dan bersandar pada dinding.. matanya terarah pada Adreena.. merenungnya tajam

Adreena berdiri tegak.. air liur yang terasa kesat itu ditelan.. cemas dia apabila Aniq cuma merenung wajahnya sahaja

"Awak tu, kenapa bangun? saya belum tidur lagi lah.. kan saya dah cakap, saya nak cari kerja" tangannya yang sedang memegang kertas yang ronyok itu diletakkan di belakang

Aniq hela nafas.. dia bergerak mendekati Adreena yang masih kaku di situ.. Adreena menggigit bibir.. Aniq dengar ke apa yang dia cakap tadi?

"Apa ni? berperang ke malam tadi?" perli Aniq.. dia melihat ke arah meja makan yang berselerak dan beberapa kertas ronyok di lantai

"Saya buat kerja lah.. kan saya dah cakap" Adreena ketap bibir

Aniq tersenyum sinis mendengar jawapan Adreena.. kemudian, dia tundukkan badannya.. mengutip segala kertas dan sampah dibawah meja

"Tak payah nak buat plan macam-macam semata-mata nak kenakan saya.. mulut tu minta je tolong, saya boleh tolong awak.. sebab awak isteri saya, kan?" Aniq bangun semula.. memberi satu senyuman pada Adreena sebelum dia membuang sampah itu kedalam tong sampah

"Mana ada.. pandai-pandai je awak fitnah saya, cakap saya saja kenakan awak" Adreena berpeluk tubuh.. tubuhnya terasa panas kerana peluh dingin yang keluar akibat perbuatan jahatnya bocor sebegitu

"Are you sure? Because I heard something different just now.. so, saya salah dengar lah ni?" Dia mendekatkan wajahnya pada Adreena yang menjauh

"Ya! awak tu mamai.. baru bangun" jawabnya berani

"Hmm" Aniq semakin mendekat.. dia menahan tangannya dimeja dan merenung ke dalam mata Adreena.. sempat mata itu menyinggah ke seluruh aksesori wajah Adreena.. dari mata ke hidung dan jatuh ke bibirnya

Adreena semakin kaku melihat mata nakal itu menjelajah di seluruh wajahnya.. air liur ditelan untuk mengembalikan kewarasan otaknya semula.. Adreena geleng kepalanya

"Ehm.. eish! dahlah saya nak tidur.. mengantuk!" Adreena menolak tubuh Aniq agar menjauh darinya

Dia berlari ke tingkat atas dan menuju ke biliknya.. takut dengan tindakan luar biasa Aniq tadi.. macam ulat bulu naik daun.. seram sejuk dia dibuatnya.. dari atas pun dia dah boleh dengar ketawa nakal Aniq.. ergh geramnya! aku yang nak kenakan dia tapi aku juga yang terkena akhirnya! inikah yang dikatakan kifarah?

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now